Petang itu,seperti biasa,selepas pulang dari sekolah,aku terus menuju ke rumah Mashitah Sierra .Itu sudah menjadi rutinku.Kami pulang bersama-sama dengan basikal masing-masing,sepanjang perjalanan,aku menceritakan kepada Mashitah tentang kisah semalam.Aku diminta bersabar,mungkin mereka terkejut dengan pertanyaan melulu aku begitu,lagipula sebelum ini tidak pernah aku ambil kisah soal agama.Mungkin mak dan ayah masih belum tahu,Wawa bukan Wawa yang dulu!Wawa dah tahu kepentingan menjaga tuntutan agama,mak ayah!
Kusandarkan basikalku di tepi dinding rumah Mashitah yang bercat hijau muda.Aku menuruti langkahnya masuk ke dalam rumah sambil memberi salam.Kulihat jam di dinding sudah menunjukkan satu setengah,masa solat zohor,aku bergegas ke bilik air,mengambil wudhu’.Begitu juga Mashitah ,sesudah itu,seperti biasa Mashitah mengimamkan solat kami.Aku hanya mengikuti dari belakang,walaupun tersekat-sekat dan tidak lancar aku membacakan ayat suci dan bacaan-bacaan dalam solat.Aku tetap mahu melakukannya dan pastikan kulakukan sehingga salamnya,ku tak mahu tinggal solat!Aku berasa ngeri tatkala diceritakan tentang azab apabila meninggalkan solat!Dulu,selalu juga aku mendengar,tetapi tidak pernah terkesan di dalam hatiku.Tetapi,semenjak aku berkawan dengan Mashitah ,hatiku mudah lentur,mudah merasai tentang apa yang diceritakan kepadaku.Aku paling ngeri apabila Mashitah menceritakan kisah seksa di dalam kubur,mujur DIA masih sayang kepadaku,membuka pintu hatiku untuk menerima hidayah pada seusia ini.Aku tak sanggup nak menempuh azab Allah!
Telefon bimbitku berdering lantang usai aku mengaminkan doa yang terakhir ketika habis solat,aku menekan butang untuk menjawab,kedengaran suara makcikku teresak-esak di hujung talian.Aku musykil,terus bertanya.
“Wawa…Wawa….”
“Ya,Makcik,ni Wawa..Ada apa?”Soalku.
“Mak,ayah dengan abang kau!Wawa….”
“Kenapa dengan mak ayah dengan abang makcik?”Aku bertanya,aku mula berasa tidak sedap hati.Ya Allah,kau jauhkanlah dari sebarang perkara buruk!
“Dia orang kemalangan…”Sebaik makcik berkata begitu,hatiku sudah luluh,Ya Allah,kalau betullah mereka kemalangan,jangan kau ambik nyawa mereka Ya Allah!Berilah kesempatan untuk mereka bertaubat!Aku tak mahu mereka meninggal dalam keadaan fasik Ya Allah!Aku takut!
“Wawa..makcik tunggu kat hospital..datang ya…”Aku mengangguk,selepas memberitahu di mana mak,ayah dan abang berada,aku menutup telefon.Hatiku tiba-tiba terasa ingin menjerit.Jangan kau ambik nyawa mereka Ya Allah!Jangan Ya Allah!Mashitah memandnagku sayu,mungkin dia sudah dapat mengagak sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
“Rabia..mak,ayah aku!!!”Aku tidak dapat mengawal perasaan,aku menjerit menyebut nama mak dan ayah.Mashitah menenangkan aku sambil mengurut-urut belakangku,dia memeluk tubuhku,habis air mataku jatuh membasahi telekung Mashitah yang masih belum berbuka semenjak habis solat tadi.Aku memang sedih!Aku takut mak dan ayah pergi belum sempat menerima keampunan Allah!Ya Allah,ampuni mereka!
Share this novel