“Arghh!” jeritku kesakitan. Darah mula mengalir keluar tidak henti-henti seperti pesawat itu yang masih belum berhenti terperosok di tanah. “Iwan! Mata aku Iwan!” jeritku lagi. Dan akhirnya, pesawat tersebut terhenti apabila terlanggar sesuatu. Aku menarik nafas lega. Namun, mataku masih sakit dan aku perlukan bantuan Sha untuk merawatnya. Kacanya masih belum kucabut dari terus menikam kornea mataku.
“Semua orang okey tak?” jeritku dari kopkit.
“Ayie! Semua okey!” balas Mirul. “Adik aku cedera sikit! Aku rasa lebih kita keluar dan tengok apa yang berlaku!” kata Mirul lagi. Pintu di sebelahku kelihatan sepeti remuk. Hanya tingkap di hadapanku yang menjadi jalan keluarku. Iwan keluar dahulu kemudian membantuku. Aku melihat keadaan di sekelilingku yang aku dapati tumbuhan-tumbuhan di situ sangat berbeza dengan apa yang wujud pada hari ini.
“Abang!” jerit Ifti terkejut melihat mataku. Aku hanya mampu tersenyum. Isteriku itu kemudian berlari ke arahku, memandangku dengan penuh rasa simpati. “Kenapa dengan mata abang ni?”
“Taklah teruk sangat Ifti. Abang perlukan rawatan segera oleh Sha!” kataku membalas lalu kemudian berjalan ke arah Sha yang sedang tercegat berdiri sambil menyelongkar begnya untuk mencari sesuatu, mungkin kerana ingin membantuku.
“Awak tak apa-apa?” soal Sha lagi. Ifti melihat sahaja Sha mengeluarkan kaca yang menikam mata kiriku dengan menggunakan alatan-alatannya.
“Arghh!” teriakku perlahan.
Maaf awak… sakit ke?” Aku menggelengkan kepalaku. Bam! Ifti pula yang menumbuk lenganku. Aku tersengih bodoh seperti Sha. Rasanya tumbukkan Ifti itu bukan kerana gurauanku, tetapi kemesraan antara aku dan Sha.
“Kawan-kawan! Timbunan apa tu?” soal Dayana sambil menutup hidungnya. Aku yang baru sahaja ditampal mataku dengan kapas untuk mengelakkan darahku dari terus mengalir menoleh ke arah timbunan yang dikatakan oleh Dayanan itu. Baunya memang sangat busuk. Aku menghampiri timbunan itu lalu memegangnya lalu membaunya sedikit. Dayana menunjukkan reaksi jijik dengan apa yang aku lakukan.
Share this novel