Bab 13

Fantasy Completed 22204

“Wahhh!” Mirul tidak habis-habis merakam pemandangan baru yang dihidangkan tuhan untuknya. Kawanan dinosaur hervivor yang sedang memakan rumput jelas mencuri perhatian kami sejenak sehingga membuatkan kami terlupa objektif kami yang sebenarnya.

“Mirul, itu kumpulan dinosaur Sauropod, haiwan terbesar yang pernah wujud di muka bumi ini. Kau pasti kenal dengan mereka sebab leher mereka yang panjang itu. Itu pula stegosaurus, itu pula Tsintaosaurus…” Kelihatan Mirul langsung tidak mengambil peduli apa yang diceritakan olehku sebaliknya masih kusyuk merakam haiwan-haiwan yang sepatutnya telah pupus di dunia sejak jutaan tahun dahulu.

Tiba-tiba bumi di bawah kami bergegar, banyak kawanan dinosaur hervivor yang sedang kusyuk meragut rumput yang panjang-panjang belaka itu mula melangkah pergi, melarikan diri. Aku dan Mirul memandang sekelilingku, cuba mencari punca bunyi aneh itu dan… seekor dinosaur yang berperisai di kepalanya dan juga bertanduk terpelanting dari mana, melayang di udara dan seekor T-Rex pula sedang berlari ke arah Triceratop itu. Aku dan Mirul terperangkap di tengah-tengah pertarungan itu. Triceratop mula bangkit sambil menghunus tanduknya yang bercabang-cabang itu ke arah T-Rex, cuba mempertahankan diri.

“Mirul! Pergi dari sini!” bisikku namun Mirul berdegil membuatkan aku tergamam. Apa sebenarnya yang sedang bermain di kotak fikiran Mirul sekarang ini.

“Kenapa? Kau nak mati?” soalku.

“Pedulilah kematian tu! Yang penting aku dapat merakam semua ini! Tiada siapa lagi didunia yang pernah melihat semua ini, yang penting kita dapat merakamnya dan kita akan kaya! Hahahahahaha!” kata Mirul yang sudah mula hilang kawalan. Aku menggelengkan kepala lalu melangkah pergi dari situ meninggalkan Mirul keseorangan, menanti maut sendirian.

Pertarungan di belakangku tidak lagi membuatkanku begitu tertarik kerana aku tahu Mirul pastinya akan mengikut jejak langkah Zul. Fareed dan Dayana. Mirul maafkan aku kerana terpaksa meninggalkan orang. Aku ada 4 nyawa lagi yang harus aku selamatkan. Air mataku bercucuran ditiup angin.

“Mirul, kalau kau masih hidup lagi, jumpa aku di gua tersebut!” Itu kata-kata terakhir yang aku kirimkan pada Mirul. Aku tidak berani untuk menoleh namun setelah lama aku meninggalkan kawasan itu, jeritan seorang lelaki bergema di ruang angkasa. Fera, entah bagaimana kau menghadapi semua ini…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience