8

Romance Series 1501

Mereka akhirnya keluar dari hutan.Jungel trekking mereka pada hari ini telah pun berakhir.Azzad melabuhkan duduknya di sebelah Hizam setelah menaggalkan beg galasnya.Botol mineral dicapai lalu diteguk perlahan.

Husna dan lain-lain juga berehat di meja berhampiran dengan empat orang lelaki yang menemani mereka sepanjang perjalanan tadi.

Kemudian muncul seoarang lagi pekerja di hadapan mereka.

"Hi girls!! saya Haikal.So, macam mana perjalanan tadi ? ok ?"

Mereka serentak menjawab ok.

"Ade belajar benda baru hari ni?"

ok soalan die macam budak-budak.Macam cikgu yang tanyan budak taska selepas habis lawatan sambil belajar.Tapi sebenarnya Haikal cuma nak tahu ape pulak kerenah pelanggan mereka pada hari ni.Maklumlah semua perenpuan.Azzad, Hizam,Badrul dan Amin memandang Haikal semacam.Mereka dah tahu sangat apa di benak fikiran rakannya itu.

"Kami baru tahu yang ketam hidup dalam sungai....."

Meleret jawapan Awin.Badrul sudah menayang sengih.Jawapan yang ditujukan pada gurauan Badrul semasa di sungai tadi.Yang lain menahan tawa.Azzad menepuk-nepuk belakang Badrul.Dia pun dengar jelas gurauan Badrul tadi.Tapi serious, ni kali pertama dia melihat Badrul bergurau dengan pelanggan perempuan.

Mungkin kerana peribadi mereka.Ya ! Azzaf juga mengakui bahawa mereka ni lain.Mereka jaga tutur bicara, kelakuan, segalanya dan mereka menjaga hubungan antara satu sama lain.Itu lah yang dia boleh gambarkan pada gadis-gadis itu.

Liza menyimpan semula air mineral di dalam beg.

"Qis, kaki kau macam mana? Dah ok ?"

Haifa bertanya apabila teringat kaki kawannya yang sakit tadi.

"Dah ok . Mungkin kesan hempedu bumi yang Una bagi tadi"

"ok lah kalau macam tu .Jom gerak masuk bilik .Nak rehat sekejap."

Awin mengajak mereka masuk ke dalam bilik untuk berehat . Lagi pula Qistina perlu meletakkan ubat di kakinya.

Melihat Husna dan rakan-rakannya yang hendak meninggalkan Extreme park,Hizam lantas menahan mereka.

"Nak bergambar boleh"

Hizam mendepakan tangannya menghalang lauluan mereka.
Ok ni pelik! Selalunya customer yang akan mintak bergambar dengan staff.Tapi ni terbalik pula.

"Kitaorang memang akan bergambar dangan customer"

Hizam menambah lagi apabila semua diam tidak menjawab.Seoalah-olah dia tahu pertanyaan yang berada di minda mereka.

Dari jauh Azzad memerhati gelagat Hizam yang sedang mengahalang laluan pelanggan mereka tadi.

"Apa yang dia buat tu weh"

Perlahan Azzad bertanya pada Haikal.Badrul pula mengangkat bahu.

"ok"

Jawab Haifa.Dia sebenarnya penat.Biar cepat mereka bergambar dan cepat mereka pulang ke bilik.

"woii sini la"

Hizam memanggil Azzad dan lain-lain untuk turut serta bergambar.Azzad bangun dari kerusi untuk turut serta.Badrul pula terus berlari menuju ke arah mereka.Mana boleh kalau gambar tiada.Kerana bagi mereka semua , customer hari ...

sangat istimewa.

"Amacam hari ni? Ade perangai gedik tak? Kau kena ngorat tak Az? "

Bertubi-tubi soalan Haikal.Memandangkan dia kena jaga customer lain di trek yang lain, jadi dia ingin tahu ape yang berlaku.

Baru Az nak buka mulut , Hizam dah potong cakapnya.

"Hari ni lain.Serious.Az tak dipandang langsung tau tapi si Badrul ni pulak yang nak mengorat"

Hizam menepuk belakang Badrul.Azzad tersenyum.

"Amboi beria betul kau bercerita.Kau pun sama je siap mintak bergambar sekali"

Haikal pula mengata Hizam.Jarang mereka nak bergambar dengan customers. Selalunya mereka akan terus masuk ke dalam bilik rehat.Salah satu sebabnya untuk mengelak daripada diminta bergambar.Lagi-lagi Azzad.Kadang-kala kena kelentong sikit customer yang gedik dan degil juga nak minta bergambar dengan Azzad.Dan selalunya Hizam la yang jadi tukang kelentongnya.Az dah tidur sebab penat la.Az solat la.Ape-ape je la.

Tapi kali ni memang lain.Mereka semua sepakat untuk bergambar sekali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience