Mak?Apa dia peduli?
Ayah?Menyakitkan hati!
Abang?Buta hati!
Aku menghempas buku yang bertajuk ‘Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung’ di sebelah pembaringanku di atas tilam yang empuk ini.Langsung tak mengubah cara pemikiranku!
Tak tahulah kenapa hatiku ini terlalu keras?
Terlalu keras untuk menerima kenyataan bahawa perintah Allah memang tidak bisa dibantah!
Adakah aku telah melawan atau memprotes kenyataan Allah?
Adakah aku termasuk dalam golongan fasik,munafik,atau telah kafir?
Sedangkan semua ini salah mak,bapak aku sendiri!
Mereka tidak pernah mendidikku tentang asas agama walau sedikitpun.Masing-masing sibuk dengan hal dunia mereka yang tak pernah dan entah bila sudahnya!
Aku tak pernah minta untuk dilahirkan di dalam keluarga yang jahil agama ini!
Aku hanya menuruti hukum tuhan yang menyebabkan aku lahir dari rahim mak dan masih bernafas di muka bumi ini.Aku bodoh ketika itu,aku hanya mengikuti segala apa yang mak dan ayah ajarkan kepadaku.Tetapi satu perkara yang aku maha hairan,kenapa aku tidak mendengar kalimah Allah di rumah ini semenjak aku boleh berfikir dengan baik setelah beberapa tahun aku dilahirkan?
Kadang-kadang aku bertanya sendiri.Aku ni islam ke tidak?
Nampak macam tak percaya aje yang aku ni islam!Keluarga pun tak ada nur islam yang dapat dilihat walau secebis pun!Tapi dalam kad pengenalanku tertera yang aku ini beragama Islam,tapi kenapa hidupku tak macam orang Islam?Yang aku tahu,orang islam kena solat,kena puasa,tapi macam mana aku nak ikut?Nak solat pun aku tak pandai!nak puasa,perut berkeroncong,tak tahan!Macam mana orang lain boleh puasa genap tiga puluh hari?Aku semakin hairan.Terkadang itu,aku seakan terlari dari landasan,timbul perasaan syak terhadap kewujudan tuhan,tapi,aku memintas balik.Mungkin kerana iman dan keyakinan serta ilmu aku masih rapuh,mungkin senang bagi iblis dan syaitan yang dilaknat untuk menggoncang hatiku yang kosong tidak berisi.Tapi,kalau tuhan itu wujud,dan maha penyayang,kenapa DIA suruh hamba dia lakukan macam-macam?Untuk apa aku solat,puasa dan orang yang pergi keliling batu yang dibentuk empat segi bernama Kaabah yang terletak di Mekah?Setiap tahun,orang sanggup berhabis duit untuk menuju ke sana!Bagiku,daripada menghabiskan duit ke sana,lebih baik aku pergi melancong ke tempat lain yang tak pernah aku pergi lagi bagus!Aku menggaru-garukan kepala lagi.Mungkinkah aku perlu bimbingan?tapi aku ni dah besar!Dah tujuh belas tahun!Mungkin sudah terlambat.Kalau aku cuba perbaiki diri aku pun,entah hidayah itu datang atau tidak!Semuanya sudah terlambat!Tuhan pun takkan terima taubat orang bodoh macam aku ni!Ah!Mak bapak aku tak risau,kenapa aku mesti risau?Sepatutnya mak bapak yang kena mengambil langkah dahulu,baru anak-anak akan ikut!
Share this novel