6

Romance Series 1501

"Cantik la korang, tempat ni"

Awin teruja melihat tumbuh-tumbuhan yang beraneka saiz dan warna di dalam hutan itu.Husna mengambil gambar sebanyak yang mungkin.Bukan selalu dia ke sini.Mungkin tidak akan datang lagi.

"Korang OK lagi tak?Masih larat lagi berjalan?Atau nak rest dulu?"

Amin bertanya sebelum memalingkan tubuhnya menghadap ke belakang.
Sudah sejam lebih mereka berjalan.Dia perlu faham bahawa mereka yang menyertai trekking ni semua perempuan.

Badrul memandang mereka sekilas.Dia rasa dia tidak perlu lagi bersifat dingin.Lagipun dia perasan yang mereka ni ada kelainan.Kelainan yang lain daripada pengunjung yang lain.Dan berbeza dari perempuan lain yang pernah menjadi pengunjungnya.

Kalau pengunjung yang lain,dari awal ekspedisi lagi mereka sudah meminta bergambar bersama.

"OK"

serentak mereka menjawab.

"Aduh!!"

Qistina tiba-tiba tersadung dan terjatuh.Husna dan Awin segera mendapatkan rakannya itu untuk memastikan jika ada kecederaan.

"Are you okay?"

Haifa yang dari jauh berlari ke arahnya lantas bertanya.

"Terseliuh je ni.Tapi sakit sikit la"

Badrul menoleh ke arah mereka.Dramakah ini?

Husna masih membelek kaki Qistina.Dia mahu memeriksa sekiranya ada bengkak.Tanpa disedari Azzad di belakang menghampirinya.

Azzad berdiri di belakang Husna yang sedang melutut sambil tangannya mengeluarkan sesuatu dari beg.Azzad menghulurkan sebotol minyak tapi hulurannya tidak disambut kerana Husna sedari tadi memang tidak perasan akan kehadiran lelaki itu.

"Eh tak pe.Kitaorang ade dah minyak sendiri.Kalau tak cukup, yang lain Ade.Rasenye masih cukup lagi sembilan botol minyak yang kitaorang ade"

Haifa membalas bagi pihak Husna apabila melihat Husna sedang sibuk mencari minyak di dalam begnya.Sengaja die gunakan ayat itu.Selagi mereka ade bersama,mereka tidak akan meminta pertolongan orang lain.

Jawapan Haifa membuatkan Husna menoleh ke belakang tetapi lelaki itu sudah kembali pada rakannya.

Azzad memasukkan semula botol minyaknya ke dalam beg.Badrul menepuk bahu Azzad seraya melabuhkan duduk di atas sebuah dahan yang besar.Nampaknya mereka perlu berhenti sebentar memandangkan ade yang tercedera.

"Kali ni aku rase nak gelak"

Badrul memandang tepat ke arah Azzad.

"Kenapa?"

Amin bertanya tidak faham.Hizam sudah tergelak disambut pula dengan tawa Badrul.

"Haihh..Ye la Amin, mana pernah lagi perempuan yang tolak bila kitaorang bagi minyak tau.Ade yang minta tolong urutkan lagi.Hari ni tak sangka lagi-lagi bila Azzad yang kena"

Badrul berkata tersekat-sekat menahan tawa sambil tangannya menekan perutnya yang senak.

Azzad terdiam.Mengenangkan peristiwa tadi membuatkan die tersenyum.Tidak tahu mengapa tapi dia lebih suka begitu.

"korang tengok tu .Bahagianya diorang bergelak ketawa.Tak ingat kat sini ade orang sakit"

Aina menjuih bibir ke arah empat orang lelaki yang sedang bersantai di dahan yang agak jauh dari mereka.

"Sebab tu la disaat kita bahagia ada yang menderita"

Qistina menjawab sambil mendesis menahan sakit apabila kakinya dibalut oleh Liza.

"OK kau boleh jalan tak ni"

Liza bangkit apabila selesai membaluti kaki Qistina.

"Boleh je ni"

Qistina cuba menggerakkan kakinya.Lebih baik dari tadi.

"Jadi maca mana sekarang ni.Nak tunggu yang kat sana tu habis bergembira ke"

Awin memandang empat orang lelaki di hujung sana.

"Nampaknya macam tu la"

Balas Husna sambil menyandarkan badannya di dahan pokok.

20 minit kemudian....

"Semua dah OK ke? Boleh kite gerak?"

Badrul bertanya sebaik menghentikan langkahnya di hadapan mereka.Tidak ade seorang pun yang menjawab.Masing-masing bangun dari duduk dan menggalas beg.

"Bergelak ketawa lebih memakan masa yang lama daripada membalut kaki yang sakit"

Awin berkata tetapi mukanya langsung tidak memandang sesiapa.

Amin,Badrul,Hizam Dan Azzad berpandangan sesama sendiri.Wah!! sekarang ni mereka pula yang dingin.Lama sangat ke mereka berbual tadi.Dalam diam Badrul tersenyum sendiri.Hatinya tiba-tiba terusik dengan ekspedisi kali ini!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience