BAB 6

Humor Completed 6405

Nadiah berdiri tegak sambil perhatikan segala kasut yang bersusun di kedai kasut itu. Dia menutup mulutnya yang asyik menguap dari tadi. Termasuk kali ni, dah enam kali dia menguap. Dia tak tahu kenapa dia mengantuk sangat hari ni. Nak kata dia tak cukup tidur, tak. Dia masuk tidur awal semalam. Entahlah kenapa dia mengantuk sangat.

“Dah pilih dah?” Razin bertanya buat kali ke berapa entah.

Nadiah geleng. “Tak. Saya tak nak la kasut. Saya bukannya pakai pun.”

“Habis tu, awak nak apa? Kita tak beli barang-barang untuk awak lagi.” Razin dah buat muka tak puas hati. Dari tadi dia dengan Nadiah pusing satu mall ini, tapi tak ada satu pun yang menarik perhatian Nadiah.

“Razin, kan saya dah cakap saya tak nak benda-benda ni semua. Kita buat majlis ringkas-ringkas dah la. Saya tak kisah pun kalau awak bagi buah-buahan ke, sejadah ke, kain pasang ke. Kalau awak bagi kasut ni, bukannya saya pakai pun.” Nadiah bersuara, lebih kepada memujuk Razin sebenarnya.

Dia dah berkali-kali cakap pada Razin yang dia cuma perlukan sebuah majlis pertunangan yang ringkas. Kalau diikutkan, sebenarnya Nadiah tak nak bertunang. Biarlah terus buat perkara yang wajib, iaitu nikah. Tapi Razin dan keluarga Razin dah siap buat perancangan untuk dia dengan Razin, bermula dari majlis risikan hari itu sampailah ke majlis persandingan mereka nanti. Nadiah rasa semua itu terlalu ‘besar’.

“Nadiah, at least biar la ada something yang macam attire kat atas dulang hantaran nanti. Kalau awak tak nak kasut, kita beli beg. Okey?” Razin tuding jari pada butik Gucci di depan butik kasut tempat dia dengan Razin berdiri sekarang ni. Nadiah mencebik, mengerutkan dahi dia, tanda tak mahu.

Razin macam dah putus asa untuk memujuk Nadiah. “Nadiah…”

“Razin… saya tak perlukan barang-barang tu pun. Tak payah la membazir. Kita beli barang yang biasa-biasa je, eh?” Sekali lagi dia memujuk Razin.

Razin buat muka tak puas hati untuk kali yang kedua. Nadiah dah bersedia untuk mendengar ‘bebelan’ yang akan Razin berikan kepada dia nanti.

“Nadiah, kenapa setiap kali saya nak belikan awak something, awak mengelak? Saya belikan awak bunga, awak cakap awak alah dengan bunga. Saya belikan awak tudung hari tu, saya tak pernah nampak awak pakai pun. Saya nak beli cincin tunang kita pun, awak cakap beli sehari sebelum kita tunang. Kenapa saya rasa macam… awak tak berani nak terima apa-apa dari saya?” Razin pandang tajam pada Nadiah. “Kenapa Nadiah?”

Nadiah tergamam. Dia tak sangka yang Razin perasan semua perkara itu. Dia berani tak berani untuk pandang muka Razin masa tu.

Dia sebenarnya bukannya apa. Dia cuma tak nak apa yang terjadi sebelum ini, berulang lagi. Dia dah cukup malu bila terkenangkan apa yang terjadi sebelum ni. Dia tak kisah kalau dia malu sendiri, tapi bila benda itu melibatkan maruah keluarga dia, maruah umi, dan maruah ayah, dia jadi kisah. Kalau boleh, dia tak mahu umi ataupun ayah terlibat sekali dalam masalah yang dia hadapi. Dan entah kenapa, semakin dekat hari pertunangan dia dengan Razin, dia jadi semakin takut. Takut dengan hari-hari yang akan datang.

“Cuba awak beritahu saya kenapa awak macam ni. Awak tak percayakan saya?” tanya Razin.

Nadiah telan air liur. “Percaya…”

“Then? What’s the problem?” Razin cuba kawal suara yang semakin tinggi. “Awak takut saya akan tinggalkan awak macam bakal tunang awak dulu tu? Awak takut saya akan jadi macam dia?”

Nadiah telan air liur lagi. Kenapa perlu nak ungkit cerita lama, Razin?

“Saya takkan buat macam tu, Nadiah. Percaya la.” Suara Razin dah lembut sedikit. Tapi itu sedikit pun tak buat Nadiah semakin senang hati. Dia cuma tunduk saja dari tadi. Tak berani langsung nak pandang muka Razin. Dia dengar Razin tarik nafas, cuba betulkan balik ketegangan yang tiba-tiba tercetus tadi.

“I’m sorry.” Razin meminta maaf.

Nadiah cuba ukir senyuman. Dia tak mahu Razin perasan yang dia masih lagi rasa terganggu. “Tak apa, saya yang patut minta maaf kat awak. Sorry.”

Razin senyum. “So, kita pergi makan jom? Awak nak makan apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience