BAB 7

Romance Completed 20544

"weh bro , asal aku tengok kau termenung jer ? kau ada masalah ke ?"
tanya azlan . ketika itu mereka berada disebuah kedai makan yang selalu
menjadi port lepak mereka para mat rempit .

acai hanya diam . asap rokok dihembus kasar . fikirannya buntu .

"kau stay fikir siapa pembunuh tasha ? " tanya azlan lagi .

acai lantas memandang azlan . rokok ditangan dibuang . +

"kalau kau ditempat aku , kau pun akan fikir benda yang sama la ". kata
acai . +

"tak payah fikir la . bukan kau yang bunuh tasha . kalau kau takut
sangat kau lari jer dari sini . habis cerita ". ujar azlan memberi
cadangan . dia tahu sahabatnya itu masih memikirkan tentang pembunuhan
misteri yang menimpa keluarga tasha .

seketika mereka terpana . telinga mereka berdua jelas menangkap bunyi
seakan siren polis semakin dekat dengan tempat mereka melepak . acai
lantas menyambar topi keledarnya dan terus menaiki motorsikalnya .

"kau nak gi mana ?" tanya azlan pelik .

"aku chow lu . apa-apa aku roger ". jawab acai dan terus berlalu dari situ .
××××××

hari ini genap sebulan tasha dan munah pergi meninggalkan alam yang fana
ini . selama sebulan berturut2 juga Bunga sering mendapat mimpi yang
pelik-pelik . Bunga selalu bermimpi arwah tasha datang menemuinya dengan
mengatakan 'cari lelaki itu ' .

Bunga pelik . kenapa seringkali tasha muncul dalam mimpinya dengan
mengatakan ayat yang sama . adakah itu semua petunjuk siapa penyebab
semua ini terjadi ?

" Bunga, ada surat untuk kau ".

Bunga r tersentak . pantas dia memandang ina yang juga merupakan rakan
sekerjanya . ina sedang menghulurkan sekeping sampul surat untuknya . +

"surat apa ni ?" tanya Bunga .

ina hanya mengangkat bahu .

"entah . kau bacalah dulu " ujar ina . surat itu diletakkan betul2
dihadapan Bunga . ina kembali membuat kerjanya . +

Bunga mengambil sampul surat itu dan membukanya perlahan . sekeping
kertas kecil dikeluarkan lalu dibacanya perlahan .

'anda diterima kerja di sini . '

kening Bunga berkerut . kerja ? bila aku minta kerja ?

dipandang pula alamat yang ditulis di kertas itu . keningnya semakin
berkerut .

aku tak pernah minta kerja di alamat ni . siapa yang hantar surat ni ? +

Bunga yang malas mahu memikirkannya lagi terus membuang kertas itu ke
dalam tong sampah . baginya itu mungkin kerja-kerja budak-budak nakal dalam kilang
ini juga .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience