BAB 3
Masa pantas berlalu, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Kamal akhirnya akan meninggalkan Mak Mah, Farisya dan Hisyam demi untuk mengejar cita-citanya untuk bergelar seorang doktor.
"Ibu, jaga diri baik-baik ya,"
"Hisyam, Farisya jangan nakal-nakal. Jangan bergaduh. Janga lupa mengulangkaji pelajaran. Kita anak orang susah, hanya ada satu jalan sahaja untuk kita mengubah nasib diri iaitu dengan menuntut ilmu. Jaga ibu baik-baik," pesan Kamal kepada adik-adiknya.
Hisyam dan Farisya masing-masing mengangguk faham. Sesekali Hisyam menyeka air mata yang dari tadi tak henti mengalir. Malulah kalau orang lain nampak. Hilang macho.
"Baik Along. Nanti adik jaga ibu dan kakak baik-baik. Along jangan risau, adik kan ada. Along jangan lupa telefon selalu ya. Nanti rindu," rengeknya bagaikan anak kecil.
"Banyak duit Along nak call ko selalu Hisyam. Eleh bukannya jauh sangat pun. Nanti kalau ada cuti semester Along baliklah kan?" kali ini giliran Eisya pula mencari kepastian. Walaupun dia juga sedih, dia cuba untuk menyembunyikannya. Lagipun untuk apa dia bersedih hati, abang kesayangan pergi menyambung belajar untuk mengubah nasib keluarganya.
Bukan sedikit pengorbanan Kamal. Tidak pernah dia melihat abangnya membuang masa dengan duduk sahaja tanpa membuat apa-apa.
Kamal mengambil upah mengajar tuisyen, membersihkan ladang, mengutip pisang di kebun sehinggalah mengambil upah sebagai buruh binaan. Semuanya bagi memastikan belanja rumah tidak putus dan memastikan dia boleh menampung perbelanjaan sekolah Hisyam dan dirinya.
Jadi kali ini dia merelakan Kamal pergi walaupun terasa kehilangan tempat bergantung. Tanggungjawab menjaga keluarga kini jatuh di bahunya sebagai anak kedua. Walaupun dia anak perempuan, Farisya merasakan tiada apa yang membezakan dia dengan Hisyam. Tidak semestinya dia anak perempuan dia tidak boleh keluar mencari nafkah bagai menampung keperluan keluarganya.
"Ibu, Eisya ingat cuti sekolah ni nak ke bandar cari kerja. Boleh la tolong ibu bayarkan belanja apa yang patut," ujarnya mahu membantu.
Share this novel