Bab 14

Fantasy Completed 22204

Iwan tekad untuk melihat jasad Dayana lalu bangkit dari keadaan meroyannya tadi dan meneruskan perjalanan, mengikut detak hatinya mencari Dayana. Walaupun gadis itu mungkin mati, sekurang-kurangnya jasad gadis itu boleh dibawa pulang.

Tiba-tiba sesuatu tergolek mengenai kaki Iwan dan… jejaka itu rebah apabila benda tersebut ialah kepala Dayana. Deinoshucus menghampiri Iwan, kelihatannya ada lagi rezeki buat mereka. Daging manusia ternyata sedapnya.

“Abang!” Fera yang sedang tidur berbantalkan riba Sha berteriak secara tiba-tiba membuatkan Ifti dan Sha terkejut, Fera kelihatan seperti baru sahaja mengalami mimpi ngeri, wajahnya dibasahi peluh.

“Abang saya kak… dia…” Air mata bercucuran berlari menuruni pipi Fera. Mirul yang dimpikannya menjadi mangsa pijakan dua ekor dinosaur, dan paling menyanyat hatinya ialah Mirul sempat mengucapkan namanya sebelum jejaka itu pergi.

“Ala… mimpi aje tu. Iwan ni mana, kata nak bawa Dayana,” pantas Sha mengubah topik. Matanya melilau mencari kelibat Iwan dan… aku sedang tercungap-cungap sambil meletakkan tanganku di lutut. Fera, Sha dan Ifti tergamam melihat keadaan aku ketika itu. Fera terus sahaja berdiri lalu melihat-lihat di belakangku, cuba mencari kelibat Mirul. Fera kemudian kembali menatap wajahku, cuba mencari penjelasan apabila tidak langsung kelihatan batang hidung Mirul.

“Abang mana?” soal Fera sambil melihat sekelilingnya, mencari kelibat Mirul. Aku tergamam sebentar, tidak tahu apa yang mahu aku berikan jawapan kepada Fera, dan akhirnya… aku hanya mampu menggelengkan kepala. Lidahku kelu tiba-tiba, seolah-olah suara tidak mahu keluar. Fera tiba-tiba meraung sekuat hatinya, membuatkan Shad an isteriku, Ifti tergamam.

“Abang jahat! Abang jahat! Abang dah janji dengan Fera yang abang akan selamat!” Fera berteriak-teriak seperti orang gila. Fera kemudian berlari keluar dari gua itu, masih tidak dapat mempercayai apa yang sedang berlaku, yang abangnya…

“Fera! Jangan!” teriakku dan… zapp! Tubuh Fera disambar oleh T-Rex yang baru sahaja mengejarku tadi. Darah merembes keluar di hadapan mata kami sambil satu persatu tubuh Fera digigit oleh gigi T-Rex yang sebesar tubuh kami. Tiada langsung sempat Fera menjerit , dan T-Rez begitu rakus menyambar tubuhnya. Ya Allah, apakah yang sedang kau tunjukkan pada kami?

“Salah aku.. salah aku. Kenapa aku tak beritahu yang ada makhluk tu kat luar,” aku sudah mula hilang kawalan. Lantai berbatuan di bawahku habis menjadi mangsa tidak keruanku itu. Berdarah-darah tanganku dibuatnya. Bodoh bukan? Batu yang tidak bersalah aku cuba sakiti, namun aku pula yang sakit.

“Abang… sudahlah..” Ifti memelukku dari belakang. Aku boleh diumpamakan seperti budak kecil yang tidak mendapat apa yang dimiliki olehnya. Teresak-esak aku menangis. Perasaan bersalah jelas membayangi diriku. Aku tidak layak mengetuai ekpedisi ini. Seorang demi seorang melayang nyawa diulit maut, dan aku sebagai ketua… apa yang mampu aku lakukan? Hanya melihat dengan hati yang rapuh…

“Abang… kalau abang berterusan macam ni, kita bertiga pasti tidak akan dapat selamat. Kita perlukan abang untuk keluar dari pulau ni! Kita perlukan abang!” Ifti menenangkanku, sambil masih belum meleraikan pelukannya. Sha pula menghampiriku sambil menepuk bahuku.

“Awak… mungkin hanya kita bertiga sahaja manusia yang masih hidup di atas pulau ini. Tapi, awak kena ingat yang dengan tenaga kita bertiga ini, pulau ini pun tidak akan dapat hentikan kita pulang!” Sha memberi kata-kata semangat. Aku terdiam buat seketika, lalu mendongak memandang Sha dan Ifti.

“Kita kena cepat ke pantai… abang baru aje berjaya menelefon bantuan dari Fahmi. Dia akan datang ke sini dalam beberapa jam lagi. Kita kena ke sana cepat.,” aku akhirnya bersuara.

“Macam mana? Telefon satelit tu dah jumpa ke?” tanay Ifti. Aku mengangguk. Aku sedar sekarang bukannya masa untuk menjadi cengeng tetapi ialah masa untuk bertindak sebelum Fahmi membawa bantuan dari tanah besar.

“Selusuri sungai. Tapi kena hati-hati, ada banyak kawanan Deinoshucus di sana. Kita kena jarakkan diri dari tepian dan lopak. Tadi, abang jumpa kepala Iwan dan Dayana di sana…” aku terhenti berbicara.

“Mereka dah tiada… dah-dah. Kita kena pergi dari sini! Mari!” ajakku. Hari itu ialah detik terakhir aku berada di atas pulau kematian itu, ekpedisi maut itu akhirnya berakhir.

Fahmid an anak-anak buahnya menunggu kami di pantai dengan pesawat canggih. Hari itu, kedajjalan Fahmi telah terdedah dan dia telah dilucutkan gelaran Datuk, serta disumbatkan ke dalam penjara. Aku dan Ifti hidup bahagia dan pulau tersebut, entah bagaimana terus lenyap. Kawasan aneh dan misteri tersebut terus lenyap dalam kabus tebal di perairan Sabah. Kekal menjadi misteri yang bakal dilupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience