Kampung Sinar Harapan,1 syawal.
Angin laut mendayu-dayu menampar pipi.Ombak saling pukul-memukul di persisiran pantai.Bot-bot nelayan tersadai di tepi-tepi pantai.Dari jauh aku melihat panorama itu.Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah mengambil nafas segar di tempat ini.Kuimbas kembali kenangan lalu.Suara takbir AidilFitri kedengaran dari masjid yang berhampiran.aku tak bisa ke masjid,biarlah.Sesungguhnya menjaga orang tua juga ibadah yang tinggi pahalanya,namun kebaikanku ini,tidaklah lagi standing sebagaimana Uwais Al-Qarni,seorang anak yang soleh,kisahnya apabila dia mengusung lembu setiap hari membawa naik turun bukit sehingga orang mengatakan dia gila.Rupanya dia melakukan begitu sebagai persiapan staminanya untuk mendukung ibunya ke Mekah untuk mengerjakan haji.Dari Yaman ke Mekah,Uwais al-Qarni mendukung ibunya untuk mengerjakan haji.Bila difikirkan balik,memang susah nak diterima dek akal,kerana ibu,sanggup hendak bersusah-payah,tetapi tidak bagi Uwais,sehingga namanya disebut rasulullah adalah orang yang doanya paling termakbul.Aku menarik nafas.Aku mengaku,aku tidaklah sebaik dan setaat uwais Al-Qarni,tetapi memadailah aku menuruti dan menjaga ibu bapaku serta abangku yang masih hidup.Itu sajalah yang mampu aku lakukan.Aku menghulurkan tanganku yang berisi ketupat nasi untuk disuap ke dalam mulut mak yang kini terduduk di kerusi roda.Mak tersenyum memandangku,aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada mak,ayah dan abang untuk bernafas dan memohon keredhaanNYA walaupun ketiga-tiga mereka sudah terduduk di kerusi roda.Aku tidak kisah menjaga mereka,keampunan Allah terhadap mereka itu lebih penting.Mak mengangakan mulut,aku menyuakan seketul ketupat nasi yang dipotong dadu ke dalam mulut mak.Mak tidak mampu bersuara kerana kemalangan itu.Ayah juga sudah lumpuh separuh badan,abang hilang deria penglihatan,walaupun ini semua berat untuk ku tanggung,aku redha demi mencari kasihNYA.Selepas kemalangan,hutang perniagaan ayah meningkat sehingga ayah dan mak tidak mampu membayar,dan rumah kami disita,namun kami masih bersyukur sekurang-kurangnya kami masih ada rumah di kampung yang mana sudah lama tidak dijenguk.Sinilah tempat tinggal kami sekeluarga.Aku tetap bersyukur.Kemalangan itu,membuatkan ayah,mak dan abangku sedar bahawa mereka sememangnya sudah jauh dari landasan.Tetapi aku tetap mengharapkan kesembuhan mereka suatu hari nanti,dengan izin Allah.Wajah Mashitah Sierra bermain difikiranku. Bagaimana keadaannya sekarang? Terlalu lama aku tidak bertemu dengannya, walhal dialah yang telah banyak menyedarkan kekhilafanku selama ini. Moga suatu hari nanti Allah SWT mengizinkan kami bertemu sekali lagi.
Aku memandang wajah mak,mak leka memandang ombak yang menghempas di hadapan.Semua ini segalanya ketentuan Allah.Ujian demi ujian yang dilalui,semuanya sudah dijadikan suratan yang sudah tertulis,tidak bermakna hidup seorang mukmin jika tidak dilengkapi dengan ujian,padahal ujian itulah yang menjadi penanda aras untuk mengukur keimanan seseorang,seperti mana Allah berfirman:-
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3).
Alhamdulillah,walaupun sebelum ini aku selalu ragu-ragu,akhirnya Allah menunjukkan satu-persatu cahaya ke dalamku,dan sekarang seluruh keluargaku,aku tahu,DIA tidak mahu melihat hambanya terus jauh dan tersasar,sudah terbukti yang DIA masih sayang!
Share this novel