BAB 8

Romance Completed 20544

Bunga berjalan melintasi kereta hitam di tepi jalan itu . cuaca yang
sedikit mendung itu sedikit sebanyak membuatkan angin yang mengembus
menjadi sedikit sejuk .

Bunga berjalan sedikit laju ke arah perhentian bas dihujung jalan itu .
jam tangan dilirik sekilas . sudah pukul 6.30 petang .

punggung dilabuhkan ditempat duduk di perhentian bas itu . Bunga
mengambil telefon jenama nokia 3310 lalu dihantar mesej kepada shuhada .

'shu .. malam ni tidur rumah aku ye ..'

butang send ditekan . telefon nokia itu dimasukkan kembali ke dalam beg
lusuhnya . Bunga menghembus perlahan nafas . mahu setengah jam juga la
nak tunggu bas kalau waktu begini .

Sabar Bunga ... kejap lagi sampailah bas tu ..

"ikut kami ! " Bunga jelas terasa tangannya seperti ditarik kasar .
pantas dipandang wajah yang menarik tangannya itu .

jelas dipenglihatannya dua orang lelaki berpakai t shirt hitam
dilindungi dengan jaket kulit yang juga sama warna dihadapannya . salah
seorang dari mereka sedang menarik kasar tangannya .

"korang siapa ha ? lepaskan aku ! " dengan kasar Bunga cuba merentap
pergelangan tangannya dari ditarik lelaki sasa itu .

"Ikut kami !! " lelaki itu masih mengulangi ayat yang sama . kali ini
lagi kasar ditarik tangan Bunga sehingga kaki Bunga tidak mampu lagi
berdiri disitu .

tubuhnya yang kecil segera ditolak ke dalam kereta . dua lelaki itu
kembali ke tempat duduk masing-masing . Bunga masih terasa ada seseorang
sedang memeluknya kejap walaupun dua lelaki itu sudah berada ditempat
pemandu dan juga di tempat penumpang bersebelahan dengan tempat pemandu .

"Duduk diam-diam .. " ujar satu suara perlahan di telinga Bunga.

Bunga terdiam .

Suara itu ! suara itu !

Bunga segera memandang ke arah empunya suara . terbuntang luas matanya
apabila kornea matanya jelas menangkap raut wajah yang sudah lama tidak
dilihatnya dan tidak mahu dilihatnya .

lelaki itu hanya tersenyum sinis memandang wajah terkejut Bunga.

"kenapa ? terkejut ?? " soal lelaki itu sinis .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience