BAB 9

Family Completed 376

Makan malam kami seperti biasa,tiada sebarang suara kedengaran,hanya bunyi sudu dan garpu yang berketuk dengan pinggan yang diletakkan makanan yang sedang dinikmati.Kulihat wajah ayah dan mak,mereka masing-masing dengan hal sendiri ketika menikmati makanan,mak dan ayah langsung tak bersuara.Aku perhatikan lagi.Tiba-tiba telefon bimbit ayah berbunyi.Ayah pantas menjawab meninggalkan meja makan,mesti dengan urusan perniagaannya lagi!Tak habis-habis!Kerana mengejarkan harta semata-mata.Mak tidak kisah,lagi berselera menikmati hidangan di depan mata.Aku menunggu sapaan atau teguran dari mak,tapi tidak,mak lebih memilih untuk membisu!Alahai,mak tak faham ke yang aku ini rindukan kasih mak?Mak tak tahu ke yang aku perlukan perhatian mak?Mak sedar tak yang aku sangat merindui belaian seorang mak terhadap anaknya?Walaupun aku sudah remaja,aku masih mengharapkan mak!Tapi,adakah mak benar-benar mengharapkan aku?

“Mak..”Aku menyahut.Mak sekadar mengangguk,langsung tidak mengangkat muka memandangku,sebaliknya memandang pinggan di hadapannya,alahai mak,mak sedar tak yang mak sedang bercakap dengan anak mak?Bukan dengan pinggan!Sekurang-kurangnya,pandanglah muka aku ni mak!

“Bussiness mak macam mana?”

“Baik je.”Alah..itu saja jawapannya?Kalu begitu baik tidak usah jawab kalau hanya menyakitkan hatiku.Mak tau tak yang anak mak ni tengah rindukan perbualan mesra antara seorang anak dengan mak?Tapi,mak tak kisah,mungkin aku ni sudah tak penting lagi.
Ayah kembali ke meja makan,menyambung santapannya yang tergendala seketika tadi.Wajahnya biasa saja.Aku mahu bersuara juga kali ini.

“Mak,ayah.”Sahutku lagi.

“Hmmm..kenapa?”Soal ayah acuh tak acuh saja.Tapi aku tetap nak bersuara,aku tak sanggup nak berdiam diri lagi!

“Kenapa Wawa tak pernah nampak mak dengan ayah solat?”Soalanku membuatkan mak dan ayahku tersedak,lantas meneguk air dengan gelojoh.Kulihat mak dan ayah tidak senang akan soalanku itu.Aku sudah jangka.

“Wawa,please..nak makan,makan je..jangan nak soal bukan-bukan!”Mak menjegilkan mata.Apa salahke aku bertanya?

“Bukan-bukan mak cakap?Mak tau tak solat tu wajib?Kenapa mak tak pernah buat?!”

“Wawa!Jangan nak kurang ajar dengan mak bapak kau!”Ayah menghempas telapak tangan ke meja makan.Aku tersentak.Hanya disebabkan aku bertanya begitu saja,mereka boleh semarah ini.

“Tapi saya cakap perkara yang benar,mak,ayah!Wawa Cuma tanya kenapa,itupun mak dan ayah nak marah macam ni!”

“Wawa,itu bukan urusan kau.Kau mentah lagi,tak faham apa-apa!”Mak membalas.Aku terdiam.Mentah?Sementah-mentah aku pun,aku dah boleh bezakan mana yang wajib!

“Tolong,Wawa.Kau tak ada hak nak campuri urusan mak dengan ayah!Kau hanya perlu ikut apa yang kami suruh saja!Tak perlu kau nak mengingatkan kami!Kami tau apa yang kami buat!”Aku tunduk mendengar kata-kata ayah.Mak,ayah,kalian faham tak yang aku buat semua ini sebab nak selamatkan mak dan ayah!Mak,ayah,Aku takut dengan azab kubur,mak ayah tak takut ke?Aku tak nak kuburku menjadi gelap gulita,mak,ayah,begitu juga aku harapkan kepada kalian.Aku tak sanggup jasadmu dihimpit dek kerana kubur yang menjadi sempit hingga terkumpul tulang-tulang rusuk kalian hanya kerana meninggalkan solat!Aku tak nak kalian ‘disiksa’ lipan-lipan,ular,kala jengking dan binatang yang berbisa seperti itu!Aku sayang mak dan ayah,tapi adakah mak dan ayah sayangkan diri masing-masing?

“Tak apalah..kalau mak dan ayah rasa,Wawa ni dah campur urusan mak dengan ayah.Ok,mak dengan ayah boleh fikir sendiri,kan mak dan ayah dah besar,Wawa ni mentah lagi,siapalah nak dengar cakap Wawa?!”Aku memperli balik,kuangkat punggung dari kerusi meja makan,kakiku mendaki dan berlari meniti tangga menuju ke bilik ke tingkat atas.Mak dan ayah di bawah,tidak terasa langsung,lantas menyambung suapan mereka seperti biasa!Ya Allah,aku merayu,tunjukkanlah cahaya iman dan hidayah kepada mereka!Aku tak nak mereka dipukul dan direjam diakhirat!Aku takut Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience