BAB 2

Humor Completed 6405

Dia dan Fikree masuk melalui pintu dapur. Di situ, dia berjumpa dengan ibu Fikree. Terus dia bersalam dengan ibu Fikree itu.

“Apa khabar, makcik? Sihat?”

“Alhamdulillah, sihat. Nadiah?”

“Alhamdulillah, sihat jugak.”

“Terima kasih ya, Nadiah sebab tolong buat kek ni. Makcik tak sempat nak buat apa-apa dah. Kelam kabut sangat semalam.”

“Eh, tak apa. Tak susah mana pun.” Sopan dia menjawab. Ibu Fikree ni baik dan lemah lembut. Pernah la dua tiga kali dia bersembang dengan ibu Fikree. Dia suka dengan sikap ibu Fikree yang sangat peramah dan baik hati itu.

“Ibu, kek ni nak buat macam mana?” Fikree tanya.

“Fik hantar je la kat bilik adik. Nanti pandai-pandai la adik susun atas dulang. Ibu dengan ayah dah kena pergi kat depan ni. Family Azim dah datang dah tu.” Selepas menepuk lembut bahu Nadiah sebagai tanda terima kasih, ibu Fikree terus ke ruang depan. Fikree pula pandang muka Nadiah.

“Apahal?” tanya Nadiah, dah tahu yang Fikree tengah buat muka ‘minta tolong.’

Fikree sengih. “Kat bilik adik aku tu ramai kawan-kawan perempuan dia. Kau je yang tolong hantar, boleh?”

“Menyampah la dia ni. Bilik adik sendiri je pun.”

“Kawan-kawan adik aku tu pelik sikit. Diorang tak boleh tengok orang kacak bergaya macam aku ni.”

Nadiah buat muka. “Perasan sangat! Bak la sini kek tu. Bilik adik kau kat mana?”

Fikree sengih lagi sebab Nadiah setuju nak tolong dia. “Kat tingkat atas, bilik yang hujung sekali.”

“You owe me big one, you know.”

“Ya, ya, tahu.” Malas-malas Fikree menjawab. “Nanti aku belanja la kau makan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience