7

Romance Series 1501

Mereka terus berjalan.Sehingga kedengaran bunyi air terjun.

"weh... bunyi air sungai la"

Qistina teruja.Terlupa sebentar kakinya yang sakit.Husna dan Awin yang memapah Qistina sedikit terbeban dengan gerakan rakannya yang keterujaan itu.

Tak sampai Lima minit mereka sudah sampai di sebatang sungai.

"Kita rest dulu eh kat sini.Kot ade yang nak mandi ke"

Hizam tersenyum seketika kemudian berlalu untuk mendapatkan Azzad yang sedang bersandar di sebatang pokok.
Amin pula merebahkan badannya di atas batu yang besar manakala Badrul merendamkan kakinya di dalam sungai.

"Aku rasa diorang ni sesuatu la"

Luah Hizam sambil matanya memandang gadis-gadis yang sedang burgurau senda tepi sungai itu.

"sesuatu?"

Azzad pelik.Kawan die sudah merepek ni.

"Sesuatu yang lain lah"

Azzad mengangguk setuju.Dari awal lagi dia melihat mereka, dia sudah terpegun.Kagum melihat cara mereka berpakaian dan menjaga antara satu sama lain.

"Sehingga aku rasa hari ni terlalu berbeza dari hari yang lain"

Hizam meluahkan lagi kata-katanya.

"Eeh dah.Kau merepek ape lagi ni"

Azzad cuba menghentikan topik yang mereka sedang bualkan.Hizam tergelak.

"ok. ok."

Azzad mengalihkan pandangannya pada gadis yang sedang duduk sedikit jauh dari rakan-rakannya.Gadis itu sedang memerhatikan sebuah tumbuh-tumbuhan kemudian dia mencatat sesuatu di dalam buku catatannya.Sekejap dia mengambil gambar tumbuh-tumbuhan itu dengan kameranya.

Azzad terus memerhati.Sekali dia tersenyum.Jarang dia berjumpa dengan orang yang minat dengan rumput.Walaupun dia tahu yang dipegang oleh gadis itu bukanlah rumput tapi mana la dia tahu ape nama tumbuhan tu.Sebab dia hijau.Sama macam rumput.

"Hey! yang kau tersenyum sorang-sorang ni kenapa"

Hizam bertanya.Azzad hanya menggeleng.Tak nak dia bagitahu lelaki itu.Hizam diam.Bukannya dia tak tahu apa yang rakan di sebelahnya itu pandang.Tapi dia diam sahaja.

"Una!! Kau buat ape tu?"

Husna bangun dari duduknya sambil memegang satu tumbuhan.Dia mendekati Qistina lalu menghulurkan tumbuhan itu.

"Ini hempedu bumi"

Aina mengetahui tumbuhan itu.Ia tidak boleh surutkan bengkak tapi ia membantu untuk menahan sakit.

"Mana kau jumpa hempedu bumi tu"

Liza bertanya.

"Dekat sana tu"

Husna menundingkan jari ke arah tempat dia mengambil hempedu bumi itu.

Haifa membantu melumatkan hempedu bumi dengan batu yang dicapainya tadi.Kemudian dia menyapu hasil lumatan Itu di kawasan bengkak di kaki Qistina.

Mungkin disebabkan bunyi ketukan yang Haifa buat untuk melumatkan tumbuhan itu menyebabkan empat orang lelaki di bawah pokok sana memandang mereka.Jadinya agak sukar untuk menyapu di bahagian bengkak apabila mereka perlu cover kaki Qistina daripada pandangan lelaki di sana sebaik sahaja dia membuka stokin.

"Main masak-masak ke"

Badrul menyoal sebaik sahaja duduk berhampiran dengan gadis-gadis di situ.Azzad,Amin dan Hizam memerhati gelagat Badrul.Pelik. Belum pernah Badrul cuba untuk bermesra dengan pengunjung mereka.Lagi-lagi perempuan.Tapi kali ni dia lain.Dia tak sedingin seperti awal pagi tadi.

Kedatangan Badrul membuat mereka sedikit terkejut.Mujur Qistina sempat memakai stokinnya semula.

"Aah.Tgh tumbuk sayur ni"

Awin menjawab.Dia tahu lelaki itu sedang loyar buruk.Jadi biar dia bagi jawapan yang sempadan.

Badrul mengambil sisa hempedu bumi yang ditumbuk tadi.Dia hidu seketika.

"Boleh makan ke ni?"

Badrul membuat gaya hendak memakannya.

"Jangan!!!"

Tingkah Badrul terhenti.Reaksi mukanya menanyakan mengapa.

"Kalau nak sakit perut makan la.Benda tu digunakan untuk membuat julab"

Beritahu Haifa tetapi langsung tidak memandang muka lelaki itu.

"ooo"

Badrul mengangguk faham.Macam mana diaorang tahu.Mungkin diaorang minat perubatan.

"Kalau yang ni"

Badrul menunjuk pada sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan tanah yang berhampiran sungai.Dia mahu tahu sejauh mana pengetahuan mereka.

"Itu jerangau"

Beritahu Husna sebaik melihat tumbuhan itu.

"Jerangau memang hidup di kawasan berair macam sungai"

Qistina menambah.

"Jerangau elok untuk cirit-birit,asma,kembung perut dan sakit saraf."

Liza menyambung.

"Tapi jerangau juga adalah bahan untuk buat alkohol dan membuat perisa bir"

Awin menghabiskan maklumat tentang jerangau.

Badrul mengangguk faham.Hizam yang jauh pun mengangguk.Jelas kedengaran penerangan mereka.

"Amazing"

Amin memuji meskipun mereka bertiga sahaja yang mendengar suaranya.

"Kalau yang itu"

Badrul bertanya lagi sambil jarinya dikalih ke arah lain.

"Kalau yang itu orang buta je yang tak tahu lalang tu macam mana"

Jawab Awin dengan nada memerli.

Dari jauh Azzad,Hizam dan Amin sudah mentertawakannya.

Badrul terdiam.

"Macam mana korang tahu jenis-jenis tumbuhan ni?"

Tanya Badrul mahukan kepastian.

"Kami ni graduan course farmasi.Sudah tentu kena tahu"

Haifa menjawab.Badrul tersenyum.Patut la...

"Tak nak mandi sungai ni ke?"

Badeul tanya lagi.Entah kenapa dia asyik nak bertanya je dari tadi.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Mulutnya tidak boleh berhenti bercakap apabila dengan mereka.

Jawapannya tidak dijawab.Sudah tentu mereka tidak mahu mandi.Gila jika mereka mandi sungai di bawah pengawasan lelaki itu.

"Jangan risau ketam dalam sungai ni semua dah tidur"

Badrul cuba berjenaka.Ya!Dia masih tidak menutup mulutnya.

Jenaka itu membuatkan mereka memandang sesama sendiri.Ketam??Sungai???Lawak ape die pakai ni....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience