BAB 11

Humor Completed 6405

Ardi duduk di birai katil. Dia pandang Nadiah yang duduk bersila di atas katil sambil menunduk. Segan agaknya gadis itu nak angkat muka dan pandang dia. Yalah, baru beberapa jam dia dengan Nadiah sah jadi suami isteri.

“Nice hair.” Lembut suara Ardi menutur sambil tangannya menyentuh rambut Nadiah yang panjang paras dada itu. Rasa bertuah sebab dia satu-satunya lelaki yang boleh melihat rambut isterinya itu. Dia selitkan rambut Nadiah yang jatuh ke pipi itu ke belakang telinga, sebelum dia mengusap lembut pipi gadis itu. Mak aih… bahangnya pipi Nadiah ni!

Nadiah menepis lembut tangan dia. Segan agaknya. Dengan muka yang masih menunduk – mungkin gadis itu nak sembunyikan muka dia yang merah – Nadiah bertanya, “Err… awak nak mandi? Saya ambilkan tuala, eh?”

Ardi tersenyum melihat Nadiah yang jelas nak mengelak itu. Nadiah mula menurunkan kaki dari katil dan berura-ura untuk berdiri. Sebelum sempat gadis itu mencecahkan kaki ke lantai, Ardi mencapai lengan Nadiah. Nadiah menoleh ke arah Ardi.

Tangan kiri Ardi pegang lengan Nadiah, manakala tangan kanannya naik ke muka Nadiah, dan mengusap pipi gadis itu. Dia merenung lembut wajah Nadiah yang jelas merah itu. “Kenapa ni? Hmm?”

Nadiah tunduk lagi. Rasa tak terangkat mukanya.

“Marah dengan saya lagi?” tanya Ardi lagi.

Nadiah geleng.

“Then? Awak tak suka saya tidur kat bilik ni? You need time for this?”

“Bukan.” Keluar juga akhirnya suara Nadiah. Itu pun perlahan saja. “Saya cuma…” Nadiah mencapai tangan kanan Ardi yang melekat di pipinya, dan meletakkan tangannya di dalam genggaman tangan Ardi, seolah-olah mahu bersalam. “… nak mintak maaf dengan awak.” Serentak itu, Nadiah tunduk mencium tangan Ardi.

Ardi terkesima sekejap. “Minta maaf? For?”

“Pasal tiga tahun lepas.”

Tangan Ardi mengusap semula pipi Nadiah. “Nadiah, kita dah setuju kan tak nak ungkit benda lama lagi? Kosong-kosong, remember?”

Diam.

Ardi tarik Nadiah ke dalam pelukannya. Rasa kekok sebenarnya, tapi haruslah dia membiasakan diri kan? Lagipun, inilah satu cara nak tenangkan Nadiah yang masih rasa bersalah tu.

“Saya dah lama maafkan awak. Don’t worry, okey? Sekarang ni, kita dah mula dengan hidup baru. So, kita tutup buku lama dan bukak buku baru, okey?”

Nadiah mengangguk di dalam pelukan Ardi.

“Awak.” Nadiah memanggil Ardi.

“Hmm?”

“Jantung awak… berdegup laju.”

“Eh?”

“Ni…” Nadiah menyentuh dada Ardi, tempat dia sembamkan mukanya. “… saya boleh dengar jantung awak berdenyut. Takut, eh?” Nadiah mula berani nak bergurau dengan Ardi bila dia perasan yang Ardi berdebar semacam.

“Ini bukan takut.” Makin erat dia peluk bahu Nadiah. “Ini namanya…” Dia berbisik perlahan di telinga Nadiah. “… dah tak sabar.”

Nadiah kaku. Terpaku, tergamam, terdiam, dan terkelu. Dan pada masa yang sama, rasa macam semua darahnya terserbu ke muka. Rasa beku tubuh dia dalam pelukan si suami.

Ardi memberanikan diri mendongakkan muka Nadiah yang dari tadi tersembam di dadanya. Riak wajah isterinya itu kosong. Ardi menolak rambut yang terjuntai di dahi Nadiah ke belakang, dan mengusap kening gadis itu. Dan usapan itu beralih ke hidung, pipi, dagu, dan akhirnya ke bibir. Ardi telan air liur.

“I love you. Forever and ever.” Dia berbisik. Kemudian dia mencium lembut dahi Nadiah, kali kedua sejak upacara membatalkan air sembahyang tadi.

“Love you too.” Balas Nadiah perlahan, dengan mata yang terpejam.

Ardi senyum bahagia. Siapa sangka jodoh yang disangka dah berakhir sebelum ini, rupa-rupanya masih bertahan sampai sekarang? Kita tak tahu apa yang telah tertulis dalam perjalanan hidup kita, kan? Ya, sebelum ni dia memang marah pada Nadiah. Tapi entah kenapa, sebanyak mana pun dia marah pada gadis itu, dia masih tak dapat tipu hatinya sendiri yang dia memang masih sayang dan cintakan gadis itu. Sebab itu dia sangat mudah untuk maafkan Nadiah.

Ardi merenung lembut wajah Nadiah. Perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya dengan muka Nadiah. Belum sempat dia menyentuh bibir gadis itu, Nadiah dah mengelak dulu.

“Err… saya lupa.”

“Lupa apa?”

“Awak nak mandi tadi, kan? Saya ambikkan tuala dulu, eh?” Nadiah dah bangun dan menuju ke almari, meninggalkan Ardi yang terpinga-pinga di birai katil.

Beberapa saat kemudian, barulah Ardi tersedar yang Nadiah sengaja nak elak daripada dia lagi. Dia ketap bibir. “Nadiah…”

Dia tersenyum melihat gelagat isterinya, sengaja dia mengusik, makin diusik makin kalut gelabah isterinya itu. Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya. Ditarik lembut isteri lalu dipeluk, si isteri tertunduk malu lalu dibisik sesuatu ke telinga isterinya.

‘’Sayang, hatiku milikmu selalu dan kamu yang akan temaniku seumur hidupku.’’ Seraya dengan itu isterinya memandang tepat ke anak matanya lalu memberikan kucupan lembut ke bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience