Bab 2

Fantasy Completed 22204

“Profesor! Lihat apa yang saya jumpa ni! Satelit Measat-4 telah mengesan akan kewujudan sebuah pulau baru!” teriak seorang lelaki yang berkaca mata dan berpakaian putih yang persis seperti seorang saintis dengan penuh keterujaan.

Seorang lelaki tua yang beruban yang sedang memerhatikan peta bumi dari skrin yang terdapat di Stesen Satelit Bumi Malaysia yang berpangkalan di Kuala Lumpur terkejut mendengar berita yang dilontarkan oleh anak buahnya itu. Dia bergegas ke arah tempat anak buah itu. Darahnya menyirap hingga ke otak.

“Mus..mustahil!” kata lelaki tua itu tergagap-gagap dengan apa yang dilihatnya. Dia mengosok-gosok matanya untuk memastikan bahawa dia bukan sedang bermimpi. “Bagaimana ini boleh berlaku? Pulau baru yang ditemui di perairan borneo?” Dia langsung tidak mahu mempercayainya. Untuk sebuah pulau wujud memang mengambil jutaan tahun dengan letusan gunung berapi yang dasyat dari dasar laut.

Tapi, keajaiban apa yang cuba ditunjukkan oleh tuhan? Hanya dalam masa beberapa saat selepas kabus gelap yang selama ini mengaburi kawasan perairan itu hilang, sebuah pulau telah wujud. Apakah selama ini kabus tersebut diciptakan oleh tuhan untuk menutup mata mereka dari pulau itu? Memang pada saat itu mereka menyangka bahawa apa yang terjadi itu ialah keajaiban dari tuhan… tapi tidak bagiku. Ia ialah permulaan kepada penghancuran dari tuhan. Siapa aku?

Maafkan aku kerana lambat untuk memperkenalkan diriku! Namaku Dr. Ayie, seorang paleontologis yang tidak perlu anda kenal nama sebenarnya, cukuplah dengan sekadar dengan nama timang-timanganku, Ayie. Aku ialah pengemudi anda semua dalam pengembaraan yang sangat mencabar dan pasti akan menaikkan adrenalin anda semua sepanjang ia berlangsung.

Pengembaraan yang berpunca daripada penemuan pulau tersebut terus membawa kepada pencarian manusia-manusia yang berkepakaran dalam bidang tertentu untuk menjelajah pulau baru itu. Namun, aku dan rakan-rakanku yang lain tidak mengetahui bahawa bahaya yang paling dasyat dalam hidup kami mula menjelma untuk meragut satu persatu nyawa insani yang dunggu akan betapa persetannya pulau itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience