Bab 10

Fantasy Completed 22204

“Lamanya si Fareed tu buang air!” rungut Fera tiba-tiba. Yang lain hanya membisu tidak menjawab rungutan Fera. Namun, Fera mempunyai sebab untuk dia mempersoalkan hal itu kerana hatinya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak sedap sedang berlaku.

“Entahlah… mungkin ada sesuatu yang buruk berlaku pada lelaki tu!” masin mulut Ifti. Jeritan Fareed berkumandang. Semua yang ada spontan bangkit lalu berlari ke arah punca suara tersebut. Masing-masing kaku apabila tubuh Fareed sedang diratah oleh sekumpulan Ceolophysis di kawasan sungai. Fareed terkumat-kamit membaca sesuatu yang diselang seli jeritan kesakitannya. Ceolephysis merupakan seekor dinosor yang bersaiz sehingga ke pergelengan kaki manusia, kecil tetapi merupakan karnivor yang memburu mangsanya dalam berkumpulan.

“Semua orang tinggalkan Fareed!” kataku tergagap-gagap, biarlah Fareed mati seorang daripada kamis emua menjadi mangsa. Kawanan Ceolophysis ini lebih berbahaya dari T-Rex yang membaham Zul dan mengejar kami sehingga ke gua tadi. Dia, Fareed telah melakukan sesuatu yang mungkin telah membangkitkan kemarahan Ceolophysis. Mereka tidak akan menyerang makhluk lain kecuali diganggu. Tebuan dan Lebah ialah cotoh Ceolophysis pada hari ini.

“Kenapa?” soal isteriku, Ifti secara tiba-tiba.

“Ceolophsysis ini ialah sejenis karnivor yang boleh kita samakan seperti piranha. Mereka akan memburu kita seperti ikan dasyat itu. Bahkan mereka ini mungkin lebih berbahaya dari T-Rex,” terangku lagi kepada Ifti.

“Tapi macam mana dengan Fareed?” soal Iwan tiba-tiba sambil menundingkan jarinya pada Fareed yang sedang berguling-guling di tanah sambil kawanan Ceolophysis yang berjumlah dalam puluhan sekor sedang mencarik-carik kulit dan dagingnya menggunakan gigi kecil yang tajam yang bertindak seperti pisau cukur.

“Salah Fareed juga. Dia salah tempat untuk membuang air dan mungkin itulah yang membangkitkan kemarahan Celeophysis. Kalau kita ganggu dinosaur kecil ini menjadikan Fareed sebagai makanannya, kita mungkin akan menerima nasib yang sama dengan lelaki itu!” kataku lagi memebri amaran agar rakan-rakanku tidak mendekati Fareed.

“Maafkan kami Fareed…” bisik Dayana di dalam hatinya.

“Kita nak ke mana?” soal Fera tiba-tiba. Aku terdiam sambil memandang Mirul dan Fera. Mirul tersenyum sahaja.

“Kita akan ke sarang T-Rex tadi. Aku kena cari telefon satelit kita yang berada di dalam pesawat kita tadi! Menggunakan telefon itu kita mungkin akan dapat kembali ke rumah kita!” cadang Mirul tiba-tiba. Aku dan rakan-rakanku yang lain terlopong mendengar cadangan gila mirul itu. Apa? Kembali semula ke tempat yang tidak ubah seperti neraka itu?

“Aku tak nak…” tutur Dayana tiba-tiba. Ifti dan Fera mengangguk setuju dengan Dayana. Kembali ke semua ke sana memang satu perkara gila yang terakhir yang mereka bertiga fikir mahu dilakukan. Perbuatan mereka itu saling tak tumpah seperti menggali pusara sendiri. Mirul memang sudah hilang akal.

“Kita kena pergi ke sana juga sekiranya kita masih bermimpi nak balik rumah!” kataku untuk cuba mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Mirul tadi. “Cuba kamu semua fikir kembali di mana lokasi pesawat kita terhempas?”

Berkerut dahi tiga gadis itu dibuatnya. Apa yang sebenarnya yang mahu dikatakan oleh Ayie dan Mirul. Apa kaitannya sarang T-Rex dan kembali ke rumah kerana mereka sendiri, sudah hilang harapan untuk hidup di atas pulau itu, apatah lagi kembali ke rumah masing-masing. Baru hari itu mereka menyedari betapa indahnya ungkapan rumah pada diri masing-masing. Rumah Itu Syuga Kita.

“Ingat tak pesawat kita yang terhempas tadi? Banyak barang-barang kita ada di sana termasuk telefon satelit! Cuba fikir dengan telefon satelit itulah yang akan membuatkan kita memanggil bantuan!” bilang Dr. Ayie. “Tapi, risikonya sangat berbahaya dan aku tidak mahu sesiapa pun yang ikut aku masuk ke dalam! Faham tak?” Masing-masing membisu.

“Kau nak masuk kembali ke sarang T-Rex itu seorang diri Ayie?” soal Mirul pula. Aku mengangguk. Aku tidak mahu rakan-rakanku yang lain turut terlibat di dalam masalah ini. Apa yang sedang terjadi biarlah aku yang galas seorang diri. Tidak sanggup aku melihat ada nyawa yang terkorban seperti Zul dan Fareed. Ifti kemudian menghampiriku lalu memeluk erat lenganku.

“Abang dah gila ke? Abang sanggup tinggalkan Ifti keseorangan?” rayu Ifti untuk cuba menghalangku daripada melakukan perkara segila itu. Aku terpaku sejenak pada air yang mengalir dari kolam matanya. Perasaan sayu lagi simpati lahir sejenak.

“Abang terpaksa sayang… ini semua untuk kebaikan kita semua!” kataku, tidak berani untuk menatap mata Ifti yang semakin berkaca itu. Ifti menggengam pergelangan tanganku, seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Ifti tanpa mempedulikan mata asing yang memandang kami, dia lantas memelukku dari belakang, tidak rela untuk melepaskan suaminya sendiri berjudi maut. Aku dengan berat hati, meleraikan tangan Ifti itu lalu melangkah pergi dari situ tanpa menoleh ke arah belakang, tidak berani untuk menatap Ifti.

“Maafkan abang, Ifti,” bisik hati kecil pada waktu itu.

“Apa kau buat ni?”

“Aku tak akan biarkan kau seorang aje jadi hero, kawan!” balas Mirul sambil tersenyum kecil. “Iwan, jaga gadis-gadis itu. Aku percayakan kau!”

“Baik kawan!” balas Iwan sambil mencapai tangan Ifti apabila wanita itu cuba mengejarku dari belakang. Ifti menoleh ke arah Iwan.

“Kenapa?” soal Ifti. “Dia suami saya,” tambah Ifti lagi.

“Itu hasrat dia. Kita tak boleh berbuat apa-apa. Awak harus tahu yang hidup ini bukan sentiasa gembira, sebenarnya ia merupakan sebuah permainan tuhan yang kejam. Perlu ada pengorbanan untuk kebahagian yang lain.”

“Abang…” jerit Ifti. “Ifti cintakan abang!” Aku berlari meninggalkan Ifti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience