10

Romance Series 1501

Husna bersiar-siar di sekitar resort.Seketika dia terpandang rumah pekerja yang dia lihat tempoh hari.Kemudian dia terlihat seorang lelaki keluar dari salah sebuah rumah.Itu Azzad.
Cepat-cepat Husna meninggalkan kawasa itu.

Dia masih rasa bersalah sebenarnya.Macam mana keadaan dia semalam agaknya? Gatal teruk ke? Pertanyaan inilah yang mengganggu fikirannya semalam.

'Huh! Selagi dia nampak ok.Maknanya dia tak apa-apalah.Selagi dia tak salahkan aku ,jangan rasa bersalah ok Una'

Husna cuba menenangkan dirinya.Berkali-kali dia menghembus nafas.

Dia perlu balik ke bilik untuk bersiap-siap.Mereka ada aktiviti untuk hari ini memandangkan esok mereka akan check out dari resort itu.

Aktiviti mereka ialah menaiki ATV.Dan membuatkan Husna tak sangka ialah pekerja yang sama akan berkhidmat dengan mereka.

Setelah mendapatkan keterangan lanjut mengenai keselamatan , mereka masing- masing menaiki ATV yang telah disediakan sebanyak sembilan buah.Manakala abang-abang pekerja akan mengekori mereka dengan menunggang motosikal.

"Hai !! Jumpa lagi kita"

Badrul melambai mesra sambil bersedia untuk menghidupkan enjin motor.Mereka akan menunggang ATV itu mengikut trek yang telah disediakan dan akan menyelusuri di pesisir pantai.Ini juga bukanlah kali pertama mereka melakukan aktiviti ini tetapi kali pertama di resort ini.

Mereka dilepaskan satu persatu dan Husna akan berada di belakang sekali.Itu memang perkara biasa setiap kali naik ATV.Kerana dia ingin melihat persekitaran. Jadi bolehlah dia membawa perlahan-lahan.Tetapi yang membuatkan dia tidak selesa adalah Azzad yang berada di belakangnya untuk menjaga keselamatan.

Sedang mereka lalu di kawasan hutan,Husna terlanggar seketul batu yang agak besar.Ia membuatkan ATV yang ditungganginya sedikit terpesong dan memasuki kawasan lumpur.

Azzad segera menghentikan motosikalnya dan berlari ke arah kawasan lumpur itu.

"Boleh gerak tak?"

Azzad melaung dari jauh.Husna menggeleng.Mungkin tenaganya tidak cukup kuat untuk menekan enjin dengan lebih kuat.

Azzad tanpa ragu terus menunggang di belakang Husna.Tipu kalau dia tak rasa berdebar.Ini kali pertama dia naik ATV dengan perempuan.

Husna terus kaku.Jujur dia sangat terkejut.Dia tidak pernah serapat ini dengan lelaki.

"Tepi tangan awak"

Azzad berkata perlahan sebelum mengambil alih mengawal ATV selepas Husna mengalihkan tangannya.Sebelah tangan kiri menukar gear kepada reverse. Kemudian dia menekan enjin dengan kuat.ATV mereka mengundur ke belakang keluar dari kawasan lumpur dan berhenti apabila Azzad menekan brek.Azzad turun dari ATV dan kembali ke motosikalnya.

"Maaf kalau keterlaluan.Tapi keselamatan awak lebih utama.Jom ikut saya"

Tutur Azzad sambil menghidupkan enjin motosikal.Dia mendahului ke hadapan dan diekori Husna.Mereka sudah jauh ditinggalkan di belakang.

Setelah selesai menunggang ATV , mereka duduk berehat seketika.Husna dari tadi diam.Dia tak berkata langsung.Mungkin masih terkejut dengan kejadian tadi.Husna mengeluarkan telefon dari bagnya dan mengahampiri kawasan parking ATV. Dia berdiri di situ sambil bermain dengan phonenya.Tanpa disedari seorang kanak-kanak lelaki menaiki sebuah ATV berhampirannya dan menekan pedal.ATV itu bergerak dan hampir melanggar Husna yang berdiri di situ.

Tapi tidak kena kerana yang dilanggar adalah lelaki di hadapannya.Entah bila dia muncul pun tidak tahu.Lelaki itu mengaduh kesakitan.Bila diamati, lelaki itu adalah Azzad.Husna rasa nak menangis.Kenapa dia selalu meletakkan lelaki itu dalam keadaan bahaya.Kalau dia sedar tadi tak perlu lelaki ini menghalangnya dari dilanggar.

Husna memandang kanak-kanak lelaki tadi yang sudah lari entah ke mana.Dia memandang pula luka di kaki Azzad.Sedikit berdarah.Mungkin sebab digilis tayar ATV tadi.Tapi mungkin akan naik bengkak.

"Maaf"

Husna meminta maaf sebelum duduk mencangkung berdekatan kaki Azzad yang terluka.

"Eh takde apelah.Sikit je ni.Salah kami jugak sebab lupa nak matikan enjin ATV ni tadi"

Azzad cuba tersenyum.Entah kenapa dia jadi tidak suka apabila reaksi sedih yang menghiasi wajah Husna.

Husna jadi lagi rasa bersalah.Lelaki ni selalu kata 'sikit je ni'.Perlu ke menanggung sakit tu.Cakap je la sakit.Tak perlu jaga perasaan dia.Dah memang dia yang salah.Dalam hati Husna mengaharapkan Azzad memarahinya.Itu lebih baik.Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit rasa bersalahnya.Husna mencapai sesuatu dalam beg.Dia menghulurkan krim alovera.

Azzad menyambut krim itu.Lagi? Semalam daun hari ni krim pula.Selepas ni apa pula?Dalam hati dia tersenyum.Hatinya sedikit terusik.

"Saya minta maaf.Tapi jangan risau esok saya nak check out dah.Sekurang-kurangnya saya tak kan membahayakan awak lagi"

Husna bangun.Dia tidak tahu mengapa dia memberitahu itu.

"Saya pergi dulu.Semoga cepat sembuh.Bye"

Husna akhirnya berlalu meninggalkan Azzad yang masih terduduk di atas jalan tar.Ya ! semoga cepat sembuh.Entah kenapa pemberitahuan Husna yang dia akan check out esok membunuh senyumannya.Kemudian di tersenyum.

"Ye lah manusia datang dan pergi"

Gumamnya sendiri.Bye? Dia teringat ayat Husna yang terakhir.Adakah bye untuk selamanya.Tidak semena dia teringat akan seseorang.Seorang yang pernah dia menaruh hati.Dia pengunjung juga.Sama seperti Husna. Dan dia berjaya mencuri hati Azzad.Hari terakhir dia di resort,dia juga cakap bye.Tapi Azzad mengharapkan dia datang lagi.Lama kemudian dia datang.Azzad gembira tapi tak lama bila dia tahu gadis itu datang untuk berbulan madu.Dia tak salahkan gadis itu kerana gadis itu tidak pernah tahu isi hatinya.
Tetapi dia yang salah kerana menaruh harapan pada gadis yang bukan miliknya.

Jadi adakah Husna akan datang lagi.Ah!!! dia tidak seharusnya menaruh harapan lagi kerana Husna ingin menjauh darinya kerana beberapa peristiwa yang berpunca darinya.Tapi percayalah Azzad tak pernah rasa semua itu beban baginya.Dia rasa ingin mendekati Husna meskipun banyak luka yang dia tempuh.

Tapi adakah Husna akan datang lagi.Yang penting dia tidak mahu terus berharap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience