BAB 5

Drama Completed 450

“Kau boleh tak jangan sibuk?Suka hati akulah.Dah..shuhhh..shuhhh..pergi sana!”Aku menolak sedikit Mashitah Sierra ke tepi.Ada saja yang nak mengganggu aku!Tanganku yang memegang plastik yang berisi katak mati yang aku tangkap semalam,aku julurkan ke dalam beg tangan cikgu minah kumari,siapa lagi kalau bukan Pn.Zaleha.Padan muka!Aku memang dendam betul dengan dia!Suka buat aku panas hati!

“Wawa,tak baik buat macam tu kat cikgu.Dosa tau!Kesian kat cikgu!”Mashitah bersuara.Panas telingaku.Nak berceramah pulak!

“Hei,kalau kau tak nak terlibat,kau blah ajelah!Sibuk-sibuk pulak nak ingatkan orang!”

“Tapi,”

“Aihhh..dahlah!Aku letakkan aje,bukannya apa pun,kalau dia terkejut,nasib dialah.”Mashitah mengetap bibir sambil memerhati sekeliling yang sunyi kerana semua pelajar telah turun memandangkan ini waktu rehat.Hanya aku dan Mashitah saja yang masih di sini.Sesekali aku geram juga.Nak tunjuk baik pulak!Tahulah dia tu pelajar kesayangan cikgu walaupun baru masuk sini! Mengada!Tanganku memasukkan plastik yang berisi katak mati itu ke dalam tas tangan Pn.Zaleha yang dibiarkan di situ kerana selepas rehat,matapelajaran sains akan bermula,iaitu kelas Pn.Zaleha.

“Dah,aku dah selesai.Kalau kau berani keluarkan ‘benda’ tu,ha..buatlah..berani kau!”Aku berlalu apabila ‘tugasku’ selesai.Kakiku melangkah keluar dari kelas.Ku sempat menjengah,Mashitah masih di situ!Apa yang dia berani buat?Tengok sajalah.
Kulihat Pn.Zaleha memasuki kelas,seketika kemudian kedengaran tengkingan kasar guru itu,mungkin Pn.Zaleha menyangka yang Mashitah yang ingin mengenakannya.Aku tergelak sendirian di balik tingkap lutsinar yang bersebelahan dengan meja pelajar,geli hati aku melihat Pn.Zaleha menjerit melihat katak mati yang telah aku letakkan di dalm tas tangannya.Padan muka!
Tapi,kenapa Mashitah Sierra berdiam diri saja ketika guru itu menuduhnya?
Seakan menunjukkan dia pula yang bersalah!Kenapa dia tak beritahupun itu semua kerja aku?Aku ingat,sudah pasti perempuan itu akan mengadu,rupanya tidak!Sebaliknya dia yang mengaku bahawa dia yang melakukan semua itu.Aku tergamam seketika.Sanggup dia mengaku itu salah dia!Tapi hatiku keras,aku tetap mengatakan yang Mashitah sengaja nak tunjuk baik!Kulihat seketika kemudian,Pn.Zaleha menarik tangan Mashitah menuju ke luar kelas,kuikuti langkah mereka,menuju ke bilik disiplin!Perasaan bersalah terhadap Mashitah mula menjenguk dalam sanubariku.Tak sepatutnya aku memperlakukan dia begitu!Ah!Aku memprotes balik.Bukan salah aku,kenapa dia baik sangat nak haling aku tadi?Hah!Kenalah!Pintu bilik disiplin ditutup.Tak tahu apa yang terjadi,aku tidak peduli lagi,dari aku mengikuti langkah mereka,baik aku turun makan kat kantin.Kakiku mengorak laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience