BAB 7

Humor Completed 6405

Nadiah cuci gelas yang dia guna tadi di sinki. Rasa segan pulak bila berada di rumah Fikree ni bila kawannya itu tak ada. Tadi Nadiah baru balik dari cari barang hantaran dengan Razin, dan dia ternampak ibu Fikree tengah menunggu teksi di depan pasaraya Carrefour. Terus dia menumpangkan ibu Fikree sampailah ke rumah ini. Dan dia tak berani nak menolak bila ibu Fikree jemput dia masuk dan singgah minum.

“Tak ada siapa pun kat rumah ni. Semua keluar kerja. Tinggal makcik seorang je ni, ha. Nadiah temankan makcik, ya?”

Terus dia bersetuju.

Pertama, sebab dia tak sampai hati nak tolak permintaan ibu Fikree. Dan yang kedua, sebab Ardi tak ada di rumah itu. Lagipun, Fikree pernah cerita yang abang dia tu bekerja kat Johor. Jadi, peratus untuk dia bertembung dengan Ardi sangatlah tipis. Sejak kenduri pertunangan Hana dua minggu lepas, dia jadi tak senang hati bila teringat balik pandangan tajam Ardi yang ditujukan khas untuk dirinya itu.

Selepas membersihkan gelas, dia letakkan gelas itu ke rak pengering. Ada beberapa lagi pinggan mangkuk yang dia kena cuci. Dah makan kat rumah orang, kenalah membantu apa yang patut, kan? Nadiah berpusing untuk ambil pinggan bekas kek batik di atas meja untuk dibasuh di sinki. Dan pada masa itulah, dia ternampak seseorang tengah berdiri di muka pintu dapur.

Tiba-tiba Nadiah rasa peratusan yang dia anggarkan tadi langsung tak tepat!

Ardi buat muka selamba dan terus masuk ke ruang dapur itu. Nadiah pula dah mula rasa cuak. Dia terus berlagak selamba dan terus mencuci pinggan. Dia tak tahu macam mana nak berdepan dengan jejaka yang pernah dia kecewakan itu. Baru sekarang ini rasa bersalah itu semakin menggunung.

“What are you doing here?” Ardi bertanya pada dia. Entah kenapa Nadiah rasa yang nada suara itu penuh sinis dan dingin.

Nadiah menjeling Ardi yang tengah bersandar di tepi kabinet, berdekatan dengan peti sejuk. Dia tak menjawab soalan Ardi.

“Pekak dah ke?” tanya Ardi lagi.

Nadiah ketap bibir. Dia dah rasa aura ‘membunuh’ daripada nada suara Ardi itu. Dia cuba bersabar dengan keadaan itu. Jangan sampai pinggan di tangannya ini ‘melayang’ ke tempat lain, sudah!

“Satu soalan. Dah tak ada lelaki lain ke kat dunia ni yang kau boleh ‘gendeng’? Sampai adik aku pun kau nak jadikan mangsa?” Ayat pedas itu keluar dari mulut Ardi.

Nadiah pantas menoleh. “What. Do. You. Mean?”

Ardi bersandar sambil berpeluk tubuh. Satu gaya yang sangat annoying bagi Nadiah.

“Tak payah nak berlagak yang kau tu baik. Jauhkan diri kau dari Fikree sebab dia dah ada girlfriend. Aku tak nak kau masuk campur langsung dalam hidup adik aku.”

Nadiah tergamam. Itu satu penghinaan bagi diri dia. Ini langsung tak adil! Dia dengan Fikree dah berkawan hampir dua tahun, dan dia tak pernah tahu yang Fikree ini sebenarnya adik Ardi. Dan kenapa Ardi sibuk-sibuk nak halang dia berkawan dengan Fikree? Bukannya dia rampas Fikree dari Sue pun! Fikree dengan Sue tu dah termaktub sebagai kawan dunia akhirat dia!

“Dia kawan say…”

“Dia tak perlukan kawan yang mungkin akan musnahkan hidup dia.”

“Awak cakap apa ni? Bila masa pulak saya musnahkan hidup dia?”

“Kalau kau boleh buat aku sakit hati dulu, tak mustahil kau akan buat benda yang sama kat Fikree, kan? Tak pun mana la tahu kalau-kalau kau ada hati nak tackle Fikree, then putus dengan dia tiba-tiba. Knowing you, you’re never stick to one.”

Nadiah ternganga. Dia tak sangka sampai macam tu sekali penghinaan yang dia dapat daripada Ardi.

“Saya bukan macam tu.” Tegas suara Nadiah.

Ardi senyum sinis. “Bukan macam tu? Then, what happened last three years? Do you mind to explain?”

Nadiah terkesima. Dia agak terganggu bila Ardi membuka cerita tiga tahun lepas. “Ardi, benda tu dah lepas, kan? Tak perlu la nak ungkit.”

“Orang bersalah memang akan cakap macam tu.”

Nadiah tarik nafas, cuba meminta hatinya bersabar. Api tak boleh berlawan dengan api. “Okey, I’m sorry. Saya mintak maaf, okey?” Sedikit sebanyak hatinya menjadi tenang bila dia minta maaf.

“Kau ingat kalau kau mintak maaf, benda tu akan hilang macam tu je?”

“Then, awak nak apa?”

Ardi berdiri tegak dan pandang tajam pada Nadiah. “Aku nak kau rasa sakit macam mana aku rasa dulu. Biar kau faham macam mana rasanya bila someone break your heart.” Tajam kata-kata ditujukan kepada Nadiah. Nadiah betul-betul tergamam dengan apa yang dicakapkan oleh Ardi itu.

Serta merta hati Nadiah terusik. Dia tahu dia bersalah. Dan dia tahu dia dah lukakan hati seorang lelaki sebaik Ardi. Tapi itu semua kekhilafannya dulu. Cerita yang bertahun lepas, di mana dia masih tak berapa nak matang. Dan sampai sekarang ni, dia masih dihantui dengan kesalahannya terhadap Ardi dulu. Sebab itu apabila dia terserempak semula dengan Ardi dulu, dia agak cuak. Dia sangat takut dengan Ardi sebab dia tahu lelaki itu akan marah pada dia sampai bila-bila!

“Abang?” Ibu Fikree tiba-tiba muncul di dapur.

Nadiah cepat-cepat menghadap sinki balik, dan sambung mencuci pinggan. Dia tak mahu ibu Fikree perasan yang air muka dia dah berubah.

“Bila abang sampai?” tanya ibu Fikree lagi.

“Baru sampai, bu.”

“Lapar tak? Nak makan?”

“Tak apa la. Tak ada selera.”

Dan beberapa saat selepas tu, Nadiah terdengar derap kaki yang melangkah keluar dari dapur itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience