azam menolak kuat tubuh Bunga ke dalam rumah . mujur saja Bunga sempat
mengimbang tubuhnya . kalau tidak tentu saja wajahnya sudah mencium
lantai . +
"seronok ? seronok dapat bercium dengan jantan keparat tu ?" tanya azam
kuat . dia memandang tajam wajah Bunga yang berkerut itu . +
"kau fikir aku suka ke dia cium aku ? aku tak minta semua tu la ! "
balas Bunga . tangannya mengusap2 pergelangan tangannya yang sakit itu . +
azam pantas meluru ke arah Bunga . pipi Bunga dicengkamnya kuat .
"Kau kalau tak menjawab kata2 aku tak boleh ke ? lidah kau nak kena
potong ke selalu sangat jawab kata2 aku ! " azam menolak kuat wajah
Bunga selepas selesai berkata-kata .
"potong la kalau kau berani . aku nak tengok ". cabar Bunga. azam
mendengus marah . penumbuknya dikepal kuat .
"kenapa kau diam ? kau takut ? kau ingat aku saja2 suka2 bercium dengan
dia . eh ! kalau dengan kau pun aku jijik tambah lagi kawan keparat kau
tu . " bidas Bunga dengan kata2 celuparnya .
puas hatinya dapat berkata begitu . biar azam kenal siapa dia .
"kau jijik dengan aku ?" tanya azam perlahan .
"memang aku jijik dengan kau . kalau boleh aku tak nak tengok muka kau
langsung . aku benci ! sebab kau mak dengan adik aku mati . dan sebab
kau juga hidup aku musnah ! semuanya sebab kau !! " hambur Bunga.
setitis air mata menitis di pipinya apabila terkenang kembali kejadian
yang berlaku dalam hidupnya selama ini . +
mak , adik dan kehidupan aku . semuanya sudah dirampas lelaki lahanat tu
. lelaki tu memang tak guna !!
"habis tu sekarang kau nak aku buat apa ? " tanya azam . nada suaranya
sudah mengendur .
"aku nak kau lepaskan aku . " jawab Bunga.
azam terdiam seketika . dia berjalan menuju ke anak tangga untuk ke
biliknya . Bunga memerhati tingkah kaku azam itu .
"aku nak kau lepaskan aku !! " jerit Bunga.
langkah kaki azam terhenti di anak tangga pertama . dia menoleh
memandang Bunga.
"aku tak boleh tunaikan permintaan kau . sebab kau hak aku ". ujar azam
dan kembali memijak anak satu persatu .
"kenapa kau masih nak seksa aku ? kenapa ?? !! " jerit Bunga kuat .
kakinya yang berasa lemah membuatkan dia jatuh terduduk di lantai . +
"kenapa kau masih nak seksa aku azam ?" ujar Bunga perlahan bersama
tangisan yang memilukan .
azam menghela nafas berat . dia memerhati Bunga yang menangis disebalik
dinding . +
"aku tak mungkin lepaskan kau . sebab kau milik aku ".
Share this novel