BAB 10

Romance Completed 20544

Shuhada mundar mandir dihadapan pintu rumah menunggu kepulangan Bunga.
telefon Oppo ditangannya tidak habis2 dilekapkan ditelinga . +

"ish !! mana Bunga ni . call tak dapat . mesej tak reply . aduh !! suka
buat orang risau ". bebel shuhada sendirian . jarinya laju menaip mesej
kepada Bunga.

mona yang kebetulan hendak ke dapur terhenti langkahnya bila melihat
anak perempuan kesayangannya itu seperti cacing kepanasan . ke hulu ke
hilir dengan telefon ditangan . +

"along ni kenapa ? mak tengok ke hulu ke hilir dengan tepon tu . tunggu
sapa ?" tanya mona sambil dia melangkah mendekati shuhada . +

"along tunggu Bunga mak . dari tadi call tak dapat . mesej tak reply .
risau along ". jawab shuhada . dia masih lagi cuba menghubungi Bunga
namun masih tetap seperti tadi . tidak berjaya . +

" Bunga tengah kerja la tu . tu sebab dia tak angkat call along ". ujar
mona . punggung dilabuhkan dikusyen di ruang tamu itu . +

shuhada melangkah ke arah emaknya dan duduk disisi mona . +

"kerja apanya mak . dah pukul 7 lebih dah . tadi Bunga ada call dia
cakap dia nak along temankan dia tidur malam ni . tapi sampai sekarang
tak balik lagi . along risau tahu tak ". ujar shuhada .

"bateri habis la tu . kejap lagi sampai la Bunga tu . dah tak payah
risau sangat . pergi buatkan air kopi untuk mak . teringin benar tekak
ni nak minum air kopi buatan kamu ". arah mona . +

shuhada tanpa membantah terus melangkah ke arah dapur .
+

*****+

"suri , mulai hari ni saya beri awak cuti sebulan . " ujar azam yang
ketika itu baru muncul di dapur . suri yang merupakan pembantu rumah
disitu terkejut dengan kehadiran azam yang tiba2 itu . +

"cuti ?? " tanya suri pelik . +

mestilah pelik . dia tak mohon untuk bercuti langsung . +

azam mengeluarkan beberapa keping not 50 yang sangat banyak kemudian
dihulur kepada suri . +

"ni gaji awak untuk bulan ni dan bulan depan . " ujar azam . +

suri serba salah untuk menerima duit itu . namun azam tetap menghulur
duit itu kepadanya . mahu tak mahu terpaksa juga dia ambil duit itu . +

"bapak mahu berhentikan saya kerja ??" tanya suri lagi . +

azam mengeluh kasar . +

"awak pekak ke ? kan saya cakap saya bagi awak cuti sebulan . saya nak
ke london . ada urusan kerja di sana . jadi buat sementara ni rumah ni
akan ditutup dan tak akan ada siapa2 dibenarkan masuk ke sini . sebab tu
saya bagi awak cuti . nanti lepas habis jer urusan kerja saya , saya
hubungi awak dan awak boleh berkerja seperti biasa ". terang azam satu
persatu . +

suri hanya mengangguk tanda faham . +

azam terus berlalu dari situ dan menuju ke bilik dimana Bunga berada . +

*****+

"Buka pintu ni !! azam .. buka !!! " jerit Bunga dari dalam .

pintu bilik itu diketuk kuat . sesekali ditendangnya kuat dengan harapan
pintu itu akan roboh . +

tak mungkin tenaga perempuannya dapat merobohkan pintu yang diperbuat
dari kayu mahal itu . sia2 saja usahanya itu . yang dia dapat hanyalah
penat . +

azam menolak pintu dari luar . Bunga berundur setapak kebelakang . azam
merenung tajam wajah Bunga sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik
itu . +

"yang kau jerit2 ni kenapa ? gila ?" soal azam selamba . +

"memang aku gila ! gila sebab kau . kenapa kau kurung aku ? apa kau nak
dari aku ?" soal Bunga kasar . matanya masih memerhati tingkah azam yang
selamba badak itu .

"saja aku kurung kau . tak boleh ?" balas azam sambil tersenyum sinis . +

Bunga diam .

Azam tersenyum . dia kembali berjalan ke arah pintu bilik .

"Kau jerit kau siap ". ugut azam dan kembali mengurung Bunga dibilik itu
.

Bunga mengeluh lemah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience