Bab 7

Drama Series 7756

           “Berapa banyak kedai makan ada kat KL, kenapa nak pergi jauh-jauh” komen Maya Qaseh saat mereka sudah duduk menanti hidangan di restoran nasi arab di Cyberjaya.
           “You sekarang...jauh sikit pun dah tak boleh bila dengan I” ucap Nazmi seperti berjauh hati. Maya Qaseh mencebik.
           “Fikir merajuk dia aje...yang I runsing, bingung, serabut tunggu you contact dari last weekend tak nak fikir?” Maya Qaseh meluahkan perasaan geram.
           “Kan I dah explain...kenapa nak marah-marah lagi ni...” jawab Nazmi, tenang. Maya Qaseh mendengus. Minuman yang baru terhidang disedutnya dengan harapan akan reda sedikit kepanasan hatinya. Namun begitu, matanya tidak lepas daripada merenungi Nazmi.
           “Kenapa tengok I macam tu?” soal Nazmi. Pandangan tajam Maya Qaseh menusuk perasaannya. Gadis itu memang punya sepasang mata yang cantik dan renungan yang cukup mempesona.
           “You ada orang lain, ya?” soal Maya Qaseh tiba-tiba. Nazmi terkejut. Namun kemudian dia tersenyum lebar dan akhirnya lelaki itu tertawa. Maya Qaseh semakin sakit hati. Tawa Nazmi masih belum berhenti, malahan semakin galak.
           “Apa yang kelakar sangat? I buat lawak ke?” tanya Maya Qaseh, bengang.
           “Ya!” jawab Nazmi dalam tawa yang masih bersisa. “You memang buat lawak”
           “Apa yang lawaknya?” dengus Maya Qaseh.
           “You buat lawaklah, Maya. Siapalah yang nak kan I yang tak handsome ni” jawab Nazmi lalu menyedut minumannya, sekadar ingin menyembunyikan debaran dalam dadanya. Dia juga ingin menyorokkan pandangan matanya daripada terus-terusan dipanah renungan Maya Qaseh.
           “Tak handsome, konon” Maya Qaseh mencebik lagi. Kau punya pakej lengkap kot…ada rupa, ada gaya dan anak orang berada. Siapa sahaja yang tidak tertawan dengan pesona seorang Nazmi. Tapi…, bak kata Suraya, Razlan lebih kacak, cuma lelaki itu punya gaya yang serba sederhana, sesuai dengan statusnya sebagai seorang pelajar. Ah! Dah kenapa tiba-tiba kau fikirkan Razlan ni, Maya? Kata hati Maya Qaseh terhenti di situ apabila Nazmi bersuara semula.
           “You cakap I ada orang lain, entah-entah you yang ada?” duga Nazmi. Tiba-tiba terlintas peristiwa kemalangan tempoh hari. Beria-ia Maya Qaseh membela lelaki yang dinyatakan sebaai teman sekuliahnya. Kenapa bersungguh-sungguh mempertahankan lelaki itu? Ada apa-apakah?
           “Sengaja nak alih topiklah ni? Bila masa pulak I ada orang lain?” bidas Maya Qaseh, benar-benar terkejut dengan tuduhan Nazmi.
           “Mamat yang I terlanggar hari tu? Kenapa you bersungguh-sungguh sangat back up dia?” soal Nazmi, masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku tempoh hari. Sudahlah kereta kesayangannya calar, hatinya juga tercedera melihat Maya Qaseh beria-ia risaukan Razlan yang jatuh di bahu jalan. Pandangan lelaki itu pula ketika melihat Maya Qaseh...ah! Aku pun lelaki, aku tahu apa maksudnya.
           “Come on la Nazmi. Kenapa nak kaitkan Razlan pulak dalam hal kita? Orang tu tak bersalah apa pun, kenapa you nak heret nama dia pulak?” soal Maya Qaseh kehairanan.
           “See...you’re backing him up again?” Nazmi bersuara, tidak puas hati.
           “Sebab you petik nama dia yang tak ada kena-mengena dengan isu kenapa you buat I macam tunggul kayu tunggu you contact dari last weekend” balas Maya Qaseh.
           “Kalau you boleh back up lelaki lain, you pun jangan simply nak tuduh I ada perempuan lain” tegas Nazmi. Maya Qaseh ingin melanjutkan kata-katanya, namun terhenti apabila pelayan kedai hadir menghantar hidangan. Nazmi bersuara semula saat melihat Maya Qaseh sudah mendiamkan diri.
           “Dah lah, kita makan dulu. I tak nak argue dengan you depan rezeki.” akhirnya Nazmi mengalah, ketika hidangan sudah tersedia di hadapan mata. Maya Qaseh terdiam. Dia merenung hidangan nasi Arab bersama daging ayam dan kambing di hadapan matanya. Perutnya yang berkeroncong memaksanya menjamah hidangan yang menyelerakan itu. Namun dia masih belum berpuas hati. Entah mengapa, dia merasakan Nazmi cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Perasaan itu menyebabkan dia kehilangan mood untuk berbicara. Nazmi juga diam seribu bahasa. Seringkali juga dia hanya menghabiskan masa membelek-belek iPhonenya. Maya Qaseh bagaikan tidak wujud di hadapan matanya.
           “Kalau nak diam aje, baik tak payah ajak I keluar” kata Maya Qaseh, ketika kereta Nazmi meluncur kembali menuju ke Kuala Lumpur. Maya Qaseh merasakan, masih ada rasa yang terbuku dan ingin diluahkan dari hatinya.
           “Dah you pun senyap aje” balas Nazmi, mendatar. Matanya tegak memandang lebuhraya yang masih kurang sibuk saat ini.
           “I tak berhak untuk marah ke bila you ambil mudah dengan perasaan I?” soal Maya Qaseh dalam nada suara yang mula bergetar.
           “Maya...I dah explain, I dah minta maaf. You nak I buat apa lagi?!” Nazmi masih cuba mengawal nada suaranya.
           “Tak perlu ucapkan kata maaf kalau you ada rancangan untuk melakukan perkara yang sama pada masa hadapan” tegas Maya Qaseh.
           “Apa yang you nak marah sangat bila I tak contact you? Please lah faham, I sekarang dah kerja. I kena tumpukan perhatian pada kerja juga, tak kan I nak kena melayan you 24 jam!” Nazmi mula merasakan kesabarannya semakin menipis.
           “Betul ke kerja? Dua puluh empat jam juga ke you kerja sampai tak boleh langsung ambil seminit dua untuk hubungi I?” sindir Maya Qaseh.
           “What do you expect? You nak I contact you, inform you ke mana I pergi, update you sepanjang masa - I dekat mana, dengan siapa, balik pukul berapa? Oh please…You ingat you tu siapa?” tengking Nazmi. Maya Qaseh terkejut. Tidak pernah Nazmi mengamuk sebegini. Sampainya hati Nazmi memarahi dirinya. Air mata Maya Qaseh mula bergenang. Bibirnya terkunci untuk membalas bicara Nazmi.          
“Besar sangat ke salah I sampai you tak sudah-sudah nak cari fasal? I dah explain, I said sorry, tapi you tak sudah-sudah nak sebut kesalahan I yang tak contact you untuk beberapa hari tu” Nazmi terus-terusan meluahkan perasaannya apabila melihat Maya Qaseh sudah kehilangan kata-kata.
           “You yang mulakan, finally I juga yang bersalah” Maya Qaseh bersuara akhirnya, untuk membela diri.
           “Tengok? Tak sudah-sudah lagi. Kalau selalu sangat macam ni, lama-lama nanti orang bosan dengan perangai you ni, tahu tak?” kata Nazmi, seakan mengugut.
           “Kenapa you nak salahkan I pulak?” suara Maya Qaseh mula berbaur dengan tangisan. Air mata yang sedari tadi ditahan sudah mula jatuh menuruni pipi.
           “Ha, cakap sikit nak menangis. Tegur sikit dah nak keluar air mata. Jangan ingat semua orang boleh sabar dengan you yang sensitif dan suka merajuk ni, Maya” kata Nazmi, menzahirkan perasaannya.
           “Tadi kata I suka cari fasal. Sekarang kata I sensitif dan suka merajuk pula” Maya Qaseh semakin sebak.
           “Memang ya. Jangan salahkan I kalau lambat-laun I tak boleh sabar dengan perangai you” tegas Nazmi.
           “Fine! I minta maaf, ok” balas Maya Qaseh, tidak mahu memanjangkan pergaduhan walaupun hatinya rasa amat sakit hati. Tiba-tiba sahaja dia bagai ingin mengalah dengan perhubungannya bersama Nazmi.
           “Itu sahaja yang you tahu. Merajuk, menangis, lepas tu minta maaf. Please lah jadi lebih dewasa” keluh Nazmi. Nada suaranya sudah menurun, tetapi dia sudah kehilangan mood untuk menghabiskan masanya bersama Maya Qaseh. Keretanya terus meluncur laju dan akhirnya berhenti di hadapan apartmen Maya Qaseh. Tanpa berkata apa-apa lagi, Maya Qaseh terus membuka pintu kereta dan meluru turun. Perasaanya rasa amat sakit. Dia ingin menoleh, tetapi keegoannya berkata tidak. Hatinya berharap agar Nazmi akan mengejarnya, memujuknya atau merayunya. Namun, sebaik sahaja menoleh, dia rasa ingin meraung bila Nazmi terus memecut keretanya laju meninggalkan kepulan asap yang menyakitkan mata dan hati Maya Qaseh. Maya Qaseh pasrah. Saat itu dia merasakan masa hadapannya bersama Nazmi bukan sahaja sudah gelap, tetapi sudah gelita tanpa ada sejalur pun cahaya.

Jom follow ig @sayalahrinazrina Fb Page Sayalah Rin Azrina

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience