Bab 3

Fantasy Completed 22204

“Pulau itu… ada beberapa pesawat yang kami kirimkan untuk menyiasat daripada atas telah menemui makhluk yang pasti memeranjatkan anda semua!” kata seorang lelaki yang berjanggut putih melepak dan berambut hitam. Aku seperti kelihatan smakin tertarik dengan tawaran yang cuba diberikan olehnya.

“Makhluk apa?” soal seorang lelaki kacak yang berbadan tegap persis Salman Khan. Orangnya berambut perang. Lelaki berjanggut putih tadi tersenyum puas ketika mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki berbadan sasa itu.Aku memerhatikan sahaja adegan tersebut.

Mataku dikecilkan ke arah lelaki itu. Aku kini sedang berada di sebuah bilik mesyuarat di dalam sebuah rumah agam yang besar milik lelaki berjanggut putih atau lebih dikenali sebagai Datuk Fahmi Matzi, wakil dari kerajaan Malaysia yang menjemput kami untuk menyertai sebuah ekpedisi yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia untuk menerokai sebuah pulau yang baru dijumpai, dan juga menjanjikan upah yang lumayan.

Namun, aku masih khuatir kenapa aku pula yang dipangil? Logiknya, seorang Ahli Paleontologi tidak akan dipanggil untuk menyertai sebarang ekpedisi mencabar. Tugas kami ialah di tapak galian untuk mencari fosil-fosil haiwan yang telah pupus.

“Saya suka soalan awak, Encik Jurukamera kami, Mirul!” kata Fahmi sambil mengeluarkan sebuah alat kawalan jauh dari poketnya lalu menekan satu punat. Tiba-tiba, skrin di hadapan kami terus menyala dengan rakaman video yang dirakam dari atas pesawat yang sedang memfokuskan ke arah sebuah tanah lapang di tengah-tengah hutan tropika yang menghijau. Aku terkejut dengan apa yang mataku sedang melihat.

“It..tu kan kawanan Pachycephalosaurus? Mustahil! Macam mana kamu semua boleh jumpa makhluk yang dah hilang dari muka bumi ini sejak jutaan dulu?” tuturku tiba-tiba. Semua mata di situ menoleh ke arahku. Sekali lagi Fahmi tersenyum, tetapi kali ini penuh dengan niat jahat.

“Maksud kau dinosaur? soal Mirul. “Aku tak percaya! Mungkin itu trick computer atau apa-apalah!” kata Mirul sambil terketar-kketar.

“Mungkin…” kata Fahmi . “Tapi, aku percaya bahawa video ini benar kerana sudah diperiksa keasliannya! Kami tidak akan panggil kamu semua ke sini kalau kami tidak memastikan keaslian video ini terlebuh dahulu!” balas Fahmi lagi.

“Kau panggil kami berlapan kerana hendakkan kami ke pulau itu untuk menjalankan ekpedisi?” tanya seorang gadis yang daripada tadi asyik senyap sahaja. Orangnya jelita dan buat seketika mataku terpanar sejenak dengan keayuan yang dimilikinya.

“Awak bijak Dr. Sha! Kamu semua akan ke sana untuk menjalankan sebuah ekspedisi mendokumentarikan kehidupan di tempat tersebut!” kata Fahmi dengan nada suara yang penuh teruja.

“Kami akan turunkan anda di sebuah kawasan lapang. Jangan risau tentang banyaran, setiap seorang daripada kamu semua akan menerima sebuah tanah seluas 30 hektar dan sebuah rumah agam seperti ini dari kerajaan Malaysia serta wang tunai sebanyak 20 juta ringgit!” kata Fahmi lagi. Semua yang ada disitu termasuk diriku terdiam dengan tawaran yang diberikan.

“Aku setuju!” kata seorang lelaki botak yang berjanggut lebat. Dia hanya memakai singlet dan seluar askar datang ke situ. “Aku akan sediakan senjata-senjata yang boleh kita guna di sana!” Aku bangkit secara tiba-tiba lalu bergerak ke sana.

“Kau dah gila? Kau tahu tak yang kita sedang berdepan dengan apa? Dinosaur!” kataku sambil melepaskan sebuah tumbukkan yang kemudian mengenai pipinya. Dia mengesat darah yang mengalir.

“Apa benda tu boleh buat? Aku ialah Mejar Zul! Tak ada apa yang dapat menakutkan aku walau T-Rex sekali pun!” teriak Zul bengang sambil memegang koler leher bajuku. “Aku berjanji yang keselamatan kamu semua selamat di tanganku!” kata Zul lagi.

“Sabar Dr.Ayie. Jangan terlalu emosi…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience