TEASER 2

Romance Series 3332

TEA SER 2 CINTA UNTUK AMELIA

“Sakit lagi tak?” Tanya Tuan Sham kepada Amelia.

Amelia memaksa bibir untuk tersenyum. Perlahan-lahan dia bergeleng. Tipulah kalau dia sudah sembuh dari dipukul teruk oleh Puan Hamidah tadi. Hampir seluruh tubuhnya dihadiahkan penendang dan pukulan dari si ibu. Namun, dia tidak dapat menyalahkan Puan Hamidah kerana memperlakukannya begitu. Mana-mana orang tua pun akan naik hantu apabila tahu anak perempuan mereka hamil anak luar nikah. Namun, situasi Amelia berbeza. Dia difitnah! Dan lebih parah lagi, orang yang memfitnah itu adalah bakal suaminya sendiri, Umar!

Tuan Sham menghela nafas perlahan. Minyak panas dihulurkan kepada Amelia.

“Ayah tahu ujian ini berat untuk kamu. Tapi ayah yakin kamu kuat. Jika anak Dato Hisyam setuju untuk nikah dengan kamu, kamu akan terima?” Soal Tuan Sham. Walaupun agak terlambat untuk dia menyoal soalan itu tapi dia yakin keputusan yang dia buat adalah keputusan yang tepat.

Amelia terkedu. Air mata yang jatuh dikesat. Hatinya sebak sebaik sahaja memikirkan masa depannya.

“Adakah orang yang sanggup terima Mel, ayah?” Tanya Amelia dengan nada suara yang tersekat-sekat.

Tuan Sham sudah tersentuh mendengar pertanyaan Amelia itu. Jujur, hatinya berat untuk menerima lelaki yang bakal menjadi suami Amelia tapi apakan daya, aib keluarga harus diselamatkan dari segala fitnah.

“Insya-Allah, Mel... Mel doa pada Allah. Ayah yakin, akan ada jawapan untuk semua ini...” pujuk Tuan Sham.

Amelia menangis. Dia cuba kesat air mata sampai kering tapi dia tetap gagal.
Tuan Sham menghapus air jernih yang sudah keluar setitis demi setitis dari tubir matanya. Melihat anak perempuannya begitu, dia turut terkilan dan berduka. Berat sungguh dugaan anaknya itu. Perlahan-lahan, dia menyentuh bahu Amelia.

“Rehatlah, Mel. Rehat...” arah Tuan Sham sebelum berlalu meninggalkan Amelia. Apabila kaki sudah menapak keluar dan pintu bilik Amelia ditutup rapat, dia dapat mendengar tangisan Amelia pecah saat itu juga. Tuan Sham Sham sentuh dada yang turut merasakan kesakitan yang dialami oleh anak perempuannya itu. Sampai hati Umar buat anak aku macam ni! Maki Tuan Sham di dalam hati. Kalau Umar ada di depannya sekarang, sudah pasti dia adalah orang pertama akan melayangkan penumbuk sulungnya ke wajah lelaki yang membuat anak perempuannya itu menangis!

***
“Kahwin? Esok? Seriuslah, pa!” Adrian memberontak. Menjadi seorang suami kepada seorang perempuan yang dia tidak kenali itu adalah satu perkara yang mustahil. Tambahan lagi dia tidak pernah menemui perempuan bernama Amelia itu walaupun nama milik gadis tersebut sering meniti di bibir Datin Suzanna.

“Amelia budak yang baik, Ad. Kamu nikah dengan dia dan selepas itu terpulanglah kepada kamu, kamu nak ceraikan dia atau nak teruskan perkahwinan kamu dengan dia pun, kami tak kisah...”

“Eh, kamu ni! Kenapa hasut dia macam tu? Tak elok,” marah Dato Hisyam. Dia bukanlah marah mana, hanya menasihati di dalam tegas sahaja. Lagipun, dia kurang berkenan jika Adrian benar-benar menceraikan Amelia setelah mereka rasmi menjadi suami-isteri yang sah nanti.

“Habis tu, abang nak dia seksa si Mel tu nanti? Saya lagi tak suka kalau nanti dia seksa si Mel.” Kata Datin Suzanna. Jujur, dia lebih suka kalau Adrian melepaskan Amelia nanti. Bukan apa, kalau sudah kedua-dua hati pasangan itu tidak pernah saling mencintai, sudah pasti mereka akan terseksa dan saling membenci nanti. Tambahan lagi, Adrian menikahi Amelia dalam keterpaksaan. Sudah tentu bakal menjadi masalah nanti. Dia tidak mahu Amelia asyik menangis. Kasihan!

“Cinta boleh dipupuk selepas nikah. Abang yakin Ad boleh jaga Amelia.” Dato Hisyam sudah memandang Adrian yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.

“Ad tak yakin, pa. Ad...”

“Papa akan bagi syarikat papa dekat Ad.” Potong Dato Hisyam.

Datin Suzanna dan Adrian terkedu. Mereka saling berpandangan. Saling tidak percaya!

“Abang!” Datin Suzanna kurang senang. Dia kurang yakin dan percaya jika Adrian yang memegang jawatan CEO di dalam syarikat Dato Hisyam walaupun Adrian anak kandungnya sendiri. Adrian, orangnya suka berfoya-foya dan menggunakan wang ringgit hanya untuk kepuasan diri sendiri. Dan itu membuat Datin Suzanna kurang setuju jika Adrian yang dipilih menjadi CEO di dalam syarikat suaminya. Silap-silap nanti, wang syarikat habis ditelan oleh Adrian!

“Okey! Ad setuju!” Tanpa berfikir panjang, Adrian terus bersetuju. Dia lupa akan pendiriannya sebentar tadi. Yang ada kini adalah bayangan menjadi seorang CEO! Sudah pasti banyak wanita-wanita cantik yang bakal mahu bersamanya selepas ini.

“Tapi ada syarat...”

Adrian mengerutkan dahi.

“Ad tak boleh ceraikan dia sebelum Ad ada anak dengan dia. Dan Amelia berhak mendapat shares tertinggi di dalam syarikat itu nanti,” kata Dato Hisyam.

“Apa?” Adrian sudah ternganga. Dia sudah terperangkap.

Datin Suzanna sudah tersenyum lebar. Kebijaksanaan suaminya itu memang sedari dulu lagi dia cukup kagumi dan kerana itulah juga yang membuat dia menyayangi Dato Hisyam.

“Ad nak atau tidak?”

Adrian diam. Dia berfikir sejenak. Hendak meminta masa untuk berfikir pun rasanya tidak boleh kerana hanya malam itu sahaja yang ada untuk dia memikirkan jawapan. Tatapan diberikan buat Dato Hisyam.

“Macam mana kalau Ad nak kahwin lagi? Papa tak larang, kan?” Adrian harus bijak. Manalah tahu kalau selepas ini dia ada pilihan hati dan berminat mahu menjadikan perempuan tersebut menjadi isteri kedua. Siapa tahu, kan?

Dato Hisyam berpaling untuk memandang Datin Suzanna. Dia tidak sangka pula yang Adrian akan menyoal soalan itu. Dato Hisyam kembali memandang Adrian.

“Kalau Amelia bersetuju untuk bermadu, papa akan setuju,” jawab Dato Hisyam. Dia yakin Amelia tidak akan bersetuju. Mana ada perempuan yang mahu bermadu. Silap hari bulan suami dikejar dengan parang pula nanti oleh isteri!

Adrian sudah tersenyum lebar.

“Baik, Ad setuju!” Tangan dihulur tanda mahu berjabat dan sebagai tanda persetujuan bakal terjalin di antara mereka.

Tanpa basa-basi, tangan yang dihulur oleh Adrian, disambut oleh Dato Hisyam. Mereka sama-sama tersenyum dan sama-sama punya agenda di sebalik rancangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience