BAB 7

Drama Completed 450

Aku memberhentikan kayuhan basikalku.Kulihat segenap inci rumah yang berada di depanku.Hanya sebuah rumah kayu!Inikah rumah Mashitah ?Kusangkakan dia tinggal sekurang-kurangnyapun di dalam rumah flet,tapi lain pula jadinya.Rumah kayu yang beratap zink hanya stau tingkat itu kutatap lagi.Simpatiku mula menjengah melihat kesan-kesan bocor di atap rumah itu.Aku memberi salam,tak sampai beberapa saat,Mashitah muncul di muka pintu,senyumannya tidak lekang di bibir melihatku datang berkunjung ke rumahnya,walaupun aku tahu,hatinya pedih kerana terpaksa menerima hukuman walaupun diri tidak bersalah.

“Waalaikumussalam,Wawa.Masuklah.”Aku dipelawa.Layanannya tetap mesra sebagai seorang tuan rumah kepada tetamu.

“Hmmm..ni rumah kaulah yek.”Aku saja mencari topik,bagi menghilangkan rasa bosan.

“Ya.Aku tak kaya macam kau.Aku orang miskin,tinggal bawah atap zink aje.”Merendah diri Mashitah bersuara sambil menuangkan air sirap suam ke dalam cawan plastik di hadapanku.

“Hmmm..bapak kau kerja apa?”

“Ayah aku kerja penoreh getah aje.”

“Mak kau?”Mashitah terdiam mendengar pertanyaanku itu.Aku membiarkan saja.Mungkin sedang mencari jawapan.

“Mak aku dah meninggal,Wawa.”Aku tersentak mendengar jawapannya itu.Kuingatkan dia masih beribu,rupanya sudah menjadi anak yatim.Fikiranku mula teringatkan mak yang sekarang ini mungkin sedang sibuk dengan bussinessnya.Untung aku masih mempunyai mak,tapi tak berguna juga kerana mak tak pernah ambil tahu perasaan aku,yang dia tahu bussiness,bussiness,bussiness!

“Kau untung kan masih ada mak,ayah,abang.Lepastu duduk dalam ‘istana’ pulak tu.”Mashitah bersuara,mengambil tempat duduk di sofa lusuh di hadapanku.Aku tersenyum.Untung?Kalaulah aku untung membesar di dalam keluarga itu,memang salah!Aku tidak akan menjadi sejahat ini jika mak dan ayah tahu mendidikku dan abangku yang macam iblis perangainya dengan sempurna.

“Minumlah,”Pelawa Mashitah .Aku meneguk sedikit air sirap itu,agak tawar,namun aku sembunyikan keadaan rasa itu.Biarlah sesekali aku merasa kesusahannya.

“Owh…maaf kalau sirap tu tawar.Rumah aku ni dah tak ada gula.Itu saja yang mampu aku bagi kat tetamu.Kalau kau tak suka,aku minta maaf.”Aku mengangguk faham.Di rumahku,ada dua plastik gula pasir yang masih belum berbuka,kadang-kadang sampai dihurungi semut.Membandingkan kehidupannya denganku,aku insaf.

“Kenapa kau mengaku yang kau letakkan katak tu semalam?”aku menyoal inginkan kepastian.Mashitah tenang wajahnya.Dia tidak melatah,mencari jawapan.

“Aku tak nak kau yang kena hukuman.”

“Tapi memang patut pun aku yang kena sebab aku yang buat.Bukan kau.”

“Sebab,aku tak nak kau lebih agresif lagi.Kalau kau dihukum,mungkin kau akan lebih membenci cikgu,padahal cikgu memang tak boleh dibenci,kerana kita mengambil ilmu daripadanya,jadi baiklah aku yang kena.Biarlah kau terus belajar.Dua minggu bukannya lama pun.”Aku mengambil nafas mendengar jawapannya.Ya Tuhan.Kenapa aku ni kejam sangat?!

“Tapi,dua minggu pun,kau tetap tertinggal kelas.”

“Tak apa.Tapi kalau kau boleh tolong aku,kau bolehlah bagi tahu aku kerja rumah yang cikgu bagi,itupun kalau kau rajin nak datang sini selalu.”Aku mengambil nafas.Kulihat segenap ruang rumah yang kelihatan kecil saja ini.Aku termenung seketika.Kenapa semenjak akhir-akhir ini,hatiku mudah terlentur?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience