Bab 11

Fantasy Completed 22204

“Mirul!” panggilku. Mirul yang semakin bergerak laju itu berhenti sejenak.

“Ada sesuatulah kawan…” bisikku sambil menarik Mirul mendekatiku.

“Apa?” soal Mirul sambil matanya melilau melihat di sekelilingnya.

“Raptor! Raptor ada di sini,” balasku. Rak wajah Mirul sememangnya tidak dapat dibaca. Makhluk yang paling bijak yang pernah wujud di atas muka bumi ini sedang berada di sekeliling kami, spesies raptor, tetapi tidak tahu golongan manakah. Harap-harap bukan Deinonychus

Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi sesuatu, yang tidak syak lagi seperti bunyi raptor. Mirul tiba-tiba mengeluarkan sesuatu dari poketnya, sepucuk hand gun digenggamnya. “Jangan risau, Ayie. Dengan adanya pistol ni, tak ada sapa yang berani mendekati kita!”

“Kamu, Cubalah dekati kami!” teriak Mirul lalu melepaskan sedas tembakan di udara. Aku menggelengkan kepala lalu menolak Mirul ke tanah, cuba memberhentikan tindakan bodoh Mirul itu.

“Kau dah naikkan kemarahan mereka!” kataku memberi amaran kepada Mirul. Tiba-tiba lompat satu makhluk yang setinggi paras pinggang manusia. Seekor dinosaur yang mempunyai ekor yang tegang sebagai kemudi, tiga buah kuku yang boleh membunuh dan mempunyai gigi yang fungsinya ialah mengatup dan menggonggong, semuanya kecil-kecil serta tajam belaka, tak ubah seperti gergaji itu menghayunkan kepalanya mengenai tangan Mirul membuatkan pistol yang dipegang oleh .

Mirul dan aku sedang terbaring di tanah. Aku melihat Mirul yang berkira-kira mahu melarikan diri dari situ, sempat ditegur olehku dalam nada berbisik.

“Jangan lari dan tolong berlagak mati. Mereka tak makan bangkai. Mereka bukan T-Rex,” bisikku kepada kepada Mirul. Kami berdua terbaring di tanah tanpa bergerak walau seinci pun. Beberapa ekor raptor species Deinonychus itu berjalan ke arah kami menggunakan kedua belah kakinya itu sambil menghidu-hidu kepala kami. Aku menahan nafas, sambil berharap yang Mirul juga seperti aku, menahan nafas dan berlagak seperti kami ialah seekor bangkai. Seekor Deinonychus yang paling besar di antara mereka membuat bunyi kecil seperti berdesis kepada rakan raptor Deinonychus yang lain. Kemudian dinosaur bijak itu bersama rakannya yang lain berjalan pergi dari situ, mungkin menyangka yang Mirul danku sudah mati. Mirul berkira-kira mahu bangkit namun aku mencapai tangannya, sebelum dia membuat perkara yang bodoh. Deinonychus memang makhluk yang bijak, bahkan jika dinosaur tidak pupus, mungkin mereka telah berevolusi dan menguasai muka bumi ini.

“Kenapa?”

“Mereka haiwan yang bijak. Mungkin mereka masih bersembunyi di sekitar sini untuk memastikan sama ada kita benar-benar mati atau sekadar berpura-pura,” balasku kepada Mirul. Jejaka itu sekadar mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience