Bab 6

Fantasy Completed 22204

“Siapa dua orang lagi?” soalku yang mengira jumlah nama yang dikatakan oleh Fahmi. Aku dikatakan akan mengetuai rombongan lapan orang manusia yang tidak ditambah dengan Dayana yang sukarela mahu mengikuti ekpedisi tersebut.

“Ifti dan Fera!” aku dan Fahmi terkejut besar mendengar apa yang diungkapkan oleh Fahmi.

“Kau dah gila? Kenapa perlu diheret isteri dan adik kami dalam kancah permainan kau?” tempelak aku sambil memegang koler bajunya.

“Hahaha… untuk membuatkan bahawa kamu berdua buat kerja ini dengan betul-betul!” kata Fahmi lagi. Kalau kamu berdua nak berjumpa dengan mereka, tunggu sampai esok. Sha, bersyukurlah yang atuk awak kami tak bawakannya. Kami rasa dia akan menyusahkan kerja kamu di sana nanti!” bilang Fahmi lalu meninggalkan kami terkesima di dalam sana. Mirul terduduk dia ats kerusi lalu mememgang rambutnya.

“Entah apa dosa aku sehinggakan aku boleh terlibat dalam permainan ini!” keluh Mirul kesal. Aku memegang bahu Mirul.

***

“Kamu semua dah bersedia?” soal Iwan dari kopkit pesawat kecil yang hanya mampu memuatkan 15 orang itu. Aku mengangkat ibu jariku sebagai isyarat yang kami sudah bersedia. Aku melihat di sekelilingku. Ifti sedang duduk di sebelahku sambil memeluk erat lenganku. Mungkin kerana rindu selepas 3 hari tidak bersua.

Zul sedang menyiapkan senjatanya yang kelihatan sangat canggih. Mirul pula sedang bergurau dengan adiknya, Fera yang bagiku memang sangat jelita. Dr. Sha hanya memegang erat begnya yang mungkin mengandungi ubat-ubat tertentu. Fareed yang sedang duduk di satu sudut di pesawat itu, sedang mendengar lagu di telefon bimbitnya.

“Hai!” tegur Dayana. Aku tersentak. Dayana hari itu seksi habis dengan pakaiannya yang menjolok mata itu dan tidak berlengan. “Boleh saya duduk di sebelah awak?” soal Dayana lagi. Aku mengangguk dan itu mengundang jelingan maut dari isteriku.

“Hai! Saya Dayana!” kata Dayana sambil menghulurkan tangannya ke arah isteriku, Ifti. Ifti membalasnya tapi kulihat tidak bersungguh. “Saya dah tak sabar-sabar nak turun nanti!” kata Dayana bersungguh. Aku melihat Ifti hanya bermasam muka dengan diriku.

“Hey kawan-kawan semua! Lihat kat bawah tu!” teriak Fera teruja sambil menekapkan wajahnya di cermin. Aku melihat di tepi tingkap dan melihat kawanan dinosaur hervivor. Wah… ini kali pertama kau dapat melihat semua itu di depan mataku. Suasana kegembiraan itu hanya bertahan beberapa minit kerana tiba-tiba pesawat yang dipandu oleh Iwan tiba-tiba menjunam jatuh ke tanah.

“Apa yang jadi ni?” teriakku. Iwan menjerit di kopkit. “Tiba-tiba jer pesawat ni hilang kawalan!”

“Habislah! Tak akan kita nak terhempas di tempat macam ni?” teriak Mirul pula. Fera mula kelam kabut dibuatnya. Aku kemudian berlari ke arah kopkit untuk membantu Iwan. Aku melihat Iwan keseorangan mengawal pesawat itu.

“Ayie! Kau ambil tempat di sebelahku!” teriak Iwan lagi sambil tercungap-cungap.

“Macam mana boleh tak ada seorang juruterbang lagi?” soalku aneh.

“Pesawat kecil macam ni, aku seorang pun boleh kawal!” balas Iwan.

“Oh? Jadi sekarang ni apa kes?” perliku yang kemudian membuat wajah Iwan merah menahan amarah. Aku memegang stering pesawat sambil membantu untuk pesawat itu mendarat dengan baik di dalam hutan tebal. Sekurang-kurangnya dengan memerlahankan kelajuan pesawat itu akan mengurangkan impak yang menimpa pesawat tersebut.

Dan akhirnya! Bum! Pesawat tersebut terperosok masuk menjelajah sehingga ke dasar hutan tropika yang tebal itu. Aku dan rakan-rakanku yang lain seperti dilambung dalam permainan roller coaster yang paling berbahaya di dunia. Tanpa kusedari kaca pesawat menikam mata kiriku.

Share this novel

Iena 95 Iena 95
2021-11-14 12:15:42 

I'll l


NovelPlus Premium

The best ads free experience