BAB 5

Romance Completed 20544

motorsikal acai berhenti tepat didepan rumah tasha . tasha segera turun
dan terus memberi topi keledarnya kepada acai . +

"jumpa malam ni " . ujar acai dan terus berlalu dari situ . +

tasha menyebak rambutnya ke belakang . skrin telefonnya dipandang dan
terbiaslah bayangan dirinya di skrin itu . dibelek2 lehernya . risau
kalau2 ada love bite disitu . setelah pasti semuanya ok tasha melangkah
masuk ke dalam rumah . +

Bunga yang ketika itu baru saja hendak keluar ke pasar memandang tasha . +

"adik baru balik ? " soal Bunga.

tasha yang mendengar soalan tasha hanya membuat tidak tahu . dia terus
masuk ke biliknya . +

Bunga hanya menggeleng perlahan . masak benar dengan sikapnya adiknya
yang seorang itu .

Bunga membayar sekeping not 10 ringgit kepada pakcik penjual ikan itu .
penuh tangannya dengan barang basah yanh dibelinya .

Bunga berjalan menyusuri jalan untuk pulang ke rumahnya . matahari yang
tegak berdiri diatas kepala meyakinkan Bunga bahawa jarum jam sudah
menginjak ke angka 9 pagi .

sampai saja dirumahnya Bunga memulakan sesi memasaknya . munah yang
hendak menolongnya masak segera dihalang . baginya dia tidak mahu
menyusahkan emaknya hari ini .

setelah hampir sejam lebih Bunga berhempas pulas didapur akhirnya
makanan hasil dari masakannya siap . gulai ketam , sup ayam , ikan
goreng cencaru sumbat sambal an juga semangkuk kecil sambal belacan
sudah terhidang di atas meja .

"mak .. makanan dah siap . mari makan ". panggil Bunga dari dapur .

Munah yang ketika itu sedang melipat kain dengan perlahan bangun menuju
ke arah dapur . hidungnya menangkap bauan yang sangat enak .

Bunga memimpin emaknya dan kerusi ditarik . dicapai pinggan nasi dan
disendukkan sedikit nasi buat munah .

"mak nak lauk apa ? sayur ada gulai ketam ada ikan caru sumbat sambal
pun ada . " ujar Bunga memberitahu munah .

"sendukkan mak gulai ketam sikit ". balas munah .

Bunga terus menyendukkan sedikit gulai ketam kepada munah . tangan munah
dicelupnya ke dalam mangkuk yang diisi air sebagai air cuci tangan . +

"Bunga tak makan sama ke ?" tanya munah . suapan pertama berjaya masuk
kedalam mulutnya .

"Bunga tengah makan la ni ". jawab Bunga berbohong . baginya cukulah
emaknya berselera makan itu pun sudah memadai .

munah kembali menghabiskan nasi dipinggannya tanpa dia tahu anaknya kini
sedang menitiskan air mata melihatnya . air mata yang terbit tanpa Bunga
sedar .

*****

"sekarang kau nak buat apa ? " tanya joe kepada azam .+

azam yang ketika itu sedang menatap skrin iphonenya pantas memandang joe
.

"aku tetap akan dapatkan tasha walau apa pun yang jadi ". jawab azam
dengan riak wajah yang penuh dengan kemarahan .

"tapi kau sendiri tengok semalam macam mana mat2 rempit tu back up si
tasha tu . lagi kau nak cari nahas ". ujar joe sedikit tidak puas hati . +

"kau tahu aku macam mana kan ? ni azam lah ! kalau perempuan tu aku tak
dapat , keluarga dia aku cari ". balas malik dengan rasa yang berkecamuk
dalam hatinya .

*****
+

tepat jam 10 malam tasha sudah bersiap untuk keluar . Bunga dan munah
yang berada di ruang tamu langsung tidak dihiraukan . dia mencapai kasut
kanvasnya dan terus disarungkan ke kaki .

"Adik nak kemana tu ? kan dah malam ni ". Bunga bersuara .

Keadaan yang gelap diluar sana dan ditambah dengan jarum jam yang sudah
menunjukkan jam 10 membuatkan dia terus bertanya . risau jugak dirinya .

"kau tak payah sibuk hal aku la . kau buat hal kau . aku buat hal aku ".
balas tasha dan terus keluar dari rumah yang dianggap buruk itu .

*****

tasha berjalan menuju ke bustop yang terletak kira2 1 kilometer dari
kawasan rumahnya . telefonnya dikeluarkan dan laju jarinya menaip mesej
kepada acai , balaknya yang tersayang itu . +

'wei , kau ada mana ?
aku dah keluar rumah do ! '+

butang send ditekan . selang 5 minit telefonnya berbunyi menandakan ada
mesej masuk .

'lagi 10 minit aku sampai '

lambat giler lagi 10 minit baru sampai . dia ingat aku tunggul ke nak
tunggu lama2 , getus hati tasha . +

suasana di bustop itu sungguh sunyi . hanya ada dua tiga kenderaan saja
yang lalu lalang dikawasan itu . sementara menunggu acai sempat lagi
tasha bermain game bagi menghilangkan rasa bosan . +

"hai tasha ". tegur azam disitu .

tasha pantas mendongakkan kepalanya . wajah azam dipandang dengan riak
terkejut .

"azam ? kau buat apa kat sini ?" tanya tasha . sedikit sebanyak dia
tidak menyenangi dengan kehadiran bekas pakwenya itu .

"aku baru balik jumpa client . biasalah bisnesman katakan . tiba2
ternampak kau kat sini . so aku berhenti kereta aku kat tepi jalan dan
datang jumpa kau sekejap ". jawab azam meninggi diri .

tasha mencebik .

"bisnes apa yang kau buat ? setahu aku kau ni bapak ayam dekat kl ni kan
?" kata tasha menyindir azam .

azam tersenyum kecil .

"itu dulu . sekarang aku tak buat dah kerja tu . kau makin cantik
sekarang . " ujar azam sambil memandang tasha atas dan bawah . +

"memang aku cantik . ada masalah ke ?" bidas tasha sombong . +

azam tersenyum sinis . +

makin sombong kau tasha .

"disebabkan kau cantik la aku stay sayangkan kau . anyway .. kau apa
khabar ?"

tasha memandang wajah azam dengan riak wajah meluat . +

"hei dahlah ! tak payah kau nak tunjuk baik sangat depan aku . aku kenal
sangat kau siapa . kau dah lupa apa yang aku pesan dulu pada kau ?
jangan ganggu aku ! aku taknak tengok muka bapak ayam macam kau ni ! "
marah tasha . dijelingnya wajah azam dengan jelingan yang sangat tajam . +

acai yang baru tiba disitu memandang azam dengan riak tak puas hati .
tasha tanpa membuang masa terus melangkah naik motorsikal acai .

azam hanya memandang kelibat dua manusia itu hilang ditelan kegelapan
malam .

"aku akan pastikan kau jadi anak ayam aku tasha ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience