BAB 4

Romance Completed 20544

Bunga melangkah keluar dari biliknya apabila sudah selesai menunaikan
tanggungjawabnya sebagai hamba Allah .

rambut yang panjang sehingga paras pinggan disanggul tinggi . baju t
shirt merah tersarung ditubuhnya bersama kain batik yang sudah dibuat
seperti seluar .

Bunga mendekati munah yang sedang berada dihadapan tv itu . kesian
sekali bila melihat munah yang amat memberi tumpuan pada suara tv yang
menyiarkan berita terkini . walaupun emaknya seorang yang buta
penglihatan itu tak bermakna emaknya tidak boleh ambil tahu tentang apa
yang terjadi pada masyarakat sekarang . +

Bunga melangkah ke dapur untuk dibuat air . air kopi dibancuh dalam jag
kecil dan dibawa ke depan bersama dua cawan . air itu diletakkan
dihadapan munah dan Bunga menuang separuh air kopi yang dibuatnya
didalam cawan .

"Mak, Bunga ada buatkan air kopi ni . nah ! " Bunga segera menarik
lembut tangan munah dan cawan itu diserahkan kepada munah . +

"terima kasih . buat susah Bunga je nak ". ucap munah . air kopi yang
suam itu dihirup sedikit . lega sedikit rasa kerongkongnya bila air kopi
kegemarannya itu diminum . +

"Bunga dah dapat gaji . besok Bunga belikan mak ubat ye ". ujar Bunga.
sesekali matanya memandang skrin tv yang mengeluarkan warna hijau itu .

Maklumlah tv lama . warna tv itu pun sudah rosak . hendak beli yang baru
dia tak mampu . cukuplah sekadar boleh dengar suara walaupun warna tv
itu tidak jelas .

"tak payah beli la ubat tu Bunga . mak dah sihat . lagipun mak taknak
susahkan Bunga lagi . cukuplah selama ni mak membebani kamu nak . "
balas munah .

tempoh hari dia ada minta Bunga belikannya ubat . ubat yang dimintanya
itu sedikit mahal memandangkan mona yang menyuruhnya makan ubat itu .
platinum v asia yang dikatakan mona sangat bagus untuk kesihatan . tapi
setelah tahu akan harganya terus terbantut niatnya mahukan Bunga
membelinya ubat itu .

"Tak ada susahnya pun mak . lagipun bulan ni Bunga dapat gaji banyak
sebab Bunga buat ot . adalah dalam seribu seratus . mak tak payah risau
ok ". ujar Bunga . dipegang tangan tua yang berurat itu .

munah hanya tersenyum . kalau la dia dapat melihat wajah Bunga ketika
ini alangkah bahagianya . satu masa dahulu munah juga seperti manusia
yang lain . normal penglihatan dan boleh jaga diri sendiri . tetapi
selepas dia kemalangan bersama arwah suaminya beberapa tahun yang lepas
munah sudah menjadi buta . buta kerana serpihan cermin kereta menikam
kedua belah matanya . ketika itu Bunga baru berusia 11 tahun dan tasha
pula berusia 9 tahun . +

"Tasha kemana mak ? dari petang tadi Bunga tak nampak dia . dia tak
balik kerja lagi ke ?" tanya Bunga . risau juga bila wajah adiknya
langsung tidak kelihatan . +

"tasha keluar dengan kawan dia tadi . " jawab munah . dia langsung tidak
memberitahu Bunga bahawa tasha sudah berhenti kerja .

"Esok Bunga cuti . mak nak Bunga masakkan lauk apa besok ?" soal Bunga
ramah .

"Masaklahh lauk apapun Bunga, mak makan semuanya ". jawab munah .

"kalau macam tu besok Bunga beli ketam . boleh masak gulai ketam ". kata
Bunga sedikit gembira .

munah hanya mengangguk .

******+

Motorsikal RXZ acai berhenti didepan sebuah rumah . tasha terus
melangkah turun sambil topi keledar dikepalanya dibuang . acai pula
sudah berjalan mendekati pintu . kunci dimasukkan dan dipulas .

ktak !!

Tombol pintu dipulas . mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah yang
gelap itu . acai pantas memetik suiz dan sekelip mata ruang tamu yang
gelap itu cerah disimbahi cahaya lampu . +

"member kau pergi mana wei ?" tanya tasha yang sudah pun menghempaskan
tubuhnya atas sofa . +

acai kembali menutup pintu rumahnya . jaket hitamnya pantas dibuka .
jaket itu dilempar ke atas sofa dan acai pantas menghenyakkan
punggungnya disebelah tasha . +

"keluar ". sepatah saja perkataan yang keluar dari bibir acai . +

"jom projek . aku tak tahan dah ni ". ujar acai . kali ni dia sudah
menarik tangan tasha menuju ke biliknya .+

"projek je kau tahu . " balas tasha malas . tetapi dia tetap melangkah
masuk kedalam bilik acai . +

acai hanya tersenyum sebelum dia menolak tubuh kecil itu ke atas katil .
dan malam itu memang mereka berdua projek habis-habisan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience