9

Romance Series 1501

Azzad meletakkan bag galasnya di tepi kaki meja.Dia merebahkan badannya di atas katil.Menghilangkan rasa sengal badan.Mata dipejam seketika sebelum teringat sesuatu.Lantas dicapai semula beg galas tadi.Zip beg dibuka.Dia mengeluarkan setangkai daun.Dia merenung daun yang berada di tangannya.Tidak semena kejadian di hutan tadi terimbas di fikiran.

Husna terus berjalan sambil beberapa kali membetulkan posisi beg sandang.Tiba-tiba dia terlihat sejenis pokok yang selalu dibuat orang sebagai hiasan di dalam rumah.Tapi setahunya pokok ini akan gatal jika disentuh.Dia lalu mendekati pokok itu.Pokok duit-duit.Husna cuba menyentuh pokok itu.

Azzad yang mengawal di belakang mereka melihat pemandangan sekeliling.Matanya kemudian tertumpu pada Husna yang hendak menyentuh sejenis pokok.Bila diamati pokok itu, Azzad segera berlari dan muncul di hadapan Husna sambil tangannya didepakan bagi menghalang dia menyentuh tumbuhan itu.

"Kalau awak sentuh pokok ni, nanti boleh gatal"

Azzad memberitahu seraya memandang gadis di depannya.Husna yang agak terkejut dengan tindakan lelaki itu terus menjatuhkan tangannya yang ingin menyentuh pokok itu tadi.

"oh..ok"

Husna mengundurkan langkah ke belakang.Namun, kakinya tersalah langkah apabila dia terpijak di bahagian cerun.Membuatkan dia hilang keseimbangan dan tertolak Azzad ke arah pokok itu sebelum mereka kedua terjatuh.Husna bangun perlahan-lahan.Dia melihat Azzad yang cuba bangkit di kawasan pokok duit-duit.Oh ya dia tertolak Azzad tadi sebelum dia terjatuh.

"Alamakkk..awak dah terkena pokok tu.Sorry!!"

Tidak semena perkataan itu keluar dari mulut Husna.Kepalanya ditundukkan sedikit tanda minta maaf.

"Eh tak pe. Untuk orang macam saya ni no hal lah.Dah biasa kan masuk hutan ni"

Azzad cuba tersenyum untuk menghilangkan sedikit rasa bersalah gadis di hadapannya ini.

Dalam mereka meminta maaf,mereka terlupa yang bukan mereka sahaja yang ada di situ.

"Dah-dah la tu drama oii"

Amin sergah mereka.Husna mendapatkan rakan-rakannya.

"Tapi..bukan korang ni ahli farmasi ke? Takkan tak tahu pokok duit-duit tu gatal kalau sentuh"

Badrul bertanya.Pertanyaan itu membuatkan pipi Husna menjadi merah.Bukan dia tak tahu tapi cuma nak kepastian je.

"Eleh.. korang tu even kerja extreme ni korang jamin ke yang korang tahu selok belok hutan ni selain trek yang dah dibuat ni?"

Awin memulangkan paku buah keras.Ambik kau!!!!

Sebelum balik Husna menghulurkan setangkai daun pada Azzad.Huluran itu membuatkan Azzad terpinga.Dia hanya memandanga huluran itu.Tidak faham.

"Ni daun salam.Boleh redakan rasa gatal.Maaf pasal tadi"

Husna menjelaskan tanpa dipinta.
Azzad menyambut huluran daun itu.Buat masa ni kesan pokok duit- duit tu masih tiada.Tapi mungkin beberapa jam nanti kesannya mula timbul.

"Terima kasih"

Husna berlalu untuk pulang ke bilik.

Bunyi dering telefon mematikan lamunanya.Menandakan mesej baru masuk.Azzad bangun dari katil lalu mencapai telefonnya.Mesej dari Hizam.Hizam menghantar gambar mereka tadi.Azzad tersenyum melihat gambar itu.Dia meletakkan daun pemberian Husna di dalam kelalang kaca kemudian dia menuang air supaya daun itu tidak layu.

Azzad mengambil krim gatal yang disimpan di dalam laci.Biarlah dia guna krim itu dahulu.Dia tidak mahu guna daun yang Husna beri tadi.Bukan dia tidak percaya akan keberkesanan daun itu tapi dia ingin simpan dahulu.Mungkin ada kegunaannya lain hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience