BAB 5

Humor Completed 6405

Flashback.

“Apa semua ni? Siapa lelaki tu?” Suara Ardi dah tinggi. Dia pandang tajam pada Nadiah di depannya itu.

Nadiah tunduk, tak berani melawan pandangan mata Ardi.

“Answer me, Nadiah. Who’s that bloody idiot?”

Nadiah angkat muka, membalas pandangan mata Ardi. “Kita putus, Ardi.”

Riak wajah Ardi terkejut. “What???”

“Kita putus.” Tekad Nadiah bersuara. Dia yakin itulah jalan penyelesaiannya. Setelah setahun lebih dia dengan Ardi bercinta, perasaannya terhadap Ardi dah tawar. Dia tak salahkan Ardi dalam hal ini. Nadiah tahu, ini semua salah dirinya sendiri, sebab dia tak boleh setia dengan Ardi. Dia cuma tak nak episod percintaan dia dengan Ardi ni berpanjangan, sampai membuatkan Ardi rasa susah untuk lepaskan dia.

“Apa jadi dengan awak ni, Nadiah? Kenapa tiba-tiba nak putus ni?” Ardi marah Nadiah. Dia tak faham kenapa Nadiah tiba-tiba saja mengusul perkara. Sekarang ni, barulah dia sedar kenapa sejak akhir-akhir ini Nadiah selalu dingin dengan dia. Rupa-rupanya Nadiah ada niat untuk putus dengan dia!

“Saya…” Nadiah cuba cari ayat yang sesuai. “… saya dah tak sayang kat awak lagi.” Senafas ayat itu keluar dari mulut Nadiah. “Kita putus.”

Ardi tergamam. Betul-betul tergamam. Dia tak sangka ayat itu boleh keluar dari mulut Nadiah, gadis yang selama ini sangat menjaga percakapan dan berlembut dengannya. Hampir setahun lebih dia kenal Nadiah, gadis itu tak pernah sedikit pun membuat dia marah. Tapi hari ni, kenapa Nadiah tiba-tiba berubah laku? Apa salah dia terhadap gadis itu?

“Putus? Awak serius, Nadiah?” Bergetar suara Ardi.

Yang membuatkan hati Ardi semakin sakit, Nadiah laju saja mengangguk. Seolah-olah hubungan mereka selama ini langsung tak tinggalkan kesan terhadap gadis itu.

“Sebab lelaki semalam tu ke?” tanya Ardi. Dia tak percaya Nadiah boleh tinggalkan dia hanya sebab seorang lelaki!

Nadiah diam. Dia tak sanggup nak berterus terang dengan Ardi. Selama ini, Ardi dah cukup baik terhadap dia. Cuma dia ni yang tak tahu bersyukur dapat orang yang sebaik Ardi. Tapi, kalau hati dah tak ada rasa sayang terhadap Ardi, hipokrit kan dia kalau dia tetap teruskan hubungannya dengan Ardi ini?

Ardi tarik nafas. Dia cuba kawal rasa marah yang dah mula nak meletup itu. “Okey.” Ardi menahan getar suaranya. Dia pandang tajam muka Nadiah yang langsung tak beriak itu. Entah kenapa, hati Ardi betul-betul kecewa dengan tindakan Nadiah itu. “Okey, kita putus. Dah itu yang awak nak, kan?”

Selepas tuturkan ayat itu, Ardi terus capai kunci kereta dan bangun dari kerusi di taman itu. Dia berjalan ke arah kereta dengan perasaan marah yang membuku di dada. Dia langsung tak menoleh lagi ke belakang, ke arah gadis yang telah melukakan hatinya itu. Apa yang dia harapkan, dia takkan berjumpa lagi dengan Nadiah sampai bila-bila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience