Bab 8

Fantasy Completed 22204

Bum! Bum! Tanah terasa bergegar sedikit. Aku menelan air liurku kerana mengetahui kami sudah tersalah tempat untuk mendarat. “Kawan-kawan semua! Kita kena lari sekarang! Kita dah masuk sarang T-Rex secara tidak sengaja…” Aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku apabila mereka sedang terlopong memandang sesuatu dan Mirul pula kelihatan teruja sambil mengeluarkan kamera videonya.

“Jangan beritahu aku yang…”

“Goar!” T-Rex itu mengaum hanya sejengkal dari kepalaku. Terasa seperti rambut lurusku berdiri tegak dalam beberapa ketika. Apa lagi, aku lantas membuka langkah seribu mengekori rakan-rakanku yang lain. Hanya Zul dan Mirul yang masih tidak berganjak. Zul kelihatan seperti sedang menyasarkan senjatanya ke arah tubuh badan T-Rex manakala Mirul pula sedang kusyuk merakam peristiwa yang sedang berlaku. Aku juga turut berhenti tergamam melihat tindak tanduk kedua-dua orang lelaki itu yang kelihatan seperti sudah hilang akal.

Kau buat apa tu?” teriakku kepada Zul.

“Aku nak bunuh dia! Aku nak buktikan pada kau yang benda ni tak akan dapat mengapa-apakan Mejar Zul!” pekik Zul yang sedang menunggu T-Rex bergerak ke arahnya. Senjatanya yang dikenali sebagai Shoot Gun era baru diggengam erat. Mirul pula semakin berundur apabila menyedari yang T-Rex itu semakin mendekatinya.

“Kau dah gila? Peluru tu akan tak akan mengapa-apakan mahkluk tu!” teriakku. Zul terkejut lalu terlepaskan senjatanya. Riak wajahnya sungguh menampakkan yang dia memang sangat terkejut. Dia mula bangkit untuk lari tapi tidak berjaya… tubuhnya dibaham oleh T-Rex dari belakang. Aku dan Mirul hanya mampu melihat Zul diratah oleh T-Rex.

“Lari!” kata Mirul yang mula membuka langkah seribu. Aku mengangguk sambil sempat menoleh ke arah Zul. Aku sememang sudah tahu perkara sebegini akan berlaku kerana bagaimana manusia sepeti aku akan mampu bertahan hidup di atas pulau yang penuh dengan dinosaur yang memburu daging. Silap haribulan, aku dan rakan-rakanku akan menjadi makan malam mereka. Ya Allah, kau kuatkanlah hambamu ini dengan dugaan yang sehebat ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience