1

Romance Series 1501

Selimut ditarik hingga menutupi kepala . Sejuk. Tangannya cuba mencapai remote aircond di atas meja kecil bersebelahan katil. 18°.Patutla sejuknya tahap menggigil.

Kring!!!!kring!!!!

Baru hendak menutup mata semula jam locengnya berbunyi.4.30 pagi.Selimut diselak ketepi lalu dilipat kemas. Cadar ditarik tegang. Bantal disusun rapi. Itu rutin hariannya.Dia harus mengemas katil sebaik sahaja bangun dari tidur.Ia juga pesan dari ibunya sejak kecil lagi. Baru la anak perempuan. Tuala dicapai lantas kaki diatur menuju ke bilik bagi membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh.

Usai solat , dia berdiri di hadapan cermin. Rambutnya dirapikan.Senyuman Manis diukir.Semoga hari ini menjadi hari yang indah.

Dia Zahiratul Husna Binti Aminuddin.
Baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan farmasi.

Kaki diatur menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil.Riang sungguh hatinya.Kenapa? Kerana dia akan menyertai reunion bersama rakan-rakan perempuannya di resort Evation Eco.Ulang,rakan perempuan sahaja.Jika ada lelaki pasti ayahnya tidak mengizinkan.Tambahan pula dia juga tidak gemar sekiranya ada rakan lelaki dalam percutiannya.Rasa tidak bebas untuk membuat aktiviti yang extreme.

"Amboi!!!senangnya hati"

Ibunya menegur apabila melihat Husna yang senyum berpanjangan.

"Ha..dah bangun dah kau dik"

Tegur kakaknya pula yang baru keluar dari dapur sambil memegang semangkuk besar nasi goreng untuk dihidang.

"Hehehe..sorry kak , tak tolong masak"

"Eh, no hal lah.Kau kan nak packing barang nak pegi nanti"

Kakaknya memang seorang yang memahami.Lagi pula bukan selalu pun dia tidak turut membantu dalam menyediakan sarapan pagi.

"Wah!!sarapan dah siap .Apa yang adik beradik ni bincang lagi?"

Soal ayah yang baru tiba.

"Eh!! ayah.Tak de apalah .Jom la makan"

Balas kakak.

"Una, pukul berapa bertolaknya"

Ayah menyoal sebelum memasukkan suapan pertama ke dalam mulut.

"Dalam pukul 7:30 macam tu.Kalau lambat bertolak lambat pulak sampainya.Kenapa ayah?"

Ayahnya tidak menjawab.Sedar akan kebisuan Encik Aminuddin , isteri dan anak -anaknya melihat lelaki itu.Matanya terpejam.Dia seperti kaku.

"Ayah.."

Husna cuba memanggil ayahnya.

"Wuh!!! Sedap nasi goreng ni .Bukan yang macam biasa-biasa"

Encik Aminuddin terus memuji masakan Itu sebaik sahaja membuka mata.

"Hish!! ingatkan apa la tadi"

Puan Aisyah mula berang.Ingatkan sakit ke ape ke.Rupa-rupanya tengah menilai masakan.Buat orang risau saja!.

"Siapa yang masak ni?"

Tanya Encik Aminuddin sambil tangannya mencedok nasi goreng untuk pusingan yang seterusnya.

"Fiza yang masak"

Puan Aisyah menjawab sambil menjeling anaknya di sebelah.Jealous !! sudah tentu.Jarang suaminya nak bereaksi seperti ini apabila dia yang memasak.

"Bagus !! lepas ni kakak boleh jadi macam ayah.Chef yang handal sekali"

Ya! Encik Aminuddin merupakan seorang chef dan memiliki restoran sendiri.

"Yang tu ibu setuju.Nanti boleh bergandingan dengan ayah kat restoran nanti"

Puan Aisyah menyokong.Memang masakan pagi ini tidak boleh dinafikan kelazatannya.Keluarga mereka memang semua mahir memasak.Dah kalau Encik Aminuddin seorang chef,takkanlah anak-anaknya tidak boleh memasak kan.

Selesai makan , Husna mengemas barang yang hendak dibawa . Dia perlu cepat untuk segera sampai.Selepas bersalaman dengan ibu dan ayahnya, dia memandu kereta Honda Jazznya menuju ke destinasi.Ke Evation Eco Resort.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience