BAB 3

Drama Completed 450

Suasana kelas riuh rendah akibat ketiadaan cikgu.Aku macam biasalah,round dari meja-ke meja cari pasal.Itulah tabiat aku.Bersama-sama geng-geng aku,Joanne,shiqa,Mimi dan Reza,aku merasakan,akulah pelajar perempuan yang paling ganas dan brutal,semua orang takut dengan aku di sekolah ini.Walau dah beberapa kali namaku menjadi ‘penyeri’ di buku disiplin,aku?Hah!Jangan harap nak kalah setakat kena tulis nama!
Pn.Zaleha melangkah masuk ke dalan kelas tingkatan lima di mana aku berada sekarang.Wajahnya biasa saja,ku perhatikan lagi langakah guru yang aku dan geng-geng aku memanggilnya dengan ‘Minah Kumari’ kerana mulutnya yang tak boleh diberhentikan oleh malaun-malaun mana pun!Silap sikit,membebel,membebel,membebel..itulah saja kerjanya!Dia ingat dia perfect sangat ke?Sebaik Pn.Zaleha meletakkan buku di mejanya,ketua tingkatan memberi ucapan diikuti suara gemuruh pelajar-pelajar di dalam kelas yang serentak mengikut mengucap selamat selepas ketua.Mataku memerhati pintu masuk kelas,kulihat seorang pelajar perempuan bertudung labuh memasuki kelas.Pelajar baru?Uhumm..akan aku tunjukkan kat kau siapa kepala gangster kat sekolah nanti!Aku seakan berbangga.walaupun menjadi gangster,tidak ada apa yang perlu dibanggakan,malah mengundang kebencian orang,aku tak kisah!Hidup aku,suka hati aku!

“Baik pelajar-pelajar semua,kita ada menerima seorang pelajar baru hari ini,dari SMK Bukit Rambai.Kenalkan.”Pn.Zaleha bersuara.Semua membisu,masing-masing tertanya-tanya akan pelajar perempuan ini.Tidak kurang juga ‘budak-budak’ lelaki yang miang kedengaran siulan-siulan nakal mereka.Aku mengeluh.Apalah ‘control’ ayu sangat minah ni!Nak tersipu-sipu pulak dia!Cakap ajelah.Ke nak mengorat budak lelaki kelas ni?Meluat aku tengok tersipu-sipuan pelajar itu.

“Ehmm..Saya Mashitah Sierra ,dari SMK Bukit Rambai,Melaka.Errr…panggil saya Rabia aje.”Pelajar itu memulakan tutur pengenalan dirinya.Sungguh halus dan tersusun kata-kata dan suaranya.Lagi buat aku meluat!Femininlah sangat!

“Apa?Tali rafia?!”Saja aku menyampuk,padan muka!Aku pantang betul perempuan bajet ayu macam ni!

“NAJWA!Awak jangan kurang ajar!Hormat kawan awak!atau awak nak saya heret awak ke bilik disiplin lagi?!”Jerit Pn.Zaleha.Aku mengajuk dengan mimik mukaku.Eleh..kau tak tau siapa aku!Kulihat semua mata memandangku.Hah!Bagus!Aku lagi bertambah bangga!
Pn.Zaleha menunjukkan tempat duduk pelajar yang bernama Mashitah Sierra itu yang tak lekang dari senyuman.Senyum kat siapa?Gila ke!
Pn.Zaleha memulakan kelas seperti biasa.Aku juga seperti biasa dengan rutin aku,masa belajar sains aje,jangan harap aku nak jadi alim dengar aje cikgu cakap!Baik aku buat peta lagi bagus!Kebetulan aku duduk di bahagian belakang sekali,memang port yang sesuai.Walaupun hakikatnya guru di depan boleh melihat apa yang aku buat.Aku tak kisah!Cikgu pun dah malas nak layan aku!Haha…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience