Bab 18

Drama Series 7756

           Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pagi itu agak sibuk dan sesak. Maya Qaseh duduk di sisi ibunya, Puan Marliah yang sedang menanti waktu penerbangan untuk berlepas menunaikan umrah. Sara Hanum pula berbual-bual dengan bapanya, Encik Kamaruzaman.
           “Jaga diri baik-baik. Jaga adik kamu, si Sara tu jugak” pesan Puan Marliah kepada Maya Qaseh.
           “Ya, ma. Mama janganlah risau. Doakan kami banyak-banyak nanti” balas Maya Qaseh sambil menggenggam erat tangan ibunya.
           “Maya dan Sara sentiasa dalam doa mama. Sejak kamu berdua dalam kandungan sampailah dah besar panjang begini” kata Puan Marliah. Pipi Maya Qaseh disentuh penuh kasih.
           “Terima kasih, ma. Doakan Maya berjaya selesaikan masters dengan cemerlang” sambung Maya Qaseh.
           “Ya, mama Maya dapat selesaikan pengajian masters dengan cemerlang, cepat bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yang soleh, yang…”
           “Ma! Ke situ pulak mama ni” rungut Maya Qaseh, manja. Puan Marliah tergelak.
           “Mama pasti akan doakan yang baik-baik untuk anak-anak mama”
           “Mar!”
           Maya Qaseh dan Puan Marliah sama-sama menoleh apabila mendengar suara Encik Kamaruzaman.
           “Marilah kita beransur. Nanti ketinggalan pula dengan yang lain” Encik Kamaruzaman sudah menarik begnya dan bersedia untuk berkumpul dengan jemaah umrah yang lain.
           “Baiklah. Maya, Sara, mama dan papa nak gerak dulu. Kamu berdua baliklah. Petang nanti Maya ada kuliah, kan” Puan Marliah mengingatkan.
           “Ya, ma. Mama dan papa jaga diri baik-baik di sana. Semoga amal ibadah mama dan papa dipermudahkan” kata Maya Qaseh. Puan Marliah dipeluknya erat. Ada rasa sebak yang hadir dalam dadanya. Namun, dia tidak mahu menangis kerana tidak mahu kedua ibu bapanya berasa bimbang.
           “Jaga diri. Kalau ada apa-apa masalah, perlukan bantuan, contact Uncle Zahar” pesan Encik Kamaruzaman ketika Maya Qaseh tunduk mencium tangan ayahnya. Maya Qaseh mengangguk.
           “Mama, papa pun jaga diri. Jaga kesihatan. We will miss you both” kata Sara Hanum pula. Encik Kamaruzaman dan Puan Marliah tersenyum memandang anak-anak mereka.
           “Dah, pergilah gerak balik. Nanti terkocoh-kocoh pula nak ke kuliah. Assalamualaikum” ucap Encik Kamaruzaman.
“Waalaikumsalam” jawab Maya Qaseh dan Sara Hanum serentak.
           “Jom kak, kita balik” ajak Sara Hanum. “Mama, papa dah ikut group umrah dia. Kak Maya pun ada kelas petang ni. Ada masa nak rehat dulu” kata Sara Hanum.
           “Jomlah” kata Maya Qaseh lalu beriringan bersama Sara Hanum untuk menuju semula ke tempat letak kereta. Mereka menanti lif yang akan membawa mereka ke ruang parkir di tingkat 5. Lif yang penuh dan pengunjung yang ramai menyebabkan Maya Qaseh dan Sara Hanum terpaksa menunggu seketika. Dalam kesibukan orang ramai, perbualan individu yang berdiri di belakangnya menarik perhatian Maya Qaseh.
           “So, you’re back for good?”
           “Yeah…but Amani will fly again in one-month time. She is about to start her post-grad programme”
           Maya Qaseh dilanda debar tiba-tiba. Suara itu bagai tidak asing lagi di pendengarannya. Dia ingin menoleh, tetapi nalurinya berbisik untuk tidak berbuat demikian.
           “Papa is so happy. Dengan keadaan kesihatan dia sekarang, dia pun dah tak mampu nak handle semua perkara.  Glad that you’re back”
           “I’m so worried about papa. I think this is the best time for me to help him”
           Lif yang sekian lama dinanti akhirnya terbuka. Maya Qaseh menarik tangan Sara Hanum untuk segera masuk ke perut lif. Bersama mereka, ada dua orang lelaki asing turut masuk bersama bagasi mereka. Maya Qaseh membantu mereka menekan butang agar pintu lif kekal terbuka.
           “Can we come in?”
           Maya Qaseh mengangkat wajah dan tiba-tiba air mukanya berubah. Lelaki di hadapan lif itu juga kelihatan terkejut dan mengerutkan dahi seolah-olah cuba mengingati sesuatu.
           “Sorry, full”
           Maya Qaseh tidak tunggu lagi. Dia menekan butang untuk menutup pintu lif. Dadanya berdebar kencang. Tangan dan kakinya terasa sejuk tiba-tiba. Lelaki itu! Adakah dia mengenali aku? Pergerakan lif terasa begitu perlahan. Dinding lif yang lutsinar membolehkan Maya Qaseh melihat pergerakan lif di sebelah. Bagaimana kalau lelaki itu menghuni satu lagi lif dan dapat menyaingi aku?
           “Jom, cepat!” Maya Qaseh terus menarik lengan Sara Hanum sebaik sahaja pintu lif terbuka. Sara Hanum kehairanan melihat gelagat kakaknya yang kelihatan cemas tiba-tiba.
           “Kita park dekat mana?” tiba-tiba Maya Qaseh terlupa lokasi di mana dia meletakkan keretanya.
           “Bukan tadi akak yang ingat?” soal Sara Hanum semula.
           “Aduh…aku suruh kau ingat. Sekarang kau pula kata aku yang kena ingat” Maya Qaseh mula naik angin.
           “Tadi kan aku tolong mama keluarkan beg. Kau yang drive kan, tak kan tak ingat tiang yang mana?” bidas Sara Hanum. Maya Qaseh terdiam seketika. Sedaya upaya, dia cuba mengerah daya ingatannya saat itu.
           “Jom, jom. Kita pergi sebelah sana” Maya Qaseh tergesa-gesa menarik lengan Sara Hanum.
           “Kalau dah tahu diri tu pelupa, lain kali ambil gambar tiang tu” sindir Sara Hanum.
           “Semuanya nak harapkan gajet. Cuba guna sel-sel otak sendiri” balas Maya Qaseh pula.
           “Ha, lepas tu bila terlupa nak marah-marah orang lain. Ingatkan ada photographic memory” Sara Hanum masih ingin bertikam lidah.
           “Dah, dah. Jangan membebel. Cepat masuk kereta, kita kena cepat-cepat timggalkan tempat ni” Maya Qaseh memberikan arahan. Kereta milik bapanya dihidupkan dan terus digerakkan sebaik sahaja Sara Hanum menutup pintu kereta.
           “Kau ni kenapa, kak? Tiba-tiba aje macam dikejar hantu” bebel Sara Hanum. Dia menarik seat belt dan menghidupkan pendingin hawa.
           “Ya, aku nampak hantu tadi” kata Maya Qaseh. Sara Hanum terkejut. Bulu romanya meremang tiba-tiba.
           “Kau biar betul, kak.” Kata Sara Hanum. Maya Qaseh tidak menjawab. Dia memperlahankan keretanya apabila menghampiri laluan pejalan kaki. Keretanya diberhentikan apabila beberapa orang yang sedang menolak troli melalui lintasan zebra itu. Tiba-tiba matanya terpaku pada seorang lelaki yang ditemui di hadapan lif tadi. Di belakangnya, seorang wanita sedang menarik bagasinya yang tidak begitu besar. Pasti itu isteri Nazmi, dia sendiri ingat-ingat lupa akan wajah wanita itu. Setelah mereka berlalu, Maya Qaseh menggerakkan semula keretanya. Namun, darahnya berderau saat melihat imej yang terbias di cermin sisinya. Lelaki itu sedang berdiri dan memandang ke arah keretanya.
           “Kau nampak tak hantu depan lif KLIA tadi?” soal Maya Qaseh ketika keretanya sudah memasuki Lebuhraya Elite.
           “Ishh kak, hijab aku belum terbuka untuk nampak entiti dari alam lain” jawab Sara Hanum.
           “Bukan hantu tu lah, ngok! Kau nampak tak lelaki dengan troli penuh dengan bagasi, pakai jaket dan nak masuk lif dengan kita tadi” Maya Qaseh memberikan gambaran. Sara Hanum masih mengerutkan dahi, berfikir. “Kau ni banyak makan semut agaknya. Benda baru terjadi kot, dah tak ingat” gerutu Maya Qaseh.
           “Yang nampak stylo, with dark brown jacket, turtle neck t-shirt and light blue jeans?” soal Sara Hanum, memberikan deskripsi lelaki yang digambarkan Maya Qaseh.
           “Yes!” Maya Qaseh mengesahkan.
           “Do you know him? He looks familiar, by the way” komen Sara Hanum.
           “Itulah Nazmi!” Maya Qaseh menepuk stereng keretanya.
           “What?! He’s back, kak” Sara Hanum terjerit kecil.
           “I guess, yes. Aku overheard perbualan dia dengan orang yang fetch dia tadi” kata Maya Qaseh. Pertemuan semula dengan Nazmi dan isterinya membuatkan Maya Qaseh seakan sesak nafas. Memori lalu bagaikan kembali berputar dengan jelas dalam layar mindanya. Maya Qaseh menggenggam stereng kereta. Perempuan itu yang meyebabkan Nazmi tidak memilih aku. Tetapi, Nazmi juga memang merupakan spesies penipu. Sudah tiga tahun peristiwa itu berlalu. Saat aku telah menemui ketenangan dan semangat baru, mengapa wajahmu muncul kembali di hadapan mataku?!
           Maya Qaseh semakin menekan pedal minyak. Dia ingin lari dari Nazmi. Dia tidak mahu lelaki itu menemuinya. Walaupun lelaki itu tidak mungkin akan mengejarku, namun Maya Qaseh masih bimbang sendainya lelaki itu memburunya.
           “Kak, slow sikit. Kau kenapa tiba-tiba nak drive laju-laju ni” marah Sara Hanum.
           “Akak tak nak dia nampak akak” jelas Maya Qaseh. Entah mengapa, dia merasakan Nazmi bagai mengejarnya. Berkali-kali dia memandang cermin pandang belakang, untuk melihat andai ada kenderaan yang rapat mengekori.
           “Kita dah jauhlah kak dari KLIA. Dah lah, jangan speeding. Tak fasal-fasal kena saman pula nanti” Sara Hanum sedikit cemas dengan cara Maya Qaseh memandu.
           “Mana jauh lagi. Kalau dia nak kejar, bukan tak boleh” balas Maya Qaseh.
          “Masalahnya, dia bukannya kejar kita. Relaxlah” tegas Sara Hanum. Maya Qaseh mendiamkan diri. Pelbagai peristiwa bersilih-ganti datang menerjah mindanya. Tidak sanggup rasanya untuk menjemput kenangan itu. Segala yang indah telah menjadi mimpi ngeri bila dia ditinggal Nazmi. Anehnya, semakin cuba diusir, semakin jelas pula segala peristiwa yang pernah dilaluinya bersama Nazmi. Segala-galanya kerana pertemuan di KLIA sebentar tadi. Maya Qaseh memejam mata. Dia ingin menghalau segala kenangan dan impian yang tidak kesampaian. Dia juga mahu melupakan semua memori dan angan-angan yang telah hancur berkecaian.
           “Akak! Treler tu nak tukar lorong!” jerit Sara Hanum tiba-tiba.
           Maya Qaseh terkejut. Dia baru tersedar daripada lamunannya. Treler di hadapannya semakin menghimpit kerana mahu memasuki lorong tengah yang sedang kereta mereka lalui. Maya Qaseh tahu dia perlu berfikir dan bertindak pantas. Ada kereta yang bertali-arus di lorong kanan. Pantas,cermin sisi sebelah kiri dijeling. Jarak kenderaan seterusnya masih jauh. Namun, sebaik sahaja menukar lorong, Maya Qaseh terkejut.        
           “Akak! Ada motor!” jerit Sara Hanum.
           Maya Qaseh terkejut. Kereta yang dipandu laju hampir sahaja melanggar penunggang motosikal yang memandu di lorong kiri. Penunggang motosikal itu tidak kelihatan kerana terlindung dengan treler panjang sebelum ini. Maya Qaseh tiada pilihan, dia menekan brek dan cuba mengelak ke lorong kecemasan. Tiba-tiba Maya Qaseh hilang kawalan lalu kereta mereka terbabas ke tepi lebuhraya. Jeritan Sara Hanum dan dirinya bersatu sebelum kereta mereka terhenti kerana brek yang ditekan semahunya oleh Maya Qaseh.

          

Jom follow ig @sayalahrinazrina & jenguk fb page Sayalah Rin Azrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience