Bab 10

Drama Series 7756

“Eh! Lepaslah!” Maya Qaseh cuba menarik pergelangan tangannya yang dipegang Razlan. Razlan terus berjalan laju tanpa mempedulikan kata-kata Maya Qaseh. Maya Qaseh terpaksa mempercepatkan langkah, cuba untuk menyaingi Razlan.
“Lepaslah, Lan!” bentak Maya Qaseh. Razlan tidak menjawab. Sampai di bahagian belakang premis perniagaan itu, dia memerhatikan keadaan sekeliling. Ternyata hanya mereka berdua yang berada di situ.
“Lepaskan aku!” Maya Qaseh menjerit marah.
“Maaf. Aku cuma nak jauhkan kau dari lelaki tu” ujar Razlan. Akhirnya dia melepaskan pergelangan tangan Maya Qaseh.
“Kenapa kau nak halang aku? Aku nak buat perhitungan dengan Nazmi!” kata Maya Qaseh, separuh menjerit. Dia menggosok sedikit pergelangan tangannya yang sakit kerana dicengkam Razlan.
“Aku tak mahu kau dikasari. Lagi pun ini kan tempat awam. tak kan kau nak memalukan diri kau sendiri. Tadi pun dah ramai yang nak jadi penonton pergaduhan kau dengan lelaki tu” tegas Razlan.
“Tapi aku nak tanya sendiri pada Nazmi!” balas Maya Qaseh, tidak berpuas hati kerana Razlan telah menghalangnya bersoal-jawab dengan Nazmi.
“Kau nak tanya apa lagi? Kau dah nampak dengan mata kau sendiri yang dia bawa perempuan lain!” Razlan cuba menyedarkan Maya Qaseh.
“Sebab tu aku nak tahu, siapa perempuan tu” balas Maya Qaseh.
“Nazmi pun pura-pura tak kenal kau tadi, kan? Please, Maya. Aku ulangi, jangan memalukan diri sendiri. Harga diri kau tu lebih tinggi nilainya daripada lelaki tu” sambung Razlan, cuba memujuk Maya Qaseh.
 “Eh, Lan! Kenapa kau nak sibuk hal aku ya? Buat apa kau nak masuk campur? Kau nak jadi hero ke?” soal Maya Qaseh.
“Aku bukan nak jadi hero, aku cuma nak tolong kau, Maya” Razlan cuba menerangkan.
“Oh…Nak tolong aku? Dengan harapan kalau Nazmi tinggalkan aku, aku akan pilih kau?! Macam tu?!” suara Maya Qaseh sudah bergetar dengan tangisan.
“Apa kau cakap?!” Razlan mula merasakan darahnya menyirap.
“Tak payah pura-pura tak dengarlah Razlan!” Maya Qaseh mendengus.
“Kau ni memang tak sedar diuntung kan? Aku nak tolong kau, tapi kau kata aku macam-macam!” darah Razlan benar-benar mendidih dengan kata-kata yang muncul daripada bibir Maya Qaseh.
“Aku tak perlukan pertolongan kau! Tolong jangan masuk campur urusan aku dengan Nazmi!” Maya Qaseh memberi amaran keras.
“Kalau aku tahulah macam ni, aku biarkan je kau bergaduh, bertarik-tarik rambut dengan kekasih Nazmi tu. Biar satu tempat ni tengok. Biar semua orang tepuk tangan tonton drama live depan mata!” jerit Razlan, melepaskan amarahnya. Maya Qaseh sudah menangis. Wajahnya ditutup dengan kedua belah telapak tangan.
“Kau nak ke maruah kau berada di bawah tapak kaki bila kau bergaduh dengan perempuan lain kerana Nazmi? Tapi lelaki tu langsung tak pandang kau dan pilih perempuan yang bersama dia tadi?!” soal Razlan. Maya Qaseh tidak terkata. Dia menangis tersedu-sedu akhirnya.
“Sekali lagi aku beritahu, aku cuma nak tolong kau, Maya” sambung Razlan lagi.
           “Tak payah! Aku tak perlukan pertolongan sesiapa!” balas Maya Qaseh, tegas.
“Kau ni memang bodoh sombong! Sekarang, kau settle lah masalah kau sendiri. Aku tak mahu ambil tahu lagi!” dengus Razlan lalu terus meninggalkan Maya Qaseh. Kesabarannya telah hilang. Kau siapa untuk aku melutut dan memujuk rayu? Hati Razlan benar-benar panas. Maya Qaseh terdiam. Dia memerhatikan langkah Razlan yang kian menjauh. Kini dia sendirian. Benarkah aku tidak perlukan pertolongan sesiapa? Maya Qaseh bertambah sayu. Kata-kata Razlan menusuk hatinya. Nazmi sudah berlalu meninggalkannya. Terbayang wajah Nazmi yang pura-pura tidak mengenalinya sebentar tadi. Maya Qaseh rasa ingin meraung, Nazmi! Kenapa kau tinggalkan aku. Kenapa Nazmi? Kenapa!!
“Maya…”
Maya Qaseh mengangkat wajah saat mendengar Namanya diseru. Suraya berdiri di hadapannya dengan wajah bimbang dan cemas.
“Su…” Maya Qaseh terus memeluk Suraya yang sudah mendepangkan tangannya. Maya Qaseh melepaskan tangisan dalam pelukan Suraya. Pelbagai rasa bersatu dan menyesakkan dadanya. Terasa bagai seisi dunia mentertawakannya yang kini telah putus cinta.
“Sabar, Maya…” pujuk Suraya.
“Nazmi tipu aku, Su” kata Maya Qaseh dalam sedu-sedannya.
“Lebih baik kau tahu sekarang daripada dia terus-terusan menipu kau, Maya” Suraya cuba memberi nasihat buat temannya yang sedang dalam kesedihan.
“Dia tipu aku. Dia pura-pura tak kenal aku. Selama ni, aku ni siapa, Su? Aku ni siapa?!” Maya Qaseh terus menghamburkan air matanya.
“Maya…please…jangan macam ni. Cool, ok” Suraya memujuk lagi.
Maya Qaseh cuba mengawal perasaannya. Sedu-sedannya mula reda. Maya Qaseh menarik nafas, cuba mencari kembali sisa-sisa kekuatan yang masih ada dalam diri.
“Jomlah kita masuk semula dalam kafe” ajak Suraya.
“Aku dah tak ada selera nak makan” ucap Maya Qaseh.
“Jangan macam ni…” pujuk Suraya.
“Aku nak balik” pinta Maya Qaseh. Suraya kembali menatap sahabatnya.
“Ok, jom kita balik” putus Suraya.
Maya Qaseh menarik nafas lega. Tangisannya sudah reda. Dia mula melangkah bersama Suraya. Saat dia mengangkat wajah, dia terpandangkan Razlan yang sedang memerhati dari kejauhan. Pandangan ereka bersatu seketika sebelum lelaki itu berpaling dan melangkah pergi.
“Aku tunggu dalam kereta” kata Maya Qaseh saat Suraya memberitahu mahu masuk ke kafe seketika. Setelah apa yang terjadi hari ini,  tidak sanggup rasanya hendak menatap wajah lelaki itu buat masa ini!
                      **********************************
“Jadi…Inilah kerja you selama ini bila I jauh dari you?” soal Amani, tidak berpuas hati. Dia memandang tepat ke arah Nazmi sambil berpeluk tubuh.
“I dah cakap dengan you kan…I tak kenal perempuan tu” kata Nazmi, cuba membela diri.
“Tak kenal? I dengar dia panggil nama you tadi. You kata you tak kenal dia?” soal Amani, tegas.
“Dia yang kenal I. I tak kenal dia” balas Nazmi. Amani mencebik.
“Mesti dia pernah jumpa you sebelum ni. Kalau tak, macam mana dia boleh kenal you” Amani masi belum berpuas hati dan terus menyoal siasat Nazmi.
“Maybe pernah jumpa, in one of the occasions. Maybe” Nazmi masih cuba meyembunyikan hakikat hubungannya dengan Maya Qaseh.
“Which occasions? Which party? Which club? Bie, you ni famous sangat ke sampai semua orang kenal you?” soal Amani, masih meragui jawapan-jawapan yang diberikan Nazmi.
“Well…you know me, right? Berapa famous pun I, I tetap setia pada you” kata Nazmi, merapatkan wajahnya ke wajah Amani.
“Setia ke namanya bila ada perempuan lain terjerit-jerit panggil nama you, bie?” tanya Amani. Hatinya terguris melihat kejadian tadi. Beria-ia gadis itu mengejar dan cuba mendapatkan Nazmi. Namun Nazmi tidak mempedulikan panggilan gadis itu. Perasaan Amani bercampur-baur. Dia simpati melihat gadis itu, bersungguh-sungguh dia cuba memanggil Nazmi. Malah riak wajah gadis itu juga kelihatan amat terperanjat saat melihat mereka berdua memasuki ruang kafe itu. Tetapi, di sisi gadis itu ada seorang lelaki kacak yang menemani dan menuruti langkahnya. Lalu, apa mahunya gadis itu daripada Nazmi?
“Sayang…” tegur Nazmi, lembut. Amani tersentak. Dia mengalihkan pandangan ke arah Nazmi.
“Please…percaya pada I. I hanya sayangkan you seorang” ucap Nazmi bersungguh-sungguh. Amani mengeluh.
“Macam mana I nak percayakan you kalau depan mata I sendiri ada perempuan lain kejar you” Amani berterus-terang tentang perasaannya. Walaupun pasangannya seorang selebriti sekalipun, pasti hati akan tercuit bila kekasih hati diburu gadis lain!
“I dah beritahu you kan, I tak kenal dia. Kalau dia kenal I, itu masalah dia” kata Nazmi, cuba meyakinkan Amani.
“Then, you both must have met somewhere before. Kalau tak, macam mana dia kenal you? Lainlah you ni selebriti terkenal” kata Amani, mengulangi keraguannya. Sukar sekali untuk dia menelan bulat-bulat segala kata-kata Nazmi.
“I tak mahu ulang apa yang I dah terangkan” tegas Nazmi. Amani mengeluh.
“Kalau tak kerana ada lelaki lain dengan perempuan tu tadi, memang I susah nak percaya dengan apa yang you kata, bie” kata Amani. Nazmi tersentak. Mengapa Amani harus mengaitkan Razlan dan Maya Qaseh?
“Jadi, you tak percayakan I lah? Dah panjang lebar I terangkan you tetap tak percaya?” soal Nazmi.  Nada suaranya mula meninggi.
“I percaya…kalau tak, I tak teruskan hubungan jarak jauh kita bertahun-tahun lamanya” balas Amani.
“Then, stop asking me about that girl!” jerkah Nazmi. Amani terkejut.
“Ok, fine!” balas Amani. Sakit pula hatinya saat ini. Daripada lembut meujuk tiba-tiba Nazmi berubah watak dan mula meninggikan suara kepadanya.
“Sorry…sorry…” Nazmi meraup wajahnya seketika. “I tak bermaksud nak marahkan you. I cuma stress sebab dah berkali-kali I terangkan tapi you tetap tak percayakan I” Nazmi cuba menerangkan. Amani mendiamkan diri. Terasa kecil hati kerana Nazmi menaikkan nada suara menjerkahnya sebentar tadi.
“Sorry, sayang…” ucap Nazmi lalu terus mencapai jemari Amani. Amani menarik kembali tangannya yang cuba digenggam Nazmi.
“I sentiasa bersangka baik dan percaya pada you. Sehinggalah peristiwa tadi berlaku” Amani berterus-terang.
“Amani, beritahu I, apa yang I perlu buat untuk kembalikan kepercayaan you pada I” kata Nazmi, pasrah. Amani mengeluh mendengar kata-kata Nazmi.
“I ada 2 semester lagi to finish my study, tapi kalau begini perangai you, I dah tak yakin nak teruskan hubungan jarak jauh kita” kata Amani.
“I akan ikut you balik UK. Biar I ada 24-7 depan mata you. I dah tak sanggup nak biar you terus syak wasangka dan interrogate I macam I ni penjenayah” kata Nazmi.
“What?! Are you crazy?” Amani terkejut mendengar cadangan Nazmi.
“Itu sahaja cara untuk kembalikan kepercayaan you pada kejujuran I” kata Nazmi. Amani mengeluh berat. Keadaan ini menjadi semakin rumit. Bukan dia tidak sayangkan Nazmi. Bukan juga dia tidak mahu Nazmi bersamanya. Tapi…
“I will talk to my parents. Biar mereka berbincang sebagai orang tua kita. Above all, hubungan kita adalah sebahagian daripada perjanjian perniagaan mereka. So, let them settle our problem” tegas Nazmi.
“Nazmi!”
Nazmi terus bangun setelah nekad membuat keputusan. Panggilan Amani tidak dipedulikan lagi. Dia memejamkan mata seketika. Dia sayangkan Amani yang dikenalinya dari kecil lagi. Dia juga menyenangi Maya Qaseh yang mengisi kekosongan hatinya bila Amani berada jauh di luar negara. Namun, Nazmi tahu dia tidak mempunyai pilihan. Bersama Amani adalah satu perjanjian. Kerana itu, melupakan Maya Qaseh adalah satu keputusan, walaupun dia tahu, ada hati yang amat terluka kerana perbuatannya.
 
 
 

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat semua followers :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience