BAB 10

Humor Completed 6405

Nadiah tunduk memandang cawannya dia atas meja. Dia memusing-musing sudu kecil di dalam cawan itu, seolah-olah nak bagi sudu besi itu larut di dalam mocha itu. Sekarang ni dia rasa nak tumbuk muka Fikree habis-habisan! Ada ke patut si Fikree Bongok tu bawak abang dia ni datang sekali? Lepas tu boleh pulak Fikree Bongok tu tinggalkan dia dengan si Ardi ni. Fikree ni memang la nak kena!

Nadiah mencapai handphone dari dalam beg. Dia tak betah tinggal berdua dengan Ardi macam ni. Dia tak tahu apa yang Ardi cerita pasal dia kat Fikree, sampaikan Fikree senang-senang je bawak Ardi jumpa dia. Entah-entah Ardi dah cerita kat Fikree pasal ‘hal dulu-dulu’ tu. Dan satu lagi, Nadiah sebenarnya malu dengan Ardi pasal kes dia buat sesi ‘luahan hati’ kat Ardi minggu lepas. Dah la masa tu dia tengah stress, memang la senang je semua tu keluar dari mulut dia!

Nadiah menekan item mesej pada handphone, dan mula menaip mesej untuk Fikree.

‘Aku tak tahu apa yang kau plan dengan abang kau ni, tapi aku nak balik.’

Baru saja Nadiah nak tekan butang ‘Sent’, Ardi yang dari tadi hanya diam, mula bersuara. “Fik won’t reply any messages from you because I’ve told him to do so.”

Nadiah angkat muka pandang Ardi. Mata lelaki itu tajam menikam anak matanya.

“Awak nak apa sebenarnya ni?” tanya Nadiah, berterus terang.

Senang. Terus je masuk ke perkara penting. Tak payah susah-susah nak duduk berjam-jam kat sini, tunggu si Ardi ni buka mulut yang entah sampai bila nak diam tu. Kalau nak diam saja tak apalah, tapi mata tu janganlah sampai macam nak tercabut pandang orang! Dia lebih selesa kalau Ardi pandang dia dengan pandangan marah daripada pandangan-yang-sukar-ditafsirkan macam sekarang ni. Menakutkan sungguh!

Ardi berdehem. Macam penting sangat je benda yang dia nak cakap tu. “Saya tak tahu pun yang awak nak bertunang… dan tak jadi.” Serba salah nada suara Ardi.

Nadiah pandang sekejap pada Ardi sebelum pandang cawannya semula. “Tak penting pun.” Gumam Nadiah perlahan. Kemudian, dia bersuara macam biasa. “Awak nak cakap pasal apa je ni? Saya nak balik la.”

“Saya… nak minta maaf pasal hari tu.”

“Pasal apa?” Nadiah dah siap sangkut tali beg ke bahu. Dia malas nak dengar apa yang Ardi cakapkan.

“Pasal yang saya… saya nak awak rasa ‘sakit’ tu. Saya tak patut cakap macam tu.”

Nadiah senyum sinis. Selepas dah berbakul-bakul sindiran yang lelaki itu ‘hadiahkan’ pada dia, sekarang ni baru nak rasa bersalah? Ataupun ini semua disebabkan oleh berita pertunangannya yang dah tak jadi tu? Janganlah cakap yang si Ardi ni bersimpati dia, sudah. Dia tak perlukan semua tu!

“Tak payah minta maaf, la. Benda kecik je tu.” Dengan selambanya dia bercakap, lebih kepada sinis sebenarnya. Dah Ardi sebelum ni main sindir-sindir dia, biar dia pulak yang sindir Ardi. Barulah adil, kan? “Lagipun memang betul pun apa yang awak cakap hari tu. Saya dah dapat dah balasan atas apa yang saya buat dulu. Masin jugak mulut awak hari tu.”

“Nadiah…”

“So, kita sekarang ni kosong-kosong la, eh?”

“What do you mea…”

“Okey, saya kena balik ni. Kirim salam kat adik awak tu, ya. Bye.” Laju dia menuturkan ayat itu. Selepas itu, dia terus bangun dan keluar dari Kafe Straw itu. Dia nak terus balik. Dah tepu dah otak dia dengan segala hal yang terjadi sejak akhir-akhir ini. Dengan hal Razin yang tiba-tiba nak putus dengan dia, dengan hal umi dan ayah yang risau dengan diri dia ni, dengan hal si Ardi ni… semuanya macam penuh kat kepala. Dia perlukan ketenangan sekarang, bukan gangguan.

“Eh, Nadiah. Nanti dulu.” Suara Ardi kedengaran di belakangnya.

Ah, sudah… Si Ardi ni nak buat drama ke apa kat tengah-tengah orang ramai ni? Nadiah tak endahkan langsung panggilan Ardi itu. Dia terus berjalan, berjalan, berjalan, dan berjalan lagi sampailah tubuh tinggi Ardi dah terpacul di depan dia. Cepat-cepat Nadiah berhenti, cuba mengelak daripada tersembam ke dada Ardi.

“Hisy, apa awak ni? Kalau saya terlanggar awak tadi macam mana?” Terus dia membebel pada Ardi. Dia rasa paras kegeraman dia pada Ardi ni semakin meningkat!

“Nadiah, saya tak habis cakap lagi.” Bersungguh-sungguh Ardi bersuara.

“Cakap apa lagi?”

“Pasal hal kita.”

“Hal kita dah lama settle la, Ardi. Tak payah la nak ungkit-ungkit hal lama tu. Okey, fine kalau awak tak boleh maafkan saya sampai bila-bila. Awak nak sindir-sindir saya ke, awak malukan saya depan family awak ke, awak nak tengking saya depan orang ramai ke, saya tak kisah. As long as benda tu boleh buat awak maafkan saya. Tapi, tolong la, saya harap sangat-sangat ni, saya nak balik. Jangan buat drama kat sini.” Nadiah pandang Ardi.

Ardi pula merenung Nadiah, sangat dalam sampaikan Nadiah sendiri mula rasa cuak. Dia pandang kiri kanan, cuba memastikan ada ramai orang yang boleh jadi saksi kalau Ardi belasah dia kat situ. Tiba-tiba Nadiah mula rasa menyesal sebab keluarkan kata-kata yang mungkin membuatkan Ardi marah tadi. Kasar sangat ke bahasa dia tadi?

“Err… okey. Sorry for the bad words. Saya cuma nak highlight-kan yang saya tak kisah pun kalau awak nak bu…”

“Kita kahwin.”

“… buat apa-apa, as long as benda tu…”

“Kita kahwin, Nadiah.”

“… boleh buat awak rasa…”

“Nadiah!”

Hah? Nadiah pandang Ardi semula. Ni apahal pulak nak keras-keras suara ni? Aku dah silap cakap lagi ke?

“Kita kahwin.” Satu ayat itu keluar dari mulut Ardi.

Spontan mata Nadiah bulat. Dia pandang kiri kanan, mana tahu kalau-kalau itu sebenarnya suara orang lain. Takkanlah Ardi tiba-tiba nak propose dia selepas apa yang jadi sebelum ni kan? Sungguh telinga dia ni ada masalah. Ingatkan diri sendiri, balik rumah terus korek telinga.

“Err… okey la. Saya balik dulu.” Dia terus berjalan di sebelah Ardi, ke arah bertentangan.

“Nanti.” Ardi menahan dia lagi, kali ini Ardi memegang beg yang Nadiah sandang di bahu kanan. “Jawapan awak?”

Bibir Nadiah terasa kering. Maksudnya, betul la ‘kenyataan panas’ tadi keluar dari mulut Ardi?

“Err… what jawapan?”

Ardi tarik nafas. “Kita kahwin, Nadiah. Saya masuk meminang awak?” Soalan yang berbentuk permintaan.

Nadiah telan air liur. “You must be kidding me.”

“I’m not. I’m serious.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience