BAB 8

Drama Completed 450

Sudah genap seminggu aku berulang-alik dari sekolah ke rumah Mashitah .Semakin hari,semakin seronok pula aku bertandang ke rumahnya.Bila difikirkan balik,daripada aku pulang ke rumah melayan abang dengan betinanya itu,baik aku datang sini,walaupun kadang-kadang hidangan tengahari yang disediakan oleh Mashitah hanya berlaukkan kicap dengan ikan kering.Aku tak kisah.Daripada makan mewah tapi merana seorang diri!Macam dalam penjara.Memandangkan Pak Abu,bapanya Mashitah tak kisah,aku semakin seronok berada di sini.Sesekali Mashitah mengajarkanku bagaimana hendak mendirikan solat,sememangnya aku yang amat bodoh ini berasa janggal dengannya.Aku sedar,selama ini,Mashitah bukan calang-calang orang.Dia taat dengan perintah agama,bukan macam aku!Nak solat pun tak pandai.Mungkin kalau tanya ayat tiga kul pun aku tak hafal!Dulu adalah masa sekolah usztazah tanya,tapi lama-kelamaan,ayat al-quran langsung aku lupakan.Mujur Mashitah sudi mengimbas kembali apa yang telah aku lupa.Aku amat berterima kasih dengannya.

“Rabia,kau ambiklah duit ni.Aku tau kau dengan ayah kau susah.Aku pun selalu datang sini,cekik makan kau.”Aku menghulurkan dua keping not RM50 kepada Mashitah .Itu duit papaku,senang saja meminta kepadanya.Kalau soal kebendaan,minta sajalah dari papaku,tidak pernah dia menolak permintaanku.Mashitah mengetap bibir,seakan ralat untuk menerima wang itu.

“Tak payahlah,Wawa.Aku ikhlas tolong kau selama ni.Lagipun kitakan kawan.”

“Tak,kau kena ambik jugak.”Aku memaksa.Ini sajalah caranya untuk aku membalas kebaikannya.

“Tapi,”

“Rezeki janganlah ditolak.Allah dah tentukan,hari ni kau dapat duit,ambik ajelah.”Aku meletakkan duit itu di dalam genggaman Mashitah .Dia tunduk tersenyum.

“Terima kasih,Wawa.”

“Sama-sama,semua ni datang dari Allah,dia yang berikan keluargaku rezeki.”Aku tersenyum.Semenjak tinggal di sini,aku telah banyak belajar tentang keindahan tuhan.keindahan,kecantikan agamaku islam selama ini yang tidak pernah aku peduli.Setiap kali aku menyesal dengan perbuatan ingkarku selama ini,aku diingatkan tentang salah satu kecantikan Islam,Allah menerima taubat hambanya!Itulah yang membuatkan Islam itu begitu cantik dengan pengampunan daripada seorang pencipta kepada manusia yang hina seperti kita.Acap kali aku menangis,selama ini aku begitu jauh dengan tuhan.Aku terharu apabila diberitahu bahawa Allah menyayangi orang yang beriman,tetapi Allah lebih menyayangi orang muda yang beriman.Bila difikirkan balik,jika aku menghabiskan usia mudaku dengan sia-sia,apa yang harus dijawab di depan Allah nanti apabila DIA bertanya apa yang aku buat semasa zaman mudaku?Takkan nak tunggu dah tua baru bertaubat!itu salah.Acap kali aku mendengar orang berkata,’dah tua nanti baru bertaubat,’tidak,pandangan itu salah,kerana kita tidak tahu bila kita akan mati.Mungkin sekarang malaikat sedang menuju ke sini untuk mengambil nyawa kita,wallahua’lam.

“Rabia,aku nak ucapkan terima kasih kat kau.Kalau tak kerana kau,sampai sekarang aku tak pandai nak sembahyang.”

“Hmm..aku cuma tolong sikit aje,itupun dengan izin Allah,kalau tak kerana dia.Mungkin aku pun tak akan ajar kau.Semua perlakuan kita mestilah bertunjangkan untuk Allah saja,baru dapat barakahnya.Buat sesuatu perkara,biar seikhlas hati,dan kerana Allah,bukan kerana lain.”

“Aku faham sekarang.”Aku tersenyum.Ku bersyukur kerana pintu hatiku telah dibuka pada umurku seusia belia ini,Allah mungkin tidak mahu aku tersesat lebih jauh,sebab itu dia telah membuka pintu hatiku dari sekarang.Allah itu Ar-Rahim.Aku tunduk seketika,kepalaku tiba-tiba terawang-awangkan sesuatu.

“Kenapa Wawa?”Soal Mashitah melihat aku tunduk sayu tiba-tiba.

“Mak dengan ayah aku…”Aku berkata lemah.

“Kenapa dengan mereka?”

“Kau rasa tuhan bagi tak peluang kat mak dengan ayah aku nak bertaubat?”Soalku.Itu yang menjadi kegelishan aku sekarang.Mak dan ayah tidak pernah kulihat melakukan tuntutan agama.Apa masih ada ruangkah untuk mereka berubah?

“Wawa,lahaulawalaquwwata illa billah…tiada upaya dan daya melainkan izin Allah.Semuanya dimulakan kerana Allah,mintalah kepadanya supaya diberi keizinan untuk membuka hati mak ayah kau.Tapi dalam masa yang sama,kau cubalah cakap baik-baik dengan mereka.Insyaallah,Allah akan menolong kau.”

“Tapi,tak mungkin ayah dengan mak nak dengar cakap aku!mereka pentingkan diri!”Tiba-tiba aku terasa ada air hangat yang ingin mengalir di kelopak mata.Aku risaukan mak dan ayah!Juga abang.Dapatkah mereka peluang untuk menikmati jannahMU diakhirat kelak?Melihatkan keadaan mereka,aku menjadi tidak yakin.
Begitu juga diriku,aku bimbang aku juga tidak mempunyai tiket untuk merasai syurga Allah.Memandangkan dosa yang telah kulakukan selama ini.Adakah Allah telah mengampuni semuanya?

“Wawa,sebagai anak,kau cuba sajalah…tapi jika mereka berdegil,jangan sesekali kau meninggikan atau memprotes kasar dengan mereka.Apapun,dia orang tetap mak dan ayah kandung kau.Jangan sesekali kau berkata ‘Ah’ kepada mak ayah kau.Itu pun dah dikira derhaka.”

“Tapi,kalau mereka degil?Aku bukannya berniat apa.Aku cuma tak nak mereka lebih tersesat.Sudahlah keadaan kami sekarang inipun kucar-kacir.Baru semalam ayah balik mabuk.Aku sedih sangat.Allah terima tak mereka?”

“Kalau mereka berdegil,kau tak perlu sampai berkasar.Kau biarkan saja,kerana kau telah menasihati mereka,tetapi mereka yang tak nak dengar,itu dah menjadi masalah antara mereka dengan Allah pula.Kau dah lepaskan tanggungjawab sebagai anak,tetapi kau kena selalu ingat-mengingatkan mereka walau dia orang tak nak ikut cakap kau,apa-apa pun,tanggungjawab kau dah lepas sebab kau dah menasihatkan mereka.”

“Tapi,aku tak nak mak dengan ayah aku masuk neraka.”

“Wawa,syurga neraka bukan urusan kita.Itu ketentuan Allah.Tak semestinya orang yang baik sudah dijamin memasuki syurga.Selagi tiada jaminan,selagi itu jangan terlalu yakin yang kita akan ke syurga.Syurga adalah hak Allah,dia berhak memilih yang mana dia suka,tetapi dalam masa yang sama,kita juga perlu berdoa supaya diberi peluang memasuki jannahNYA.”Panjang Mashitah membetulkan pandanganku terhadap hak memasuki syurga.Aku sedar,aku ini pun belum tentu sudah tertulis sebagai ahli syurga!Alangkah bertuahnya aku jika sudah diberi jaminan untuk masuk ke syurga sepertimana Rasulullah S.A.W,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khattab,Saidina Usman Affan,Saidina Ali bin Abi Talib,Saidina Thalhah Abdullah,Saidina Zubair Al-Awam,Saidina Sa’ad bin Waqqas,Saidina Sa’id bin Zaid,Saidina Abdul Rahman bin Auf,dan Saidina Abu Ubaidillah bin Jarrah,aku tak dapat membayangkan,mungkin aku menjadi makhluk yang paling bertuah di alam semesta ini.Aku tersenyum seketika,aku tahu Allah takkan mensia-siakan amalan hambanya,semua yang dilakukan,pasti ada balasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience