5

Romance Series 1501

Husna dan rakan-rakannya memasuki kawasan extreme park.Mereka menuju ke sebuah kaunter di halaman utama.Tetapi tiada orang di situ.Jadi mereka duduk seketika di kerusi berhampiran sementara tunggu dilayan.

"Wauu lawanye tempat ni.Apesal kita tak pergi awal-awal eh"

Awin memuji kecantikan tempat di situ.
Dia bingkas bangun dari duduknya untuk meninjau kawasan itu.Husna turut serta mengekori Awin dari belakang.Memang cantik tempat di situ.

"Assalamualaikum... Emmm cik semua ni yang book aktiviti trekking dan riding hari ni kan?"
soal seorang pekerja yang baru tiba .Rasya yang berhampiran dengan pekerja itu langsung mengangguk mengiyakan pertanyaan tadi.

"Emm Cik Liza ke? Yang book hari tu? Kami nak tandatangan untuk sahkan customer"

"Saya"

Liza terus bangun mengekori pekerja itu yangm melangkah menuju ke kaunter.Setelah urusan selesai Liza kembali semula pada rakan-rakannya.Pekerja itu pula datang kemudian bersama tiga orang lagi lelaki yang berpakaian sepertinya.T-shirt dan seluar track.

"OK boleh kite mulakan sekarang?"

Soal pekerja tadi sambil tersenyum.

"Awin,Una sini!!!"
Panggil Aina apabila aktiviti mereka hendak dimulakan.Awin dan Husna kembali semula ke tempat mereka menunggu tadi.Kelihatan empat orang lelaki sedang berdiri di hadapan mereka.

"Saya Hizam"

Hizam memperkenalkan dirinya.

"Ini Amin"

Amin mengangkat tangan kanannya tanda perkenalan.

"Yang ini Azzad"

Azzad mengangguk kepalanya sedikit

"Ini pulak Badrul"

Badrul tidak mempamerkan sebarang reaksi.Dia hanya diam sebelum berlalu pergi .Dingin.Bukan dia sengaja nak bersikap begitu tapi cuma tak nak beri muka pada perempuan.Dan amaran kalau-kalau mereka cuba memikat rakan-rakannya.

"Bapak aaa kerek gilerr dia tu"

Rasya membisik sambil membuat muka meluat.

"Hehehe biar la dia..."

Aina membalas sambil tersengih.Dia juga perasan akan riak muka Badrul.

"Jadi kalau semua dah ready boleh la kita mulakan perjalanan.Oh ye sebelum tu semua dah sarapan ke?"

Hizam memandang gadis-gadis di hadapannya menantikan jawapan.

"Dah"

Serentak mereka menjawap.Serupa pelajar menjawab pertanyaan gurunya.

"Bukannya ape kalau ade yang pengsan nanti kami yang susah"

Badrul mencelah sambil tangannya ligat mengetatkan ikatan tali kasut yang dipakainya sebelum dia menurunkan kaki dari kerusi dan menghadiahkan sebuah jelingan kepada mereka.Jelingan yang membuatkan mereka terhenti seketika dari menggalas beg.

Badrul kemudiannya berjalan dan mendahului ekspedisi mereka pada hari itu.

"Kenapa dengan mamat tu weii.Ade di antara kita yang cari pasal dengan die ke?"

Qistina bertanya.Dia memang dari tadi bengang dengan si Badrul.Tak habis dingin dari tadi.Masing-masing geleng menjawab pertanyaan Qistina.Kenal pun tak.Baru hari ni mereka berjumpa.

"OK guys jom gerak.Diorang dah tunggu tu"

Haifa menyedarkan rakan-rakannya apabila perasan empat orang lelaki itu sedang menunggu mereka.Mereka segera mengorak langkah.Badrul dan Amin mendahului perjalanan mereka Dan diikuti oleh Husna serta rakan-rakannya manakala Badrul dan Hizam di belakang sekali bagi mengawal keselamatan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience