Bab 4

Fantasy Completed 22204

“Aku nak tarik diri dari ekpedisi ni!” kataku lagi membuat 5 yang lainnya terkejut. Fahmi bergegas berjalan ke arahku sambil meletakkan tapak tangganya di bahuku.

“Tunggu dulu Ayie! Tak akan kau nak lihat isteri kau menderita?” ujar Fahmi tiba-tiba dari belakang. Langkahku terhenti sebaik sahaja Fahmi menuturkan kata-kata itu. Aku menoleh ke arahnya.

“Apa maksud kau?” soalku. Hatiku mula meronta tidak selesa dengan situasi yang menggamit diriku pada tika itu. Fahmi sekali lagi menekan punat pada alat kawalan jauhnya dan skrin di hadapan mereka bertukar. Kali ini terpapar pula gambar seorang wanita yang berambut perang yang diikat tangganya manakala mulutnya diikat dengan kain untuk mengelakkan si wanita itu daripada bersuara.

“Itu Ifti Liyana! Apa kau buat kat isteri aku?” teriakku dengan penuh api kemarahan yang mula memancar dan meruap-ruap. Persetan kau Fahmi!

“Apa aku buat pada isteri kau? Hahaha… kau buta ke? Aku culik dia! Kalau kau nak lihat dia selamat, buat apa yang aku suruh! Ketuai ekpedisi ke pulau tu. Kau jangan risau, kau masih akan dapat habuan kau!” kata Fahmi jahat.

“Kau memang jahat Fahmi ! Kau sanggup berbuat macam-macam perkara jahat untuk memenuhi kehendak kau!” kata seorang gadis yang juga merupakan salah seorang dari ahli ekpedisi tersebut. Fahmi sekadar mengangkat bahunya. “Kau bilang pada aku yang ekpedisi ni

“Aku hanya sekadar menjalankan arahan dari kerajaan. Mereka suruh aku buat apa sahaja untuk dapatkan bakat-bakat hebat macam kamu! Jadi, aku dah buat persiapan dari awal! Bukan Dr. Ayie sahaja yang orang yang tersayangnya diculik tetapi kamu semua!”

“Persetan kau!” kata Mirul sambil berlari ke arah Fahmi untuk menghayunkan penumbuknya.

“Kalau kau berani sentuh aku Mirul! Adik kau Fazeera akan mati!” kata Fahmi tersenyum jahat. Mirul terhenti langkahnya. Sekali lagi Fahmi menekan punat di alat kawalan jauhnya itu. Skrin di hadapan mereka bertukar lagi, kali ini video seorang gadis jelita yang sedang didera oleh dua orang lelaki yang kelihatan seperti mahu merogol gadis itu.

“Abang Mirul! Tolong Fera! Tolong!” jerit Fazeera di dalam video tersebut. Namun, dua orang lelaki itu tidak langsung menunjukkan rasa simpatinya sebaliknya mereka ketawa jahat. Paparan video tadi di padam dan Mirul sedang melutut di tanah.

“Adik… maafkan abang, Fera!” kata Mirul yang kelihatan tidak dapat menahan perasaannya. Air matanya jatuh tumpah. “Fahmi! Tolong jangan mengapa-apakan adik aku! Dia satu-satunya orang yang aku sayang yang masih wujud di dunia! Dia amanah arwah mak aku kepada aku! Aku akan buat apa yang kau suruh!” Aku menoleh ke arah Mirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience