BAB 1

Romance Completed 20544

"Woi orang tua ! sapa benarkan kau jual depan kedai aku ?" jerit satu
suara yang sangat kuat .

Munah mengangkat muka . dia dengar suara itu namun dia tidak tahu dari
mana datangnya suara itu . dia menoleh ke kiri kanan untuk melihat namun
hanya kegelapan saja yang dapat dilihat .

"Dah la buta ! hodoh ! jual pula jering petai depan kedai aku . kau tahu
tak disebabkan kau semua pelanggan aku lari bodoh sebab tak tahan dengan bau busuk ! Sekarang ni, aku nak kau blah dari sini! " arah Jali, pemilik kedai makan di pekan itu.

Pelanggan yang berada disitu hanya menggeleng kepala melihat adegan
drama pada pagi hari . ada yang mencemuh si tua buta dan ada juga yang
mencemuh si biadap jali .

"Beginilah nak .. maafkan makcik . makcik tak tahu ini kedai kamu . maafkan makcik,’’ pinta munah kepada jali . dengan perlahan dia bangun dan diambil petai dan jering yang diletakkan di atas guni kecil .

Jali yang masih merasa marah semakin marah bila melihat munah terkemut2
memasukkan petai dan jering didalam guni . dengan kemarahan yang merasuk
hati , jali merampas kesemua petai dan jering itu lalu membuangnya ke
tengah jalan .

"Kalau dah buta , buat cara buta makcik ! jangan gatal2 nak jadi seperti
orang normal . berniaga bagai ! setakat petai jering tu berapa sen
sangat kau dapat . " cemuh jali tanpa menyedari perkataan yang diucapnya
itu sudah mengguris hati orang tua kurang upaya seperti munah .

"makcik minta maaf . makcik janji makcik takkan datang sini lagi ". ujar
munah . batang pokok yang dibuat tongkat dicapai dan dengan langkah
perlahan dia berjalan pergi dari situ .

petai dan jering yang terdampar atas jalan raya langsung tidak
diambilnya kerana dia tidak tahu sumber rezekinya sudah dibuang disitu .

"Dasar orang tua tak guna ! menyusahkan betul !"

*****

" Tasha , hari ini hari terakhir awak kerja disini ". ujar pemilik butik
pengantin yang dikenali sebagai shahana .

Tasha yang sedang mengemas baju-baju pengantin terhenti . Dipandang wajah
shahana yang putih bersih itu sebelum pandangannya jatuh pada sampul
putih yang terdampar di atas meja dihadapannya .

"hari terakhir ? maksud akak saya diberhentikan ?" soal tasha kepada shahana .

shahana mengangguk .

"Tapi kenapa ? apa salah saya sampai saya diberhentikan kerja ?" tanya
tasha lagi . suaranya masih lagi dalam nada lembut walaupun hatinya
sudah mendidih marah .

"Maaf tasha . saya harap awak hormati keputusan saya . saya taknak
reputasi butik saya jatuh kalau awak masih bekerja disini ". jawab
Shanana .

dia yang mengambil keputusan untuk berhentikan tasha disebabkan sudah
ramai kawan-kawannya memberitahu bahawa tasha seorang kaki rayau pada waktu
malam atau lebih dikenali sebagai bohsia yang selalu melepak dengan mat
rempit .

"Saya bukannya buat benda tak elok dalam butik akak sampai nak jatuhkan
reputasi butik akak ". balas tasha tidak puas hati .

"memang awak tak buat disini tapi awak buat diluar . awak jangan ingat
saya tak tahu awak selalu keluar waktu malam melepak dengan mat2 rempit
. lepastu awak selalu ponteng kerja . awak buat butik saya macam butik
mak bapak awak . suka2 awak nak datang kerja ke tak ". kata shahana .
dia langsung tidak sedar kata2nya itu semakin menaikkan kemarahan tasha .

tasha terus menendang meja kayu dihadapannya .

"eh betina , mak bapak kau jangan main eh ! aku pun tak hingin kerja
dengan kau la sial . dah gaji pun sikit , suka2 hati kau nak buang orang
kerja . kau ingat butik kau terkenal sangat ke ? puihh !! sebelah mata
pun orang tak pandang butik sampah macam ni . bodoh !! " kata tasha
marah dan terus keluar dari situ .

sempat lagi ditolak anak patung yang memperagakan baju pengantin
sehingga jatuh kesemuanya .

shahana hanya menggeleng .

"dasar kurang ajar . mak bapak tak ajar kot sampai perangai macam tu ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience