BAB 2

Romance Completed 20544

Tasha menghempas kuat pintu rumah kayu yang usang itu . sakit sungguh
hatinya bila diingatkan kembali kejadian di butik itu .

sampul putih yang berisi duit gajinya dibuka . dikeluarkan wang bernot
50 itu lalu dikiranya .

seratus

dua ratus

tiga ratus

empat ratus

"800 ringgit jer ?? haduhh !! baik kau tak payah bagi gaji kalau setakat
800 jer . sial laa !! " marah tasha lalu melempar wang itu ke lantai .

munah yang tadi berada didapur dengan perlahan berjalan ke ruang tamu
rumahnya . telinganya dapat mendengar suara tasha sedang memaki hamun
cuma tidak jelas sahaja butir bicaranya .

"tasha .. tasha dah balik kerja ke nak ?" tanya munah perlahan . kakinya
yang melangkah terhenti bila tapak kakinya memijak sesuatu .

munah yang tidak dapat melihat lantas duduk di atas lantai papan yang
buruk itu . tangannya meraba2 lantai papa itu dan diambil sesuatu .
didekatkan dihidungnya dan dihidu . duit !!

"Tasha .. duit siapa ni ?" tanya munah lagi .

tasha yang sedang serabut itu mengeluh kasar . dijeling emaknya yang
sedang mengutip duit itu .

'orang tua ni kalau bab duit cepat ! ' getus hati tasha .

"tasha .. tasha dengar tak mak tanya apa ". ujar munah lagi . kepingan
duit 50 sudah habis dikutipnya .

"Apa mak ! haduhh !! bising la ! " jerkah tasha tanpa menghiraukan hati
dan perasaan munah .

"maafkan mak . mak bukannya nak bising nak . tapi mak nak tahu duit
siapa banyak sangat ni ?" tanya munah ingin tahu . dia sudah bangun dan
berjalan perlahan mendekati tasha . punggungnya dilabuhkan di atas
kusyen berkulat itu .

"tasha ... " munah meraba2 bahu tasha ingin memastikan tasha masih
berada disitu .

Tasha yang rimas dengan rabaan emaknya segera menepis . sudahlah hatinya
sakit , ditambah pula dengan emaknya yang sibuk bertanya itu ini lagi
bertambah sakit hatinya .

"itu duit aku la mak . duit sapa lagi ". jawab tasha .

semenjak arwah pak abu meninggal sikap tasha sudah banyak berubah . dari
segi pakaian dan juga dari segi percakapannya juga berubah . sudah ramai
yang menasihatinya supaya jaga cara percakapannya dengan ibunya tapi
tasha tetap begitu . aku dan kau seringkali menghiasi bibirnya bila
bercakap dengan munah .

"duit tasha ? kenapa dibuangnya duit tu nak ? kan duit tu rezeki . mana
tasha dapat duit sebanyak ni?"

"Eh mak ! boleh tolong tak ? tolong jangan banyak soal . aku rimas lah !
asal mak nampak muka aku jer macam2 soalan keluar dari mulut mak . duit
tu duit gaji aku . aku dah kena buang kerja . puas hati ?" ujar tasha .

berubah sedikit riak wajah munah mendengarnya .

"kena buang kerja ? kenapa nak ? tasha ada buat salah ke ?" tanya munah
lagi .

terkejut hati tuanya mendengar . baru pagi tadi anaknya keluar pergi
kerja dan sekarang sudah dibuang kerja .

'kesian tasha .. semua kerja yang dibuatnya langsung tak kekal ' . +

"haduh orang tua ni banyak soal pulak . mak ! aku kena buang kerja pun
bukan urusan mak . jadi mak tak payah la sibuk ! " marah tasha . +

'engkau orangnya yang telah di amaran mama
yang kan mempuntang pantingkan duniaku
engkau orangnya yang telah di amaran mama
yang kan mencuri hatiku buat selamanya .. '

tasha segera menyeluk kocek seluar jeansnya . telefon berjenama samsung
galaxy s7 itu terus dilekapkan ditelinganya .

"hello ada apa ?" tanya tasha sedikit malas .

"Baiklah . datang amik aku sekarang . " kata tasha dan terus mematikan
talian telefonnya .

tasha terus bangun dan berjalan ke biliknya . baju yang tersarung
ditubuhnya digantikan dengan baju yang baharu . ditilik mukanya sekejap
dicermin sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidurnya . rambutnya
yang panjang mengurai diikat satu seperti ekor kuda .

"tasha nak kemana tu ? tak nak makan dulu ke ? mak ada masak sambal ayam
kegemaran tasha ". ujar munah .

tasha hanya diam . stoking separas buku lali dipakai ke kaki .

"Tak pa mak . aku makan kat luar jer . tak ada selera aku nak makan
masakan mak ". jawab tasha . duit yang berada ditangan emaknya dirampas
kasar .

"Duit ni aku ambil . mak tak boleh pegang duit banyak2 . lagipun mak
bukannya nampak . setakat hidu bau duit jer mak mampu . aku keluar dulu ".

tasha terus menyarungkan kasut kanvas ke kakinya . sempat lagi dipesan
kepada munah sesuatu .

"aku tak tau lagi aku balik pukul berapa . jadi mak tak payah tunggu aku
. tutup pintu ni . kang pencuri masuk bunuh mak aku tak tanggung . aku
pergi dulu . " ujar tasha dan terus berlalu pergi dari rumahnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience