BAB 2

Drama Completed 450

Aku perhatikan abang yang sedang ‘lak-lok’ berjalan macam ular kena pukul sambil merangkul bahu perempuan yang tergetik-getik manja di sisinya.Entah betina mana pulaklah abang ni bawak balik!Minggu lepas,Sherrylah..Minggu ni,entah apa pulak nama perempuan yang tak tau malu ni!Suka-suka hati aje abang bawak masuk perempuan jalang yang hanya inginkan nafsu abang saja!Ah,aku tak peduli!Hal dia,dialah!Kubur lain-lain!

“Wawa!!!Kau pekak ke tuli!Aku suruh kau buat air,kenapa tak sampai lagi?!”
Berdesing telinga aku mendengar pekikan jantan abang.Benci betul!Dia ingat aku ni kuli dia ke suka-suka hati aje nak arah-arah!Suruhlah betina dia tu buat!Takkan nak duduk menyemak saja!Sudahlah datang tak diundang!Bersenang-lenang pulak macam permaisuri kat rumah ni!

“Woi Wawa!Kau pekak ke?Buat air cepat!”Sekali lagi pekikan abang dari dalam bilik bersama perempuan itu mencairkan tahi telingaku.Entah apa yang dibuat dalam bilik?!Hmmm..kalau dah berdua-dua dalam bilik lelaki,perempuan.faham-faham ajelah.Hai abang,sampai bilalah kau nak mempermain-mainkan wanita macam pakai buang?Tak guna,campak saja!Kenapa aku masih berfikir begitu!Lantak abanglah dia nak buat apa!Bukan hal aku!Bukan aku juga yang jadi mangsa!

Aku bangun dari sofa empuk yang terletak di ruang tamu.Rancangan sitkom yang sedang syok kutontoni terpaksa aku tinggalkan buat seketika untuk melayan karenah abangku itu.Bahang terik batul hati ni!Aku ni dibuat macam orang gaji aje!Kalau ada bibikkan syok,tapi itu sudah berlalu dahulu,kalau tak kerana abang yang hendak memuaskan nafsu serakahnya,sampai sanggup hendak memperkosa orang gaji sendiri,tak adanya bibik lari meninggalkan rumah begitu saja!Abang memang begitu,selalu dirajai oleh nafsu sendiri.Pernah sekali aku pula yang dicubanya untuk diperkosa,tetapi mujur mak dan ayah menghalang,dan sebagai balasan,aku kena ikut saja perintah abang yang aku anggap macam setan itu kerana tidak memenuhi keperluan nafsunya.Tetapi yang pelik,abang tidak pernah sekali tertangkap atas perlakuannya.Adakah perempuan-perempuan yang pernah ditiduri abang dulu langsung tak membuka cerita?Mungkin juga,mungkin kerana status abang sebagai anak seorang ‘dato’.Kenalah dijaga.Mungkin juga perempuan-perempuan itu tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu,malu takut dihina keluarga atas kebodohan mempercayai kata-kata lelaki sendiri!
Aku menatang dulang yang diatasnya terletak dua buah gelas yang berisi jus oren,kakiku menuju ke bilik abang.Dari luar lagi kedengaran hilai tawa manusia yang tidak sedar diri itu dari dalam bilik,sapa lagi kalau bukan abang dengan perempuan jalang yang diheretnya pulang tadi itu?!Aku mengetuk pintu,setelah beberapa kali aku mengetuk,baru diarahkan buka oleh abang di dalam.Aku memulas tombol pintu.Dah agak dah,memang dia orang tengah syok bercengkerama atas katil,aku melihat abang dan perempuan itu sedang duduk di atas katil sambil diselubungi oleh selimut tebal yang berwarna putih dari paras dada hingga ke kaki.Abang mesra melayan perempuan itu,sesekali aku geli juga melihatnya.Tak tahu malu langsung!Boleh muntah hijau aku dibuatnya melihakan betina itu tergetik-getik di dalam pangkuan abang!Tak sanggup aku nak melihat ‘scenery’ ini lagi.Daripada aku muntah cair,baik aku keluar.Sebaik saja aku menutup pintu,kulihat cahaya dari bawah pintu gelap semula.Ulang projeklah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience