Keesokannya,kulihat meja Mashitah kosong!Aku tertanya-tanya.Ke mana dia pergi?Mungkin kerana kejadian semalam,dia malu nak hadirkan diri ke sekolah?Haha..terimalah.Itulah balasan kalau jadi orang yang terlalu baik sangat ni.Tapi,perasaan bersalah itu tetap ada di dalam diri aku.Tidak sepatutnya aku melakukan begitu.Tidak tahu kenapa hatiku lembut semacam saja hari ini,tergerak untuk bertanyakan kepada Pn.Zaleha,mungkin guru itu tahu sebabnya.Perlahan aku melangkah ke meja Pn.Zaleha yang sedang leka menanda buku-buku pelajar,tangannya berhenti menari melihatku menghampirinya,mungkin hairan ‘budak’ liar sepertiku ini mahu datang bersemuka di meja guru!
“Selamat pagi,Puan.”Aku menyapa dulu.
“Hmmm..selamat pagi,kenapa awak datang sini?”
“Errr..tak ada apa-apa,saya cuma nak tanya,cikgu tau tak Mashitah Sierra pergi mana?”Pn.Zaleha mengangkat kening.Mungkin janggal dengan pertanyaanku.Tiba-tiba saja menyoal perihal rakan sekelas,sebelum ini,haram.kawan punya hal..aku tak peduli!
“Hmmm..dia dah digantung.”Tenang Pn.Zaleha menjawab sambil memasukkan buku-buku ke dalam beg kain yang terletak di sebelahnya.
“Hah?Digantung!Tapi…kenapa?”Aku terkejut,tak tahulah kenapa aku bersimpati dengannya.Demam agaknya aku ni.Tapi,memang aku rasa berslah yang teramat!
“Ya,adalah kesalahannya,kamu tak payah tanya.Dia digantung selama dua minggu.”Aku tersentak.Macam kesalahan yang dilakukan terlalu besar sampai kena gantung sekolah dua minggu!Aku bersimpati,tapi apa boleh buat.Ini semua memang salah aku!
“Cikgu,cikgu tau tak rumah dia kat mana?”
“Kenapa kamu tanya?”
“Cikgu,tolonglah.”Aku merayu lagi.Aku benar-benar ingin berjumpa dengannya.
“Rumah dia kat belakang kedai Pak Mat,kamu tanyalah orang kat situ.”Aku mengangguk.Lantas berlalu pergi.Kenapa aku ni kejam sangat?Aku terfikir lagi,gara-gara aku,Mashitah tidak dapat ke sekolah,padahal peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.Sepatutnya aku yang digantung!Bukan dia!Lagipun,aku tidak kisah kalau aku digantung kerana aku memang tak nak dan malas belajar!Aku menuju ke kelas dengan wajah yang muram.Kawan sekelaspun aneh melihatku.Kelas yang biasa riuh dengan sindiran-sindiran jahatku sunyi kerana hari itu aku tidak ada mood untuk ceria seperti biasa,semuanya kerana dirundung rasa bersalah yang teramat!
Share this novel