BAB 9

Humor Completed 6405

Ardi mencelikkan mata. Dia baru saja nak lelapkan mata sekejap. Tapi bunyi derap kaki Fikree yang agak kelam kabut menuruni anak tangga, membuatkan Ardi tak jadi pejamkan mata. Dalam posisi yang masih berbaring di sofa, dia memerhatikan Fikree yang ke hulu hilir di ruang tamu itu sambil tangannya sibuk menekan handphone.

Ibu yang baru saja muncul dari pintu depan, menegur kelakuan Fikree itu. “Fik, kenapa ke hulu ke hilir ni? Tak boleh duduk diam-diam ke?”

“Ibu…” Fikree bersuara bimbang. “Nadi…”

“Ha, kenapa dengan Nadiah?” Spontan ibu bertanya.

Ardi hanya diam dan terus pasang telinga dengan perbualan ibu dan Fikree itu.

Fikree hela nafas berat. “Dia tak jadi bertunang lagi.”

“Astaghfirullahalazim… tak jadi? Lagi sekali?”

“Hmm.”

“Ya Allah, kesiannya Nadiah. Dia macam mana sekarang?” Nada suara ibu jelas menunjukkan yang ibu sangat ambil berat tentang Nadiah.

“Entah. Fik dah call banyak kali, dia langsung tak angkat. Mak dengan ayah dia cakap dia outstation, tapi orang tahu tu cuma alasan dia je. Mesti dia tak nak mak ayah dia risau. Sue kata dah dua hari dia tak masuk kerja. Mesti dia pergi mana-mana ni.”

Ardi yang masih berbaring, mula berkerut dahi. Dia langsung tak faham apa yang dah jadi sekarang ni. Apa maksud Fikree yang ‘Nadiah tak jadi bertunang LAGI?’. ‘Lagi’ tu maksudnya, buat kali kedua atau seterusnya, kan? Maksudnya Nadiah pernah bertunang sebelum ni?

“Cuba lagi call dia, Fik. Mana tahu dia tergerak hati nak angkat ke.”

“Fik tengah cuba la ni.” Fikree menekap semula handphone ke telinga. “Angkat la, Di. Angkat la, Di.”

Ardi nampak ibu mula duduk di sofa. Muka ibu jelas nampak risau. Dia pelik, apa istimewanya Nadiah tu sampaikan ibu risau sangat pasal dia? Sama je dengan si Fikree ni.

“Apa la nasib Nadiah tu… hari tu elok-elok nak bertunang, siapa nama budak tu, Fik?” tanya ibu.

“Sham.” Pendek Fikree jawab, sambil tunggu panggilannya yang ke-34 itu bersambut.

“Ha, Sham. Elok-elok nak bertunang, si Sham tu tak datang. Sekarang ni, dengan si Razin pun tak menjadi. Apa masalah Nadiah dengan Razin ni sebenarnya, Fik?”

Fikree angkat bahu. Riak mukanya tegang, mengharapkan Nadiah menjawab panggilannya itu. “Entah la, bu. Nadi tu bukannya rajin sangat nak cerita masalah dia. Diam sampai kembung masalah tu dalam kepala otak dia.” Balas Fikree, agak geram dengan berita yang baru dia terima. Dia marah sebab Nadiah sembunyikan hal ini daripada dia. Ni pun nasib baik Sue yang beritahu. Dia tak faham kenapa susah sangat Nadiah nak kongsi masalah dengan dia. Bukan dia ni kawan baik Nadiah ke?

Ardi pula terdiam sambil berfikir. Nadiah dah dua kali tak jadi bertunang? Baru saja Ardi mahu bertanya pada ibu, Ardi nampak Fikree yang dari ke hulu hilir, berdiri statik sambil bersuara tiba-tiba.

“Nadi! Mana kau pergi?” Agak kuat suara Fikree, mungkin lega sebab akhirnya Nadiah jawab juga panggilannya. “Jangan tipu, kau jarang outstation. Apa? Tak boleh, bahaya kau seorang-seorang. Balik la, Di. Nanti aku belasah Razin untuk kau. Hah? Yang kau back up dia apasal? Shh… jangan la nangis.” Bercampur-campur nada suara Fikree, antara memujuk dan marah.

Tanpa sebarang isyarat, Ardi terus bangun dari baring dan pergi ke arah Fikree yang berdiri di depan TV. Dia terus rampas handphone Fikree dan tekapkan handphone itu ke telinganya sendiri. Dia langsung tak hiraukan pandangan pelik ibu dan Fikree.

“Nadiah,” tegas suara Ardi menegur Nadiah. “Where. Are. You?”

Nadiah di sebelah sana talian terdiam. Mungkin sebab terkejut sebab Fikree tiba-tiba saja bertukar suara. Tapi Ardi perasan yang Nadiah tengah menangis sebab dia boleh dengar esakan kecil gadis itu.

“Nadiah, this is me, Ardi. Tell me where are you now. Everybody is looking for you.”

Ardi terdengar Nadiah menyedut hidungnya yang berair. “Nobody was looking for me. Diorang tahu saya kat mana.”

“By lying them that you are outstation? Stupid reason.” Ardi tak tahu kenapa dia tak boleh sembunyikan rasa marah dia. Dia marah sebab Nadiah masih berdolak dalih tentang lokasi sebenar gadis itu.

“Stupid reason from a super duper stupid person.”

Ardi tahu ada sesuatu yang tak kena dengan Nadiah. Bila Nadiah dah gelar diri sendiri sebagai bodoh, dia tahu fikiran Nadiah tak stabil sekarang ini. Dia masih ingat sifat Nadiah yang satu itu bila gadis itu tertekan tentang sesuatu. “Tell me where are you, Nadiah.”

Nadiah diam lagi.

“Tell me what happened.” Ardi tak perasan yang suaranya agak berbisik bila dia keluarkan ayat itu.

“Thanks, Ardi.”

“Hah?”

“Thanks.” Nadiah ulang sepatah. “Thanks sebab buat saya tersedar. Remember macam mana awak nak saya rasa sakit macam yang awak rasa sebelum ni?” Nada gelak tawar. “Saya dah rasa perasaan tu. Saya dah rasa macam mana rasanya bila ada orang lukakan hati kita. Someone just broke mine, Ardi. And I think this is my ‘hukuman’ for make you feel bad.”

‘Aku nak kau rasa sakit macam mana aku rasa dulu. Biar kau faham macam mana rasanya bila someone break your heart.’

Ardi terdiam bila dia teringat balik kata-kata yang pernah dia katakan pada Nadiah.

“Nadiah…”

“Sebelum ni saya tak nampak kenapa dua-dua majlis pertunangan saya tak jadi. Bila saya fikir-fikir balik, baru saya sedar yang semua ni mungkin hukuman sebab ‘buat jahat’ pada awak dulu.” Nadiah diam sekejap. Tapi Ardi tahu yang Nadiah tengah cuba tahan dirinya daripada menangis. “Saya mintak maaf, dan saya harap semua ni mungkin boleh buat awak rasa senang hati sebab sekurang-kurangnya saya dah terima pembalasan atas apa yang saya buat pada awak dulu.”

“Nadiah! Bila masa…”

Tut, tut, tut, tut…

Ardi pandang skrin handphone yang dah gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience