BAB 1

Humor Completed 6405

Kringgg… Kring…

Handphone dia berbunyi masa dia dah siap tarik brek tangan. Sambil membuka seatbelt, dia mencapai handphone yang terletak kat dashboard. Tak lain tak bukan mesti si Fikree yang telefon ni. Sejak pagi tadi, dah berapa kali dah si Fikree tu telefon dia. Takut sangat kalau-kalau dia tak sempat siapkan kek untuk dijadikan barang hantaran sempena majlis pertunangan Hana, adik Fikree.

“Hello.”

“Nadi, kau kat mana?” Fikree terus bertanya. Nadiah boleh dengar nada suara Fikree yang dah macam kelam kabut tu.

Mana tak kelam kabut? Dua puluh minit lagi, majlis pertunangan Hana dah nak mula dah. Dan salah satu barang hantaran dari pihak perempuan ada pada dia. Mestilah tak cukup kuota untuk disusun di ruang tamu nanti. Ini pun nasib baik dia sempat siapkan kek yang Hana minta. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi.

Sebenarnya, Hana dah tempah kek hantaran itu awal-awal dah kat sebuah kedai kek. Tapi entah macam mana, kedai kek itu menolak tempahan kek itu di saat-saat akhir. Kalau tak salah, malam semalam baru Hana tahu yang kek itu tak sempat disiapkan. Jadi, Fikree yang memang dah tertulis sebagai kawan baik dunia akhirat dia tu, meminta tolong daripada Nadiah sendiri untuk buatkan kek hantaran itu. Pukul 3.30 pagi semalam Fikree telefon dia. Dalam mamai-mamai dia jawab panggilan Fikree itu.

‘Tolong la, Di. Kau je yang boleh tolong aku.’

‘Aku takut tak sempat la, Fik.’

‘Kalau kau buat sekarang, sempat la kot.’

‘Sekarang? Pukul berapa dah ni?’

‘3.30.’

‘3.30? 3.30 pagi?’

‘Ha. Tolong, Di. Please.’

Dan pada pukul 3.40 pagi, Nadiah dah selamat masuk ke ruang dapur dan mula sediakan bahan untuk buat kek. Nasib baik segala tepung, serbuk penaik, dan lain-lain bahan masih ada lagi dalam kabinet. Kalau tak, tak tahu la apa yang akan terhidang kat atas dulang ketujuh daripada pihak perempuan.

“Aku dah ada kat depan rumah kau ni. Kau nak aku bawak masuk ke, atau macam mana?” tanya Nadiah sambil keluar dari kereta. Sebelah tangan menekap handphone ke telinga, manakala sebelah tangan lagi menutup pintu kereta. Kemudian, dia membuka pula pintu tempat penumpang belakang dan keluarkan satu kotak berisi kek hantaran Hana.

“Kau tunggu kat situ dulu. Nanti aku datang.”

“Okey.”

Selepas mengunci kereta, Nadiah berjalan ke arah rumah Fikree. Dah ramai tetamu yang datang. Khemah makan pun dah separuh penuh. Ramai juga rupanya tetamu yang keluarga Fikree jemput.

“Nadi.”

Nadiah menoleh bila dia dengar suara Fikree. Spontan dia tunjukkan kotak dia pegang tu ke arah Fikree. Fikree mengambil kotak kek itu.

“Jom masuk dulu. Tapi kita ikut belakang eh? Ramai sangat orang kat depan.” Fikree mengisyaratkan pintu dapur kepada Nadiah.

Nadiah angguk. Ikut sajalah daripada kena tunggu kat depan tu seorang-seorang. Lagipun, dia bukannya kenal sangat dengan semua tetamu itu. Segan pulak nak duduk seorang-seorang kat khemah itu. Lagipun, inilah kali pertama dia datang ke majlis di rumah Fikree ni. Selalunya, kalau ada apa-apa pun, dia cuma akan singgah sekejap saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience