BAB 3

Humor Completed 6405

Nadiah dah sampai di anak tangga yang terakhir. Dengan kotak kek yang masih berada di tangannya, dia terjenguk-jenguk ke tingkat dua itu untuk mencari bilik yang paling hujung. Rasa macam pencuri pulak bila terjenguk-jenguk kat rumah orang macam ni. Hahaa…

Dia terdengar ada suara tengah bergelak ketawa kat bilik yang paling hujung tu. Dah sah-sah itulah bilik Hana, adik Fikree. Lagi-lagi bila dia nampak yang pintu bilik Hana tu memang renggang, dan dia nampak Hana tengah duduk di depan cermin sambil membetulkan selendang berwarna biru lembut. Nadiah terus berjalan ke arah bilik Hana. Tak sabar nak tunjuk kat Hana kek yang dia dah siapkan awal-awal pagi tadi.

Lagi sepuluh langkah dia nak sampai ke bilik Hana, langkah kakinya terhenti bila pintu bilik yang paling dekat dengan tangga, iaitu di tempat dia berdiri sekarang ini dibuka dari dalam. Spontan Nadiah ke belakang sikit untuk memberi laluan kepada orang yang baru saja keluar dari bilik itu. Nasib baik dia sempat berinjak ke belakang. Kalau tak, dia tak tahulah apa nasib kek yang susah payah dia bangun pagi untuk buat itu. Kalau kek itu kena langgar tadi, memang dia akan belasah orang yang langgar tu!

Nadiah angkat muka bila dia perasan yang orang itu masih berdiri di depan muka pintu. Dia pelik kenapa orang itu masih tak berganjak lagi walaupun terang-terang dia dah bagi laluan. Dia dongak, pandang orang di depan dia itu.

Serta merta riak muka Nadiah berubah. Bukan saja Nadiah, orang itu pun sama. Dia telan air liur. Tekaknya terasa kering. Darahnya berderau, sampaikan dia boleh rasa yang mukanya terasa berbahang.

Nadiah cuma berharap yang diri dia sendiri takkan pengsan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience