BAB 12

Romance Completed 20544

Bunga melangkah menuruni anak tangga dengan langkah yang sangat perlahan
. wajahnya jelas menunjukkan dia dalam keadaan yang tidak selesa .
mahunya tak selesa Bunga dipaksa memakai baju yang dia sendiri tak mahu
pakai . +

dress yang singkat separas paha dan bertali halus tersarung cantik di
tubuh Bunga . dress yang berwarna pink itu sedikit sebanyak menampakkan
Bunga seperti pari2 dalam cerita animasi kanak-kanak . +

azam yang sedang membelek telefon bimbitnya tidak menyedari Bunga sudah
berdiri di belakangnya . +

mesej yang dihantar carl segera dibalas .+

"ehem ! " Bunga berdehem .

Azam pantas menoleh . sedikit terkejut melihat Bunga berdiri disitu .
azam berdiri dan dicapai kunci keretanya . dia berjalan menuju ke arah
pintu diikuti Bunga di belakang .

pintu rumah dikunci dan azam melangkah ke arah keretanya . pintu kereta
dibuka dan dia lantas melolos masuk ke dalam keretanya . +

Bunga masih lagi berdiri di luar kereta . azam menurunkan cermin kereta
sebelah pintu penumpang dan ditundukkan wajahnya memandang Bunga yang
sedang berpeluk tubuh itu .

"kau nak masuk atau tak ?" tanya azam perlahan . +

Bunga memandang azam .

"tak nak ! " balas Bunga . dia kemudian melemparkan pandangannya
memandang kolam ikan di halaman rumah itu .

azam mendengus kasar .

dia keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Bunga . pintu kereta
dibuka dan tanpa pamitan dia menolak agak kasar tubuh Bunga ke dalam
kereta sehingga menyebabkan kepala Bunga terhantuk pada pintu kereta .

"sakitlah !! " marah Bunga. tangannya menggosok-gosok kepalanya yang
perit . +

azam mengangkat kaki Bunga lalu pintu kereta ditutupnya kasar . azam
kembali ke tempat duduk pemandu . +

enjin kereta dihidupkan dan kereta diundur keluar dari halaman rumah
yang luas itu . nissan skyline milik azam menderu laju membelah
kepekatan malam .

+

??

+

azam diam . +

begitu juga dengan Bunga. masing2 hanya diam tanpa bercakap sepatah pun
. yang kedengaran hanyalah suara dj radio yang tidak penat berceloteh
sedari tadi . +

ruang udara didalam kereta azam yang sejuk itu begitu menggigit-gigit
kulit tubuh Bunga. dipeluk tubuhnya sendiri dan diusap tapak tangannya
di kedua belah lengannya yang terdedah dengan harapan dia dapat
memanaskan sedikit kulit tubuhnya . +

Azam melirik matanya sedikit memandang Bunga yang sedari tadi hanya diam
. dapat dilihat Bunga yang mengusap-usap tubuhnya sendiri .

lantas signal diberi dan kereta diberhentikan di tepi jalan . azam
menoleh ke seat belakang dan dicapai jaket kulit miliknya . +

"pakai ni ". arah azam . +

dihulur jaket kulit itu kepada Bunga . Bunga hanya memandang tanpa
menyambut .

"Ambil ". sekali lagi arahan dikeluarkan azam .

"Aku nak balik ! " balas Bunga keras .

Azam menarik nafas sebelum dia menarik tubuh Bunga lantas disarungkan
jaket kulit miliknya ke tubuh Bunga walaupun Bunga dalam keadaan
meronta-ronta .

"Aku tak nak pakai ni . aku nak bal "

cupp !! +

tergamam seketika Bunga dengan tingkah azam itu . azam menekan sedikit
bibirnya ke bibir Bunga sebelum melepasnya .

"Diam ". ujar azam sepatah .

turun naik nafas Bunga . Bunga mengesat kuat bibirnya dengan belakang
tangan . geli dia dengan ciuman azam itu .

"Aku nak balik ! kau tak fa . "

cupp !!

sekali lagi bibir azam mendarat dibibir Bunga . kali ini lebih lama .
malah terasa bagaikan bibir azam mengurut-urut bibirnya .

Bunga pantas menolak tubuh azam menjauh darinya .

dia geli dengan lelaki itu . sekali lagi dikesat bibirnya dengan
belakang tangan . tajam matanya merenung azam yang tersenyum sinis
memandangnya . +

"lain kali diam kalau tak nak aku cium kau ". ujar azam sinis . +

"kau memang tak guna ! " balas Bunga geram .

"whatever ". kata azam .

keretanya kembali meluncur jalan yang sesak dengan pelbagai jenis
kenderaan itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience